Menuju Selatan.

31 2 0
                                    

"Havsj bsjjs bshjs owavdj."

"Excuse me?" Aku cabut earphone dari telinga, lagu terhenti seketika. Cilaka. Solo gitar Comfortably Numb terus jadi tergantung. Marah juga sebab part tu paling feel, terpaksa aku redha saja.

"I said, Its rude to stare." Katanya sekali lagi, kali ini dengan penekanan pada 'rude to stare'. Mungkin kerana dia rasa sedikit jengkel kerana terpaksa ulangi sekali lagi tadi.

"Sorry. I wasn't looking at you, I'm looking through you. I was day dreaming and you happen to be in between it." Sengihku.

"You're weird. Whatever. Just don't stare at me. It's freaking me out." Kata dia dengan buat muka tak puas hati.

Aku sumbat balik telingaku dengan earphone, kembali mendengar saki baki lagu, kembali ke duniaku. Keterasingan sementara yang diciptakan semata-mata mengisi masa dari kebosanan. Secara sengaja atau tidak, kita semua buat itu: isi masa dengan lari dalam dunia sementara ciptaan sendiri.

"Ah! Bukan itu saja, lari dari takdir pun kau suka juga." Sampuk brader bersayap yang selalu bertenggek di bahu kiriku, lalu mengekeh ketawa.

Babi.

Persepsi.Where stories live. Discover now