Bila kawan kawan yang out of the blue tanya kau 'apa khabar?', jawapan kau mestilah standard dan meyakinkan. Jawapan seperti 'Aku okay' atau 'Macam ni lah' itu biasa, kerana tiada orang yang tiba-tiba mahu dengar kisah tragedi dari orang lain; terutama sekali kepada yang sesekali bertanya khabar. Mereka cuma mahu ianya seperti drive-by-shooting, 'lalu-tembak-lari'.
Kita berselindung disebalik jawapan-jawapan selamat ini kerana kita tahu yang orang-orang seperti kita ini tak punya apa-apa, selain harapan dan kenangan. Dan sampai satu masa kita akan mati membusuk mereput, dimamah bumi. Sebab itu jawapannya tidak harus "lebih baik dari semalam".
Tapi dengan kutu, jawapannya lain. Kau akan jawab pertanyaan 'Apa khabar?' itu dengan,
"Jauh lebih baik dari front page surat khabar atau band-band tua yang tiba-tiba gatal nak reform, tapi harukkk".
Kerana dikalangan kita para pencuri ini, sifat kemuliaan itu tak pernah ada.
Kau perlukan sedikit komedi dalam hidup ini.
Dan, cari pasal.
*ketawa*