ROMBONGAN MEMINANG !
''Assamualikum'' laung tengku aminuddin di depan rumah encik syed yusof.
''walaikumsalam, oh rombongan dah sampai. masuk , masuk jangan malu-malu ''pelawa encik syed yusof
ahli keluarga tengku aminuddin memasuk kedalam rumah encik syed yusof.
'' duduk lah, susah tak nak mencari rumah saya tengku ?'' soal encik syed yusof
''ek tak payah nak bertengku sangat dengan saya. panggil saya din cukup. takde lah susah mana pun. sebelum ni ariffin dah tunjukkan rumah ni dah'' terang tengku aminuddin.
''owh, gitu.''
''macam ni lah saya tak nak lengahkan masa. mari lah kita mula yea. saya jual pantun tu boleh ke? soal tengku aminuddin
''uhh, lama rasa tak berpantun. saya tak berapa reti sangat. tapi kita cuba laa. silakan''jawab encik syed yusof.
puan khairunisan dan puan aliyah hanya tergelak melihat gelagat suami-suami mereka. pandai ke tidak lah encik syed yusof membeli pantun tengku amirnuddin tu. al maklum lah anak lelaki tak kahwin lagi. ni adik dah jalan dulu.
Pihak lelaki:-
''Akar memanjat pohon ara
Nampaknya cantik berseri laman
Besarnya hajat tidak terkira
Hendak memetik bunga ditaman. ''
''Pihak perempuan:-
Nampak cantik berseri laman
Tempat bertandang beruk dan kera
Hendak menyunting bunga ditaman
Sudahkah cukup syarat dan kira?''
''Pihak Perempuan:-
Pergi mengail ikan gelama
Laut gelombang serta gelora
Niat baik sudah diterima
Nak tengok dulu muda kah tua!''
''Pihak lelaki:-
Bunga cantik hiasan taman
Bunga sena penghias biara
Tentulah pemuda yang jadi idaman
Orang tua pengatur bicara.''
''Pihak lelaki:-
Kalau padi katakan padi
Tidaklah kami tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Tidaklah kami ternanti-nanti.''
''Pihak Perempuan:-
Pohon cempedak ditepi titi
Pohon nangka buah sebiji
Kalau sudah berkenan dihati
Marilah kita mengikat janji ''
mereka tergelak beramai-ramai bila bapa kedua-dua pihak berbalas pantun. memori lamau mengibau kembali ketika zaman mereka ibu bapa yang jodohkan. zaman sekarang anak-anak dah pandai mencari jodoh sendiri.
''hahah lama tak berpantung agak tergeliat jugak lah saya nak membelinya''tawa encik syed yusof dan tengku aminuddin.
''itu lah pasal. saya pun jadi tahu nak jawab apa pakai bedal je''
''baik lah bilanya nak di langsung majlis perkahwinan mereka berdua ni din?'' soal encik syed yusof
''kita buat secepat yang mungkin lah. ni pun ikat tak lama. sekarang bulan 3 kita buat bulan 6 kita nikah dorang. pasal makan dan yang lain yusof tak payah risau biar saya yang settledkan''pesan tengku aminuddin.
''baik lah kalau begitu saya buat persedia yang lain sahaja lah ye'' setuju encik syed yusof
'' tak sabar rasanya saya nak tengok angah dan lulu bersanding nisa'' puan aliyah memeluk puan khairunisa dengan gembiranya.
''saya pun. mesti meriah nantikan liya'' jawab puan khairunisa yang membalas pelukkan puan aliyah.
sambil mereka berborak dan makan di rumah encik syed yusof. tengku aminuddin dan puan aliyah menyerahkan cincin emas belah rotan kepada encik syed yusof dan puan khairunisa.
puan khairunisa tidak sabar mahu menanti kepulangan anaknya, tapi puan khairunisa tetap risau akan anak terunanya masih tidak berkahwin. malah adik pulak sudah di sambar orang.,
setelah majlis merisik sudah selesai dan pihak lelaki sudah beransuh pulang. puan khairunisa duduk temenung di taman buatan sendirinya. encik syed yusof hanya memerhatikan sikap isterinya. lalu dia mendekati dan meneguh isterinya,
''awak kenapa ? awak ok tak ni? soal encik syed yusof,
''saya risau abang lah awak, dia tak ada calon lagi ke ye??" jawab puan khairunisa. encik syed yusof akhirnya tergelak. ''kenapa awak gelak '' mara puan khairunisa
''puan khairunisa sayang, abang tu lelaki. tak apa. dia tu ada lah pilihan dia sendiri. awak jangan risau ok. kalau dah jodoh tak kemana sayang oii'' jawab encik syed yusof
''yalah bang, saya ni risau je'' keluh puan khairunisa , encik syed yusof hanya mengusap belakang isterinya. dia memahami yang isterinya risaukan yang abang tidak akan berkahwin
malam itu puan khairunisa berdoa agar lulu akan menerima pinangan dari tengku aminuddin. dan memohon agar zafran danial terbuka untuk berumah tangga.
YOU ARE READING
DIA YANGKU SAYANG ✔
Romansasaaya cuma nak cakap cerita ini akan berakhir dengan cepat. harap semuanya bersabar menanti cerita saya yang seterusnya, thanks you