Bab 23.

12.8K 236 6
                                    

" Aira. " panggil satu suara.

Aku membuka mataku perlahan. Cahaya matahari menerobos masuk ke retina penglihatan mataku ini. Aku memejamkan mata kembali. Ah, silaunya. Getusku di dalam hati. Aku membuka kembali mataku apabila merasakan ada angin sedang meniup rambutku sehingga menyentuh wajahku.

" Aira. Beautiful. " pujinya.

Aku sekadar memandang wajahnya dengan pandangan sugul. Selimut ditarik sehingga menutupi paras dada dan aku mula baring membelakanginya. Tanganya sibuk melingkar di pinggangku dengan gerakan yang sensual mungkin. Mungkin mahu menggoda. Tapi, maaf. Aku takkan tergoda.

Deru nafasnya juga dapat dirasai dan didengari tepat di belakang telingaku. Tubuhku ditarik dengan lebih dekat ke arah dada bidang yang terbentuk itu. Tangan kanannya menarik tangan kiriku untuk ditautkan bersama. Aku cuba untuk melepaskannya namun gagal. Tangan kirinya dibiarkan pula untuk melingkar dan terkadang mengusap di perutku.

" Aira. Aku minta maaf. " katanya.

Aku menghela nafasku. Air mata yang cuba ditahan tadi, mula jatuh untuk kesekian kalinya. Badanku mula memberi respon dengan cuba menolak tubuhnya tetapi gagal. Tubuhku ditarik kembali ke dalam pelukannya. Dia meletakkan wajahnya di celah leher jenjangku.

" Apa salah aku Danial? Salah apa yang aku dah buat dekat engkau? Aku- aku, Danial. " aku menghela nafas sebelum menyambung lagi.

" Kenapa? Aku dah tiada siapa-siapa lagi. Kenapa kau sanggup ragut kesucian aku? Kenapa? Aku .. " aku mengetap bibir dan membiarkan ia tergantung kerana tidak sanggup meneruskan lagi kata-kataku.

" I can't do this anymore. Sorry. " sambung aku sambil memejamkan mata.

Leher jenjangku dicium berkali-kali. Cuping telingaku dijilat dan digigit kecil. Aku hanya menggigit bibirku. Baru sahaja tangannya mahu menjalar ke tempat berahiku, telefon pintarnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Dia menggerutu kecil dan melepaskan rangkulan tubuhku lalu terus mengangkat panggilan tersebut.

" Apa? Sial betul! " makinya. Aku hanya memasangkan telinga untuk mendengar isi perbualan itu dengan lebih jelas namun hampa.

" Aku datang sekarang! " dia terus meletakkan panggilan tersebut.

Wajahnya kelihatan marah. Dia memandangku lalu mengucup dahiku perlahan lalu pergi meninggalkan aku tanpa mengucapkan sepatah kata. Aku hanya menghela nafas. Aku bangun dari pembaringanku dan menuju ke dalam bilik air. Nampaknya, kesakitan di tempat itu semakin berkurangan.

Ia satu petanda baik.

Atau mungkin.

Petanda yang sangat baik.

****

Cuaca ketika ingin hanya ditemani cahaya suram daripada bulan dengan angin yang bertiup kencang. Entah kenapa perasaan tidak enak ini asyik hadir semenjak sepuluh hari yang lepas. Mungkin, ia ada bersangkut dengan hal kehilangan 5 sekawan itu?
" Asyilah! " namaku dipanggil seseorang.

" Ya. " jawabku lalu pantas menoleh ke arahnya.

" Sorry, lambat. Hehe. " dia tersengih kecil lalu menggaru kepalanya.

" Tak apa. Aku tak marah. Jom. Kita dah lambat ni. " aku terus melangkah ke hadapan.

" Asri. " panggilku perlahan. Jejaka yang berkulit putih pucat dengan mata hitam yang menawan serta bibir mungil ceri ini ialah teman baikku. Atau lebih tepat, sepupu aku merangkap kepada Asri Hazim, jejaka idaman korea sekolah.

" Kau tak rasa pelik? " sambungku lagi.

Asri kelihatan mengerutkan dahinya beberapa kali. Cuba untuk mencerna persoalan yang cuba aku tanyakan itu. Aku mengeluh perlahan lalu menerangkan maksudku.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now