Bab 19.

13K 330 82
                                    

" Sial! "

Ak47 diambil. Picu ditarik dan terus dihalakan ke arah tombol pintu. Pintu ditendang. Jangan tanya macam mana aku pandai pakai pistol dan tahu nama pistol itu. Kunci motor diambil. Aku memang pasrah kali ini sebab aku tak pandai bawa motor. Rasa menyesal timbul dalam diri sebab tak mahu belajar dengan papa dulu.

Aku mula berlari ke arah hutan. Ah, mampuslah!

Pasti Danial dengar bunyi tembakan itu. Yang pasti, sekarang ini aku perlu lari untuk selamatkan diri. Aku terus berlari tanpa hala tuju. Tanpa aku sedar, aku hanya berlari dengan berkaki ayam. Aku berhenti berlari seketika.

Pistol yang aku genggam tadi terus dimasukkan di dalam poket. Kaki diraih dan aku terus mengaduh kesakitan. Kaki aku berdarah ditusuk kayu yang agak tajam. Aku meringis apabila cuba mengeluarkannya.

" Aira! "

" Kalau aku jumpa kau, aku akan pastikan kau menyesal! " sambungnya lagi.

Aku melihat dari mana datangnya suara itu dan terus melangkah ke depan tanpa melihat ke hadapan. Setapak lagi dan kaki aku terus diangkat sehingga ke atas. Sekarang aku dalam keadaan terbalik dengan kaki yang terikat di atas. Shit. Dia dah pasang perangkap!

Aku cuba untuk melepaskan diri sehinggalah terlihat kelibat Danial membawa parang bersama yang lain. Aku mula menggelabah dan cuba meleraikan ikatan namun hampa. Sekali lagi dan hampa lagi. Susah sangat nak capai ikatan itu.

Dia semakin lama, semakin dekat. Mataku sudah mula berkaca. Masih lagi meronta mahu meleraikan ikatan itu dan dia berada di situ. Hanya memerhatikan diri aku. Dia mendengus dan memegang diriku dengan sebelah tangannya. Sebelah lagi tangannya sibuk meleraikan ikatan di kakiku dan diriku dibiarkan jatuh tersembam di tanah.

Aku cuba untuk berdiri namun perutku disepak berkali-kali membuatkan aku hanya mampu meringkuk di situ. Dia berhenti lalu mengangkat daguku supaya melihat mata dinginnya itu.

" Aku percayakan kau. Tapi, dengan sekelip mata saja kau hapuskan kepercayaan aku terhadap engkau. Sial! " bentaknya lalu menarik rambutku sehingga aku terbangun. Sakit!

" Oh, pelacur macam engkau ni memang tak boleh diharapkan! " dia terus menumbuk mukaku lalu memijak tanganku yang ditembak beberapa hari lalu olehnya. Aku menjerit kesakitan. Air mata mula mengalir. Dia berhenti dan terus memeluk diriku.

" Shh. Don't cry, sayang. " dia mengusap-ngusap kepalaku dan terus menolak aku jatuh ke tanah kembali.

Dia hanya memerhatikan aku yang cuba untuk bangkit daripada kedudukan itu.

" Psycho macam kau, memang tak layak untuk rasakan cinta sial! " jeritku. Serentak dengan itu, pipirku ditampar.

" Sial. Kau jangan sesekali naikkan suara kau, faham?! " jerit Danial.

Aku menggenggam tanah dan merenung matanya tajam. Dia tak kalah juga memerhatikan aku dengan parang yang sedia menusuk diri aku ini pada bila-bila masa sahaja. Aku baling tanah itu ke arah matanya dan dia berundur ke belakang sambil menggosok matanya.

Badanku ditahan oleh Harris dan Arsyad. Aku segera menyiku badan mereka lalu menyepak bahagian selatan mereka sehingga tersungkur. Kamal dan Zahier mendekatiku dan terus menyerang dengan cuba menumbuk mukaku namun segera ditepis sepenuhnya. Tangan Zahier dilipat dan kakinya aku sepak lalu tangannya yang tadi aku pijak sehinggalah bunyi seperti tulang patah patah kedengaran.

Kamal terus mencapai parang yang digenggam oleh Danial dan terus dihalakan ke arahku. Aku segera menepis walaupun tanganku terluka apabila cuba menepis serangan itu. Parang tersebut dijatuhkan dan hidungnya aku tumbuk sehingga patah.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now