Bab 45

7.5K 188 56
                                    

Hari demi hari, aku masih begini. Hanya terlantar di atas katil bersendirian sepanjang hari. Kalau kakiku tidak patah dikerjakan oleh Danial, mungkin sudah lama aku merangka pelan melarikan diri lagi. Walaupun setiap cubaan itu tidak pernah berjaya, sekurang-kurangnya aku berani mencuba. Tapi bila mengenangkan tentang kaki yang sebegini, terpaksalah aku kuburkan segala harapanku.

" Jauhnya termenung, tengah menungkan apa tu? " tanya satu suara yang tiba-tiba muncul.

Aku mengerutkan dahiku lalu memandang ke arah Danial sekilas. Aku tak nafikan yang dia memang rupawan tapi entahlah. Bagiku, kita tak boleh menilai seseorang melalui rupanya. Macam Danial, fizikalnya memang sempurna namun mentalnya?

Parah.

Mungkin gadis seusiaku akan gembira apabila dapat berkahwin dengan lelaki sepertinya namun padaku, rasanya seperti neraka. Aku tersiksa. Tubuhku sakit setiap kali dipukul olehnya secara membabi buta. Mentalku juga menderita. Dicaci dan dicerca olehnya setiap kali aku katakan yang aku tidak mahu hidup dengannya. Adakah lelaki jenis ini yang gadis seusiaku mahu? Mungkin ya dan mungkin tidak.

Mengapa ada perkataan ya?

Sebab banyak remaja seumuranku berfikir yang mereka mampu menundukkan lelaki sebegini. Bodoh, kau fikir apa setan? Kau fikir ini drama pukul 7? Bila mana kau buat dia jatuh cinta dengan kau, dia akan berhenti macam itu sahaja? Pergi mati!

" Aira! " jeritnya.

Aku tersentak lalu memandang ke arah Danial semula. Dia menghela nafasnya dan meraih tanganku. Jari-jemariku diusap olehnya. Aku hanya memandang pelik perlakuannya. Danial memandang ke arahku dan mengecup dahiku.

" Dah 4 minggu sayang macam ni. Sampai bila sayang nak seksa abang macam ni? Ya, abang tahu yang raga sayang ni, abang dah dapatkan tapi jiwa sayang? Cakap dengan abang, apa yang boleh abang buat untuk dapatkan cinta sayang. " rayunya dengan mata yang berkaca-kaca.

Aku hanya mendengus dan aku palingkan wajahku ke arah yang lain. Dahiku pun mula berkerut. " Kau fikir aku boleh cintakan lelaki macam kau? Cintakan lelaki yang dah hancurkan hidup aku? Kau fikir aku dah gila ke apa?! " tempelakku.

Dapat aku lihat dia meraup mukanya tanda kesal. Wajahku ditekup oleh tangannya. Dia mendekatkan mukanya hingga hidung kami bersentuhan. Matanya memandang mataku lama sebelum bibirnya menyentuh bibirku sekilas. Aku membulatkan mataku tanda tidak suka. Dia hanya tersenyum tipis melihat reaksiku.

" Abang akan kabulkan setiap permintaan sayang kecuali lepaskan sayang. " katanya bersungguh-sungguh.

" Tipu. " tuduhku.

" Percayalah, abang takkan tipu sayang. " balasnya.

" Prove it. "

****

Aku tersenyum melihat senyum lebar yang hadir di wajahnya. Matanya berbinar-binar memerhatikan keadaan sekeliling. Tangannya yang menggenggam erat pemegang kerusi roda itu aku usap dengan perlahan. Dia seakan-akan tidak sedar tatkala aku menautkan tangan kami. Aku terus melutut di hadapannya.

" Suka? " tanyaku dengan senyuman di bibir.

Dia memandangku dengan senyuman yang lebar lalu membalas, " Suka sangat! "

Aku terus mengucup pipinya lalu menolak kerusi roda itu ke hadapan. Dapatku lihat dia terkekeh apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki yang terjatuh dari buaian di hadapannya ketawa dengan kuat sekali. Aku terhenti seketika. Aku baru tersedar yang benda bodoh macam tu boleh buat dia tersenyum lebar tapi entah kenapa aku sentiasa buat dia menangis dengan setiap perbuatanku.

Aira yang merasakan tolakan kerusi roda itu berhenti, terus menoleh ke belakang. Dia memandangku seketika lalu tersenyum tipis. " Danial, aku nak main buaian. "

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now