Bab 8.

20.4K 518 27
                                    

Aku membuka mataku seluas-luasnya. Sinaran matahari yang memancar dari luar tingkap itu membuatkan mataku sakit. Siapa yang buka- eh? Aku masih dekat sini lagi? Aku meraup mukaku kasar. Dia tiada di sini. Mungkin dia bekerja? Entahlah, aku pun tak mahu ambil tahu. Lantaklah. Kalau dia mati, lagilah aku suka.

Tentang semalam, tentang Arsyad. Aku terkilan sangat dengan Arsyad. Sanggup kau tipu aku, Arsyad? Sampai hati kau. Aku menutup mukaku dengan tangan.  Aku penat dengan semua benda yang tengah berlaku sekarang ni. Aku tak faham macam mana aku nak hadam semuanya.

" Kau dah kenapa? " tanya seseorang di muka pintu.

" Arsyad? Apa kau buat dekat sini, bangsat? " soalannya tadi aku balas dengan soalan semula.

" Uncle suruh aku jaga kau sebab dia sibuk. Kau dah kenapa tutup muka? Sakit? " tanya Arsyad lagi.

" Suka hati aku lah nak tutup muka sekalipun. Kalau aku sakit, lagi bagus. Bukannya kau kisah. Lebih elok kalau aku mati, baru aku dapat berambus dari sini. " balasku sambil mendengus.

" Aku tanya baik-baik, kau balas macam sial. Kau okay tak ni? " tanya dia lagi dengan muka yang cemas.

Aku berdiri dari katil lalu berjalan menuju ke bilik air. Sebelum masuk ke dalam bilik air, aku berhenti di hadapan pintunya. Tubuhku dipalingkan agar menghadap tubuhnya. Mukanya aku pandang dengan serius.

" Kau dah kenapa? Kau jangan buat macam-macam. Aku call uncle nanti. " ugut Arsyad.

" Benda pelik? Heh, aku baru pandang macam tu terus rasa gerun sampai nak telefon lelaki tu? Baru aku tahu keturunan kau ni memang bangsat. " makiku sambil melipat lengan ke dada .

" Mulut kau agak-agak sikit, Aira. Jangan sebab uncle aku berkenan dekat kau, kau terus nak naik lemak. Kenapalah uncle aku boleh terpikat dengan perempuan tak ada adap macam kau ni? Kalau bukan sebab uncle aku, dah lama aku sepak muka kau. " katanya sambil menggenggam penumbuk.

Aku cuba menenangkan diriku dengan menarik nafas dan menghembuskannya beberapa kali sebelum membalas kata-kata Arsyad. " Kau nak sepak aku sangat kan? Kalu berani, sepaklah! Kau fikir aku takut?! " cabarku.

" Argh, diamlah! " bentaknya. Aku terdiam.

" Aku malas nak bertekak dengan kau. Pergilah mandi. Kalau dah habis bersiap, turun bawah. Aku nak bagi kau makan. Aku tak nak kau mati kebuluran- " sambungnya lagi.

Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, aku terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Kedengaran pintu bilik ditutup dengan keras, mungkin Arsyad marah. Hah, pergi mati. Aku tak mahu ambil kisah pasal dia lagi.

Aku menutup pancuran air. Tanganku mencapai tuala lalu melilitkannya di tubuh. Aku berdiri di hadapan cermin, cuba menilik leherku. Haish, tanda yang diberikannya waktu itu masih kekal berada di sana. Sebarang tanda yang kemungkinan baru, tidak terdapat di sana. Aku menghela nafas lega.

****

Aku meraup mukaku untuk kesekian kalinya. Kakiku pula dihentakkan tanda protes. Mana hilangnya kesemua pakaian aku? Sudahlah tiada satu pun pakaian gadis di dalam almari ini. Benda yang ada pun hanyalah tuala yang sedang dipakai olehku, itupun tidak boleh dikira sebagai pakaian kerana tuala masihlah kain.

Nak tanya Arsyad? Eh, tak mahulah. Nanti mulalah menyakat. Danial? Dia belum balik lagi. Aku palingkan kepalaku melihat jam. Pukul 3 petang. Lamanya aku tertidur tadi. Mandi? Aku mandi pun dah 1 jam. Haih.

" Mana baju aku! " marahku lalu membaling bantal ke pintu. Aku lihat pintu bilik terbuka dan bantal itu mendarat di muka..

Danial!

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now