Bab 40

13.6K 307 69
                                    

Aku mengerutkan dahiku apabila melihat lelaki yang berkaca mata itu masih lagi tekun mencari cara untuk selamatkan gadis itu. Bibirku mencebik. Mukaku dimasamkan. Aku mengeluh perlahan. Dia memang tak mahu berputus asa.

" Aku tahu dia kawan kita tapi sampai bila kau nak berjaga macam ni? " tanyaku prihatin.

Dia tersentak. Pandangannya dialihkan ke arahku. Satu senyuman terbit di bibirnya. Dia menepuk pahanya supaya aku duduk di sana. Aku hanya menggeleng kepala perlahan. Dia terus memelukku dan meletakkan wajahnya di ubun-ubunku.

" Sampai bila nak jadi macam ini, Qalif. This is not you. You used not to be like this. " marahku.

" Farah- " aku terus memotong.

" Kalau ini sahaja caranya, okay. Aku akan tolong kau dapatkan dia tapi bagi aku masa. " kataku perlahan sebelum menolak tubuhku menjauh daripadanya.

Aku dapat lihat ekspresi mukanya bingung dengan pernyataanku sebentar tadi. Aku hanya terkekeh perlahan sebelum meninggalkannya yang masih terpinga-pinga.

" Qalif, Qalif. " gumamku.

***

" Aku rasa dah tiba masanya untuk Aira ingat semua benda. " kataku dingin.

" Lagipun, aku tak sanggup tengok Qalif macam tu. Langsung tak berputus asa. Aku kesian. " tambahku lagi.

Dia yang diam memerhatikanku dari tadi mula ketawa kecil. Sesekali dia terbatuk-batuk kerana tidak dapat menahan rasa geli hati. Aku mengerutkan dahi tanda tidak suka.

" Sejak bila Farah ada rasa kesian ni? Farah yang aku kenal ialah seorang yang tak berhati perut dan- "

Aku mengangkat sebelah tanganku, mengisyaratkannya untuk berhenti berkata-kata.

" Kita pun dah berkawan lama. Jadi, aku rasa tak salah untuk betulkan mental member aku yang satu ni. Lagipun kau sendiri dah deal dengan aku dan kau sendiri nak Danial sedar. " pintasku.

" Danial tak ada jumpa dengan kau, kan? " soalnya.

" Tak. " jawabku sepatah.

Dia mengeluh seketika. Pandangannya terarah ke langit. Aku turut sama memandang ke atas. Hatiku jadi sayu apabila mengenangkan nasib Aira dan nasib Danial, kawanku itu.

" Dah lama kan kita tak sembang-sembang macam ni, Farah? " tanya lelaki tersebut sebelum mengeluh lagi.

Aku menganggukkan kepalaku. Aku tertanya. Berapa banyak kali dia mengeluh?

" Kalau kita dapat sembang macam ini pun dalam masa yang akan datang, keadaan takkan pernah sama. " kataku perlahan.

" Sebab Arsyad dah tak ada lagi. " tambahku sebelum tersenyum perlahan.

Dia tampaknya tersenyum juga.

" Kalaulah budak bodoh tu tak buat macam tu. Mesti Zahier takkan menggila. " katanya.

" Aku takkan salahkan Arsyad ataupun sesiapa. Aku akan salahkan diri aku sebab tak dapat selamatkan semua orang. " tambahnya sebelum mengesat pipinya. Oh, dah nangis ke jantan ni?

" Bodohnya kau. " makiku.

" Eh, kenapa pula? " tanyanya tidak puas hati.

Aku mengangkat bahuku sebelum berkata, " Kau umpamakan waktu kau tengah berak tu, tiba-tiba kau nampak ada budak tengah jenguk kau dekat bawah pintu. "

Dia hanya diam, mungkin mahu mendengar kesimpulanku.

" Kau rasa kau akan kejar budak tu ataupun kau akan terus berak untuk habiskan taik yang ada dalam bontot kau? " tanyaku.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now