Bab 29.

8.8K 264 59
                                    

30 Disember 2013

" Amar, eh? "

Tin minuman berperisa milo  yang dipegang erat sebentar tadi segera aku hempas ke atas rumput. Air mata mula mengalir ke pipi.

" Amar? " panggil Aira sekali lagi dengan suara perlahan.

Amar memusingkan kepalanya sehingga menghadap Aira. Gadis yang berada di sebelahnya pun turut memalingkan wajahnya.

Wahida.

" Apa semua ni? " tanya Aira.

Amar menghela nafas. Wahida pula hanya tersengih sinis. Manakala, Aira masih berdiri di hadapan mereka dengan air mata yang masih lagi mengalir.

" Kita putus. I'm sorry. " kata Amar sebelum menarik tangan Wahida pergi dari situ. Wahida sempat menghadiahkan Aira satu senyuman yang cukup sinis.

" Putus? " tanya Aira kepada dirinya sendiri.

Mukanya diraup berkali-kali. Dia memandang ke arah Amar. Dia sudah tiada. Pandangan Aira mula kabur. Dia jatuh terduduk di atas rumput. Dada digenggam kuat dan dia mula menangis teresak-esak di situ.

" Tapi, Amar dah janji. Amar cakap yang Amar cintakan Rara. Apa semua ni? " gumamnya perlahan.

Guruh mula berdentum (?) Aira memandang ke arah langit. Dia mula menangis lagi. Hujan mula jatuh ke bumi sehingga membasahi Aira yang terduduk di atas rumput itu.

" Kenapa Wahida? Rara tak cukup sempurna, ke? "

Dia mula menjerit dan terlolong seperti orang gila. Hujan yang turun pula seakan faham serta mengerti akan perasaannya yang hancur lebur itu. Guruh yang berdentum (?) juga seakan mengerti perasaan dikhianati yang dirasai olehnya itu.

Dia terleka sebentar dan tersedar apabila merasakan tubuhnya tidak terkena hujan seperti tadi. Dia memeluk tubuhnya.

" Kenapa ni, Aira? "

Aira mendongak ke atas. Seakan mengenali suara milik siapakah itu. Dia berdiri di situ sambil memegang payung serta tersenyum manis ke arahnya.

Danial Iskandar.

****

" Hah! "

Aku terbangun dari tidur panjang yang bermimpikan tentang kisah Aira dan juga Amar di suatu ketika. Aku meraup muka dan mengeluh panjang.
" Kenapa tiba-tiba? Petanda apa ni? Mimpi ni nak bagitahu aku pasal apa? " gumamku.

Aku melihat sekeliling. Oh, masih lagi di rumah pokok ini. Jam di dinding aku lihat. Baru pukul 2:00 petang. Aku mengeluh sekali lagi. Aku memandang kertas yang berada di dalam genggamanku.

Oh, kertas origami.

Kertas origami yang dibuka tadi aku lihat kembali. Coretan yang tertulis di situ cuba aku cernakan sebaik mungkin. Aku kurang faham. Tak, lebih kepada tak faham. Tak faham langsung!

Haih.

****

10 Mac 2013

" Aira! " jerit satu suara.

Aira memalingkan wajahnya untuk mrlihat gerangan tersebut. Aduh, kenapa ayat sama je kau ulang wahai cik penulis?

" Eh, abang Danial. " kata Aira perlahan namun cukup didengari oleh Amar.

" Siapa dia, Rara? " tanya Amar.

" Abang ni.. "

" Dia abang sepupu Rara. Yes, abang sepupu. " balas Aira gugup.

Takkanlah dia nak cakap yang Danial ni stalker dia? Exactly, no!

" Oh. " balas Amar sepatah sebelum menarikku pergi dari situ.

Aira cuba menoleh dan dia dapat lihat yang Danial memandang dia dengan renungan yang amat tajam. Dia memandang ke hadapan semula. Perasaan gerun terhadap Danial mula berleluasa di dalam jiwa.

Freak!

****

Aku mengerutkan dahiku dan mengurut kepalaku. Agak runsing dengan memori yang meninggalkan sedikit sebanyak tanda tanya. Aku kurang pasti sebenarnya. Siapa Danial sebenarnya? Hanya sebatas stalker ataupun siapa?

" Aira! "

Aku membulatkan mataku. Tanganku terus melipat kertas-kertas yang berisi dengan memori yang sempat ditulis oleh Aira di satu masa dulu. Nafasnya mula naik turun. Jantungku tidak berdegup dengan normal malah jantungnya itu semakin kuat dan bergerak dengn kencang degupanku.

Aku bergerak ke hadapan, belakang, sisi dan akhirnya mula mengambil keputusan untuk melompat dari tingkap. Ya, aku tahu risiko untuk ditangkap oleh Danial amat tinggi sekarang namun apa salahnya jika mencuba?

Aku terus keluar melalui tingkap dan bergerak ke tepi. Kakiku berpijak pada dahan dan tangannya ditekap pada dinding kayu rumah pokok tersebut. Lagaknya seperti seorang spy namun sebenarnya aku adalah pelarian yang menjadi mangsa kepada binatang buas, seperti mangsa kepada Danial Iskandar.

Kreeekkkk...

" Sayang, where are you? "

Berderau darah aku bila dia panggil aku macam itu. Aku dapat dengar yang almari, dan kesemua tempat yang bakal dijadikan tempat persembunyianku diselongkar satu persatu. Aku dapat dengar Danial menarik nafasnya dalam-dalam lalu mengeluh dengan kuat.

" Aira. " panggilnya perlahan. Tanpa sebarang emosi di dalam nada suaranya itu.

Aku terkaku, diam dan tidak berkutik dari kedudukanku itu.

" Sayang, keluarlah dari tempat awak menyorok. Tiada guna awak larikan diri. Nak cari kebenaran? Kenapa? Penting sangat, ke? Apa saya ni bukan suami awak sampai awak perlu larikan diri dari saya dan cari kebenaran yang awak nak tahu? Sayang, please. Abang merayu kali ni sahaja. Come out, sayang. "

Aku menahan nafas lalu memejamkan mataku. Dalam sekelip mata, percayalah. Dia akan berubah, menjadi seorang lelaki yang bertuhankan nafsu. Seakan raksasa yang tidak takut dengan kuasa tuhan. Percayalah.

" Aira! Aku kata keluar sekarang! Kau nak mati ke sial? Ke engkau nak aku belasah kau sampai setiap tulang kau patah dan kau akan jadi lumpuh, hah? Sial! Kenapa kau degil sangat?! Aku kata keluarlah, jalang! "

Aku dapat dengar bunyi barang dibaling ke arah dinding. Aku tak tahu apa yang terjadi di dalam tapi aku dapat rasakan yang dia menumbuk dinding dan ya. Tempat aku bersandar itulah tempat di mana dia melepaskan kemarahannya itu.

Dengan sekelip mata, aku terjatuh ke dalam jaring yang telah aku dan Amar sediakan sebagai keselamatan. Aku cuba untuk tidak menjerit dan aku rasa berjaya kerana aku masih dapat mendengar yang bunyi tumbukan itu masih lagi kedengaran. Dia tak perasan, nasib baik.

Aku cuba untuk berguling dan mencapai kayu yang tajam lalu dengan teknik yang telah diajarkan oleh Amar, aku potong jaring tersebut dengan agak cemas. Terlampau risau jika ditangkap oleh Danial secepat ini.

" Aira! "

****

A/N: Sorry for the late update guys! 😔 Im too busy this year with 'my works'. And yeah, sorry cuz baru dah nak raya ni I update. Ngehngeh. Cedih ye? Sorry sayang sekalian.

And, but one more, thanks to y'alls yg always waiting for my comeback. Ecewah, macam lah i ni retis kan? Kahkah 😂

Btw, kalau you all bosan tunggu i update, bolehlah baca cerita baru I.

Payung | Taehyung BTS

If u all nak baca, u can baca and tolong vote and komen sekali eheks.

Well, apa-apapun, jangan lupa vote dan komen bab ini ya!

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now