Malam itu, Danial kembali semula ke taman tersebut. Dia masih percaya dengan firasatnya yang Aira ada melakukan sesuatu di belakangnya. Jadi, Danial cuba untuk mencari petanda yang Aira mungkin tinggalkan di sana. Jauh di sudut hatinya, Danial berharap yang sangkaannya itu tidak tepat. Namun, entahlah. Hatinya sungguh tidak rasa tenteram.
Semua tempat sudah dia tuju, cuba mencari petunjuk. Dari buaian hingga ke bangku-bangku kayu yang tersusun berderet di taman itu. Semuanya sudah dia teliti dengan penuh berhati-hati. Entah-entah, Aira ada selitkan kertas dekat mana-mana, getus hatinya. Jujur, danial hampa. Dia memusingkan tubuhnya untuk kembali ke kereta.
Selangkah.
Dua langkah.
Tiga langkah.
Sial!
"Ada satu lagi tempat yang aku belum cari!"
Dia terus teringat insiden di tandas tadi. Kaki yang diatur untuk melangkah ke hadapan terus dipusingkan untuk menuju ke arah tandas perempuan di bahagian tepi taman itu. Sebelum masuk, dia mengintai sebentar ke dalam untuk memastikan tiada sesiapa di dalam. Keseluruhan taman itu juga dilihat sekilas agar tiada orang pun yang sedar akan keberadaannya di sana.
Srekkkkkk!!
Bunyi pintu ditolak kedengaran. Dia terus mengunci pintu tandas tersebut. Danial menghela nafas lega sebelum mengatur postur tubuhnya. Dia mula menghampiri cermin besar di hadapannya. Tiada apa-apa. Bahagian belakang cermin itu ditolak sedikit, dia ingin memastikan tiada nota yang diselit di sana. Clean.
Danial memandang kubikel tandas yang Aira masuk tadi. Aku harap dia tak buat apa-apa, pinta Danial. Dia terus melulu masuk ke dalam kubikel tersebut. Belakang mangkuk tandas dilihat dengan teliti. Penutup pam air juga dibuka bagi memastikan tiada apa-apa di sana. Dinding tandas itu juga dia pastikan tiada sebarang mesej yang sempat ditinggalkan Aira. Clean. Mungkin betul Aira jujur kepadanya. Bibirnya mula menarik senyum kecil. Rasanya, Aira sudah mula menerima hakikat.
Tubuhnya dipalingkan untuk melangkah keluar dari sana sehinggalah matanya tertumpu ke arah bahagian penutup mangkuk tandas. Danial mula musykil. Cuma di situ sahaja dia belum periksa lagi. Perlukah aku pastikan? tanya dia dalam hati. Tapi bila dia difikirkan semula, tak logik sungguh kalau Aira letakkan kertas dekat situ. Haih, tak apalah. Mungkin tiada apa-apa, tapi dia perlu kepastian. Danial terus angkat penutup tandas itu tanpa teragak-agak. Matanya membulat. Dia terus nampak mesej yang ditinggalkan oleh Aira. Dia sedaya upaya cuba menarik nafas dengan tenang. Mungkin mahu mengawal emosinya kerana dia tahu, sudah sekian kali Aira mengkhianatinya dan dia perlu jangka yang perkara ini akan terus berlaku. Tapi, untuk kali ini, dia akan pastikan Aira serik dengan tindakan nekadnya ini.
Bidet terus dibuka. Air mula mengalir. Danial terus halakan bidet tersebut ke arah mesej yang ditulis dengan menggunakan lipstik. 'Kau memang bodoh Danial. Cuai!', marahnya. Danial tida henti-henti menyalahkan dirinya sendiri di dalam hati. Dia risau kalau ada orang sudah ternampak mesej itu. Sumpah, mesej bodoh itu boleh mendatangkan masalah besar kepada dirinya. Selepas memastikan mesej itu terpadam sepenuhnya, dia terus pergi dari tandas tersebut. Tempat yang mahu dituju hanya satu, rumah. Dia mahu bersemuka dengan Aira. Otaknya ligat berfikir, apa yg dia akan buat dgn Aira nanti? Dia teruja. Bibirnya mula menguntumkan senyum yang mengerikan.
****
Aira dari tadi tidak senang duduk kerana terlampau gelisah memikirkan Danial yang tak kunjung pulang ke rumah. Entah ke mana lelaki itu, dia pun tidak tahu. Janganlah dia pergi semula ke taman tadi. Memang nahaslah hidupnya nanti. Dia risau kalau Danial tahu akan perbuatannya. Pintanya hanya satu, dia tidak mahu tertangkap. Kalau kantoi, tubuhnya yang akan merana menanggung sakit yang teramat. Kepalanya digeleng, cuba mengusir perasaan negatif yang mula hadir.
Sedang asyik dia melayan perasaan, bunyi enjin kereta kedengaran di perkarangan rumah. Tingkap bilik ditilik sebentar sebelum dia meloncat masuk ke bawah selimut. 'Mungkin kalau aku tidur, dia takkan buat apa-apa.' fikir Aira. Selang beberapa minit, bunyi pintu bilik dibuka mula kedengaran sebelum ditutup semula.
Cklek!
Eh, kenapa dia kunci pintu bilik?
Danial sudah berada di dalam bilik bersamanya. Tubuhnya cuba dikakukan. Jantungnya mula berdegup laju. Hembusan nafasnya cuba dikawal sebaik mungkin. Dia dapat rasakan bahagian hujung tilam ditekan ke dalam. Matanya dipejam dengan erat. Selimut yang menyelimuti tubuhnya ditarik. Danial terus masuk ke dalam selimut bersamanya. Tubuhnya terus didakap dengan erat. Jantungnya menompa laju. Keringat dingin mula membasahi dahinya.Aira dapat rasakan hembusan nafas Danial tepat di cuping telinganya. Telinganya terus digigit manja. Aira tak dapat menahan diri daripada tersentak.
" Kau fikir aku tak tahu ?"
Ssapppp!
Terus Danial pusingkan tubuh Aira menghadap mukanya. Aira dapat lihat air muka Danial yang bengis di hadapannya. Tubuhnya menggeletar.
" Awwww, kau takut? Comel. "
Aira menelan ludahnya sebelum membalas. " Tahu apa? Aira tak tahu abang cakap tentang apa. "
Danial hanya tersenyum kecil sambil tangannya sibuk mengusap pipi Aira lembut. Tangannya dibawa menelusuri muka Aira sehinggalah ia berhenti tepat di bahagian leher. Tangannya terus mencekik leher Aira sekuat hati. Aira yang tidak menjangkakan perkara itu terus meronta.
" A-abang! L-lepas! Argh. Arckk! "
" Kau fikir aku tak tahu kau buat apa bangsat?! Baik kau cakap kau buat apa tadi sial! " jerit Danial di hadapan mukanya.
" Kau buat apa dekat tandas tadi hah, perempuan? Apa yang kau buat baruah?! Aku dah layan kau elok-elok, dah bagi kau pakaian, bagi kau segalanya, apa lagi yang tak cukup setan?! " jerit Danial bagai nak gila.
Aira yang hampir pengsan itu mula mencakar-cakar lengan Danial. Cuba memohon agar Danial berhenti mencekik dirinya. Danial yang sedar akan keadaan isterinya yang bagai di hujung tanduk mula melepaskan tekanan yang diletakkan di leher Aira. Aira terus tercungap-cungap mengambil nafas. Air matanya juga sudah mengalir.
" Kau tahu kan aku sayang kau? Kenapa kau buat aku macam ni, perempuan? Apa salah aku dengan kau? Kau nak apa lagi? Cakaplah, aku boleh bagi semua benda yang kau nak. ", lirih Danial.
" Abang cakap apa ni? Aira tak buat apa-apa. K-kenapa? Kenapa abang sanggup seksa Aira lagi? Tak puas lagi ke abang seksa Aira selama ni? " balas Aira sambil teresak-esak.
Mulut Aira terus dicengkam. Aira cuba meronta lagi.
" Aku ni bodoh sangat ke Aira? Aku bodoh ke? Kau fikir aku tak tau yang kau tulis benda bodoh dekat tandas taman tu? Mengakulah Aira. Aku takkan pukul kau kalau kau minta maaf sekarang. Aku tahu kau tengah keliru. It's okay. Memang normal kalau kau keliru. Aku pun macam tu. " kata Danial.
Aira menggeleng. " No. Aku tak tahu kau cakap pasal apa. Tolonglah, lepaskan aku. Sakitlah Danial. Aku mohon. Jangan pukul aku. "
" Kau.... memang tak nak minta maaf? " tanya Danial sambil membeliakkan matanya.
Aira terkaku. Tubuhnya menggigil dengan kuat. Mulutnya tergamam. Dia tetap dengan pendiriannya. Dia takkan mengaku.
" Aku tak tahu. Berhentilah buat aku macam ni, Danial. Kau memang binatang! Lelaki si- "
Zzapp!
Belum sempat Aira melengkapkan kalimatnya, pipinya terus ditampar dengan kuat oleh Danial. Tangisnya pecah di situ. Kakinya mula menendang tubuh Danial namun tiada guna. Perbuatannya itu seakan-akan tidak memberikan kesan kepada tubuh Danial langsung.
" Lepas! Tolonglah! No! " jerit Aira.
Danial terus memekakkan telinga. Baju yang dipakai Aira terus direntap sehingga koyak.
Sumpah.
Malam ini, Aira memang nak mati.
******
A/N: Haluuuu! Omg, sorry lama i tak update. So, tinggal 3 more chaps before LA habis. I hope yall doing fine during this pkpb okiee. Tqvm! ☺
YOU ARE READING
Lepaskan Aku
Mystery / Thriller" Cinta dan kasih itu tidak akan berputik jika aku terpaksa. Aku mohon, lepaskan aku. " ** " Aku akan buatkan kau cintakan dan kasihkan aku walaupun dengan secara paksa. Sampai mati pun, aku takkan pernah lepaskan kau. Kau dan aku akan kekal bersama...