Perhatian!

9.6K 169 82
                                    

Hai teman-teman dan pembaca sekalian!

Ini bukan update yang kalian tunggu-tunggu. Jadi, rasa teruja boleh simpan.

Tapi, ia penting. Jadi, kekalkan keterujaan tu sekejap.

Aku cuma nak cakap, bab-bab awal Lepaskan Aku akan di-unpublish semula untuk diperbaiki segala kesalahan tatabahasa, ketidakmatangan cara dan plot serta sebagainya.

Contoh bab yang akan diunpublish ialah bab yang berisi konten dewasa yang anda semua sangat ANTI dan alah kepadanya.

Diperbaiki semula bukanlah bermaksud aku akan buang bahagian tersebut, tidak akan aku lakukan perkara itu sama sekali! Mungkin aku akan tapis, kalau aku nak. Dan, aku akan beri amaran di bahagian title supaya sesetengah komuniti yang tidak mahu pembacaannya tercemar, tidak akan baca bahagian tersebut.

Oh ya, bercakap tentang bab. Bab baharu masih dalam rencana, jadi ia akan di-update pada waktu yang sesuai. Jadi, maafkan kelewatan aku untuk bagi korang bab baharu sebab aku ni seseorang manusia yang mampu ketandusan ideanya.

Tambahan, aku tak mahu cerita yang satu ini aku pandang ibarat sampah. Aku tak nak.

Lagi satu, bagi mereka yang akan tertanya-tanya kenapa aku buat macam ni nanti.

Jawapan aku senang, untuk elakkan kerja orang tidak bertanggungjawab plagiat hasil ini dan tukarkan kepada miliknya dan untuk mengelakkan kecaman yang berbaur keagamaan serta perkauman.

Aku minta maaf. Ini sahaja yang mampu aku lakukan sepanjang 2 tahun atau lebih, dekat cerita yang satu ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar & Berbahagia,
Abang Fai.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now