Bab 42

8.1K 234 59
                                    

Aku duduk tersandar di sebalik pintu bilik milikku dengan keluhan yang berat. Dadaku mula berdegup dengan laju. Nafasku juga mula naik dan turun secara tidak teratur. Mukaku mula membahang tapi bukan kerana malu, kerana marah. Marah sebab setiap kali ada yang cuba tolong aku larikan diri daripada Danial, mereka semuanya akan jadi korban.

Aku terus berdiri dan mula meluru ke arah almari di tepi katil. Aku cuba menyelongkar isi almari itu dan akhirnya, pisau dapur yang aku curi sebentar tadi ditemui. Aku terus mencapainya dan meletakkannya di dalam poket seluar. Nafas yang kian memburu ini cuba ditarik dan dihembus secara teratus. Detak jantungku cuba mengikut ritma yang lebih perlahan.

" Sedia ataupun tidak, aku tetap kena tempuhinya. " gumamku perlahan.

Aku memejamkan mataku. Tanganku digenggam erat dan diletakkan di bahagian dada. Cuba untuk membina sedikit sebanyak keyakinan diri untuk berhadapan dengan Danial kelak. Membuang semua rasa gemuruh dan takut untuk melenyapkan Danial.

Sebab apa?

Sebab satu-satunya cara untuk lepaskan diri dari dia ialah dengan cara membunuh.

Aku cuba membuka pintu bilikku tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Ia berjaya dan aku memang bernasib baik sebab pintu bilik aku bukanlah jenis yang berbunyi. Kakiku melangkah secara perlahan, cuba untuk berhati-hati kerana tidak mahu tertangkap jika Farah mahupun Qalif tiba-tiba terbangun dengan bunyi telapak kakiku yang secara tidak langsung mungkin menghentak lantai.

Aku menahan nafasku apabila terlihat kedudukan pasangan itu masih sama. Aku cuba untuk tenangkan fikiran dan mula melintasi mereka berdua. Sehinggalah aku cuba membuka pintu utama, nampaknya ada tangan lincah yang dengan sepantas kilat terus menutupnya. Aku mengeluh perlahan.

" Kau nak pergi mana? " tanya satu suara garau.

Aku membalikkan tubuhku untuk menghadapnya yang sedang berdiri memandangku dengan tatapan yang tajam bersama Farah di sebelahnya. Aku hanya diam.

Farah mengeluh perlahan sebelum berkata, " Sebelum kau pergi jumpa dia, kau kena ada senjata dan duit. "

Mataku membulat. Mereka tak marah langsung?

" Tak. Sikit pun tak. Sebab kau isteri dia. " sambung Qalif lagi.

Aku menaikkan keningku. " Aku cakap kuat sangat, ke? "

Qalif hanya menyeringai. Farah mula menolakku supaya duduk di sofa. Dia mula mengambil sesuatu dari kabinet di hadapanku. Aku lihat dia kembali dengan sebilah parang kecil yang aku yakin memang tajam, beberapa gulungan duit yang sudah diikat dengan getah serta satu beg yang penuh dengan sesuatu.

Farah yang faham dengan kekeliruanku terus menjelaskan, " Oh, dalam beg ini ada beberapa makanan untuk mengisi perut kau sepanjang perjalanan dan beberapa pakaian serta kelengkapan yang mungkin kau perlukan. Sebab aku yakin yang kau takkan naik teksi atau mana-mana pengangkutan sebab kau tak nak ambil risiko senjata kau kena buang, kan? So, mungkin akan bermalam dekat mana-mana pun sebab jarak dari sini untuk ke tempat Danial bukannya dekat. Sebelum aku terlupa, aku ada sediakan peta untuk ke rumah Danial dalam beg tu. Harap kau tak hilangkan. Kalau tak, kau akan sesat. "

Aku hanya mengangguk perlahan. Macam mana dia boleh baca fikiran aku?

" Tapi, sebelum kau pergi, kau kena tahu semua benda. Apa yang dah terjadi dekat kau sebelum kau amnesia. Aku tak nak kau pergi dekat sana tanpa tahu fakta yang sebenar. " tambahnya lagi.

" Okay. " balasku sepatah.

" Masa kau darjah lima, Danial dipanggil ke sekolah kau untuk selesaikan beberapa masalah dekat sana. Pada masa yang sama jugak, ayah dia asyik memaksa dia untuk teruskan legasi syarikatnya kerana sudah tua. Tapi, macam yang kau tahu. Danial tak suka dan tak berminat sebab dia memang nak jadi cikgu. Jadi kau boleh anggap, dia abaikan segala permintaan ayah dia. "
jelasnya sekali nafas.

Lepaskan AkuWhere stories live. Discover now