Bahagian 1

163 2 2
                                    

Haziqah Imani, seoarang cikgu sekolah menengah yang mengajar subjek add math dan fizik. Tak pernah mengeluh kalau pun banyak subjek kena mengajar sebab dia suka. Objektif nya menjadi seorang guru ialah mendidik pelajar yang tidak berminat dan tidak faham tentang pelajaran sehingga mereka suka dan berminat. Haziqah Imani atau dikenali Cikgu Iman dikalangan murid dan guru yang lain. Berumur 26 tahun. Orangnya tak tinggi tak rendah. Sedang elok.

Mata bundar, hidung boleh dikatakan mancung juga la. Bibirnya semula jadi pink. Muka pula sawo matang. Tak putih tak hitam. Haziqah Imani tak berapa minat bermake up. Dia hanya memakai bedak dan lip balm je. Pakai macam tu pun, auranya sudah boleh buat semua orang kat sekolah tertarik.

Pagi ni, dia mulakan dengan bacaan basmalah untuk ke sekolah dengan menaiki honda HR-V nya hadiah daripada babahnya sebab di pengajian dulu dia mendapat ANC(anugerah naib canselor).

Dia melambai kearah babah dan mamanya. Sebelum ke sekolah, dia akan hantar adiknya yang kembar, Hariz Irfan dan Hazim Irfan ke sekolah menengah yang lain. Memang Haziqah Imani tak nak dia mengajar adiknya. Nanti takut adiknya manja sangat atau buat hal.

Adiknya yang kembar ni baru tingkatan 4. Hariz Irfan dan Hazim Irfan merupakan pelajar subjek sains tulen. Mereka memang mengijut jejak kak longnya. Mereka boleh dikatakan satu pakej juga. Bijak, handsome dan ketinggian yang sangat berpersonaliti.

Mereka bertiga mengikut ketinggian babahnya dan muka mengikut babah dan mamanya.

Setelah selesai hantar mereka berdua, Haziqah Imani membelok ke arah kanan untuk ke sekolah nya.

Hari ni merupakan hari khamis. Semua cikgu memakai baju rasmi iaitu baju batik. Haziqah Imani memakai baju batik yang di jahit oleh mamanya sendiri dan mengenakan dengan shawl.

Dia hanya memakai kasut flat sebab dia tidak suka memakai kasut tumit tinggi ataupun wedges. Penah sekali tu dia punya kasut terkopak dia memakai sneakers sahaja. Tapi masih cantik penampilannya.

Haziqah Imani turun daripada kereta dan terus ke pejabat untuk punch card. Semua cikgu memberi salam.antara satu sama lain dan bertukar senyuman.

Pagi tu perhimpunan di dataran hanya sekejap sahaja. Sebab hari khamis biasanya memberitahu perihal kejadian semalam. Haziqah Imani tidak ke dataran untuk sertai perhimpunan itu. Sebaliknya berbual dengan kerani di depan pejabat.

Memang Haziqah Imani sangat baik hati dengan semua orang.

Jangan tak tahu, dalam sekolah ni, Haziqah Imani lah yang paling banyak dapat vote sebagai cikgu paling vogue dan paling cantik.

Nasib lah cikgu lelaki dekat sini majoriti semua dah kahwin. Ada juga yang belum kahwin dan minat dengan dia tapi Haziqah Imani tak pernah melayan. Menganggap rakan kerja sebagai rakan kerja. Dan tidak lebih.

Pagi ni, kelas dia di tingkatan 4 Bimasakti mengajar subjek add math. Sebab kelas 4 Bimasakti mengambil subjek akaun.

Dalam perjalanan ke kelas 4 bimasakti, dia ternampak kelibat cikgu Irwan, cikgu unit sukan di sekolah, cikgu Irwan seorang yang peramah.

Tapi peramahnya sampai setengah jam tak henti. Maka Haziqah Imani mencari telefon dan terus buat-buat panggilan.

Seraya mereka berselisih hanya senyuman je yang bertukar. Masuk ke 4 Bimasakti terus dia menghela nafas lega.

Kang kalau melayan sampai kesudah dia tak mengajar. Murid-murid yang terkejut dengan kehadiran Cikgu Iman terus senyap.

Haziqah Imani duduk dan minum air sebelum memulakan kelasnya pada pagi itu.

"assalamualaikum kelas?"

"waalaikumussalam cikgu Imani" jawab mereka serentak.

Majoriti kelas ini melayu islam. Kalau kelas tingkatan 5 Bimasakti baru lah ramai bangsa.

"semua duduk dan baca doa".
Setelah selesai membaca doa dia memulakan subjek add mathnya.
"kelas, dah siap homework yang cikgu bagi semalam?"

"sudah!"

"belum"

Haziqah Imani yang sedang menulis di papan putih berpaling dan membesarkan matanya.

"belum? Siapa yang belum?"

"Azam cikgu. Dia tak siap" jerit Zaim yang duduk sebelah Azam.

"kenapa tak siapkan Azam?"

"saya bukan tak siapkan. Saya tak tahu soalan 6 cikgu. Cikgu tanya dah siap belum. Saya tak dapat lah cikgu. Cuba cikgu tengok orang lain. Entah dapat entah tak no 6 tu"

"oh, tak dapat. Okay saya bagi jawapan dekat depan"

"yang lain dapat ke jawapan no 6?"

"tak cikgu." jerit mereka serentak

"hey, budak ni. Aku gigit juga. Kata tadi siap. Nasib baik hari ni saya cantik. Kalau tak. Saya gigit awak" marah-marah sayang Haziqah Imani kepada anak muridnya.

"cikgu hari-hari cantik." Cempaka di barisan hadapan memuji Haziqah Imani.

"saya tahu. Saya hari hari cantik" haha Haziqah Imani suka puji diri sendiri.

Satu kelas gelak. Yelah, selama mengajar, Haziqah Imani tak suka marah. Memang tak pernah marah. Dia banyak melawak je. Semua orang suka dengan dia.

"okay kelas, sambung balik. Soalan 6 tu macam ni..."

Haziqah Imani terang satu persatu bersama contoh yang lain dan susah. Mereka semua faham.

Haziqah Imani teruskan sesi pnp nya sehingga habis waktu nya.

Bukan Mainan CintaWhere stories live. Discover now