Bahagian 9

37 0 0
                                    

Macam biasa lah setiap pagi rutinnya memang ke sekolah sahaja. Pagi ni, dia memakai baju kurung kebaya berwarna gelap dan shawl nya trend terkini. Dah macam cikgu umur 20 tahun.

Pagi tu, setelah hantar adik kembarnya. Dia terus ke sekolah. Sampai sahaja kesekolah dia segera ke pejabat untuk punch card.

Seketika hendak ke sana, bunyi horn kereta tepat ke arahnya. Kuat.

"mak kau! Haih kereta siapa lah ni" dia melihat kereta yang menghampirinya. Dan cermin itu turun.

Seseorang yang dikenali mengeluarkan kepalanya.

"hai, cik Haziqah" sapa lelaki itu. Haziqah Imani apa lagi. Baik mata yang besar tu terus jadi besar lagi bila melihat zahfran rupanya.

"zahfran!! Awak buat apa dekat sini?" tanya Haziqah terjerit. Geram pula. Mana ada aku. Situ ada dia. Mana boleh cakap jodoh. Kebetulan ni.

"hantar bapak mertua awak lah" sakat Zahfran.

Sedari jawpan zahfran mengingatkan haziqah kepada pengetuanya. Lupa pula dia. Kalau bapa nya pengetua sini.

"woi! Mengelamun" lelaki itu memetik jari didepan mata Haziqah Imani.

Haziqah tersedar. Dan tersengih. "eh tak lah. Okay lah saya nak gerak. Selamat bekerja" haziqah cepat bergerak..namun namanya masih dipanggil kuat.

Haziqah Imani berpaling.

"selamat bekerja juga...sayang"

Haziqah terseyum mendengar tapi tatkala sayang disebut haziqah Imani sudah membuat tangan untuk mencekik leher nya dan menjengkelkan matanya.

Nasib jauh kalau tak aku tibai kau dengan beg laptop aku ni.

Waktu tu murid yang berlalu disitu berpandangan dan berbisik sesama sendiri. Haziqah imani masih mengingatkan diri bahawa dia seornag cikgu dan cepat-cepat berlagak formal dan bersahaja.

"heish gorilla tu, tak kerja ke apa" sambil punch card masih membebel lagi mulut nya.

"gorilla mana pula ni?" tanya saleha yang muncul entah dari mana mengejutkan Haziqah.

"oh kau ! Heish kau ni sal. Kau ni sama macam gorilla tu. Suka terkejutkan aku tau. " omel bibir haziqah Imani.

"kau ni dari tadi gorilla. Siapa?" tanya sal tidak puas hati.

" ada lah mamat tadi. Mana aku pergi dia ada. Nanti lah aku cerita." haziqah imani meninggalkan sal dengan keadaan terpinga-pinga.

***

Haziqah imani sedang merehatkan diri di bilik guru dengan merasai air-cond.

Nyamannyaaaa desis hatinya.

Hari ni dia ada 6 kelas tanpa henti. Ototnya terasa tegang. Dia merenggangkan ototnya sedikit. Nasib la kawasannya tertutup dan semua perempuan dibahagiannya.

"ahhhh. Sedapnyaa"

"amboi mek kau. Tak baik tak mengeliat" sal ni memang adik gorilla agaknya. Suka sangat kejutkan Imani. Suka sangat datang tak bagi hint. Heish.

"kau ni mek. Suka sangat lahai datang bilik guru ni macam tu je. Terkejut lah aku. Aku penat sikit. Tu aku mengeliat."

"habis, kau nak aku buat apa kalau nak masuk sini? Hentak tumit aku kat loceng? Atau setiap kali aku datang loceng kena bunyi?" mek ni ada-ada jelah. Haish.

"haaa lagi satu, mengeliat tu tak elok. Bukan sebab apa. Sebab waktu kita mengeliat tu syaitan sedang bersetubuh dengan kita. Kau tak ingat ke?" bebel sal panjang lebar.

Bukan Haziqah Imani tak ingat. Cuma dia keterpaksaan berbuat begitu.

"yelah mek. Sorry. Aku minta maaf. No more next time. Lepasni kau kena lah peluk aku kuat-kuat supaya aku hilang penat" Haziqah Imani memandang Sal dan memasukkan asam plum kedalam mulutnya. Sebelah kirinya pula. Menghulur ke sal.

Sal menggeleng tapi tangan mengambil.

"tak nak tapi ambil? Cis" Haziqah Imani mencebik.

"biar lah. Oh ye, daripada suruh aku yang peluk kau. Baik suruh gorilla tu peluk kau. Badan kau tu mantap set A. Aku ni badan kurus keding je. Mana sampai peluk kau"

Memang di akui kalau badan Sal ni memang keping je. Ketinggian pun sedang-sedang. Tapi masih comel. Yelah darah manis. Tunangan orang.

"eh kau ni, gorilla jangan sebut-sebut. Aku pantang. Nanti dia datang habis kita." Haziqah menolak kerusi yang diduduknya ke meja sal. Mendekati sal sedikit.

"kenapa? Haaa. Tadi pagi kau nak cerita pasal gorilla kan? Mana gorilla tu? Ada dekat sini ke? Siapa?" eh banyak tanya pula perempuan ni.

"satu-satu lah. Aku cerita kan. Kat sini gorilla tak ada. Bapak gorilla ada"

Sal tiba-tiba menutup mulut membesarkan mata tanda terkejut. Eh dia ni nganjing ke apa. Gimik lebih.

Haziqah Imani pun cerita lah dari sepanjang dia jumpa gorilla sampai lah dia terjumpa pagi tadi.

Sepanjang cerita mek Sal ni tak pernahnhilang fokusnya. Memang mendengar bersungguh-sungguh. Kadang sesekali dia menyampuk juga.

"aku rasa kan Iman. Zahfran ni memang tengah syok dengan kau. Atau pun dia jodoh kau. Yelah, lepas dah putus cinta ni. Kau makin cantik. Sesiapa pun boleh cair tengok kau. Aku yang perempuan ni boleh adore. Lagi lelaki. Kau je jual mahal ni" Sal cuba membuat konklusi daripada cerita Haziqah Imani tentang Zahfran.

"mengarut do'oh" amboi bahasa pahang pula kau ni Imani. Semua bahasa tahu. Banyak betul accent dia tahu.

"ala kau ni. Mengarut apa nya. Tapi mungkin lepasni kalau betul dia suka kau. Dia akan pergunakan pengetua atau sekolah ni sebagai alasan untuk jumpa kau." Sal membuat spekulasi pula. Tadi kesimpulan. Lepasni hipotesis ke? Atau pemboleh ubah dimalarkan?

Bukan Mainan CintaWhere stories live. Discover now