Bahgian 6

63 1 3
                                    

"cikgu, tadi ternampak paksu saya ke?" Farizul sudah tersengih-sengih. Tapi tangan masih berjalan.

"oh, paksu awak ke tu? Terkejut saya. Tadi tak nampak pun saya." Haziqah Imani sudah kemerahan pipi tahan malu bila terkenang balik.

"dia baru balik jogging tu cikgu. Handsome tak paksu saya?" tanya Farizul.

Haziqah sudah malu ni ditambahlagi soalan macam tu lagi lah malu.

Memang Haziqah Imani sendiri tak dapat nafikan. Paksu Farizul ni memang handsome, tapi tak putih pun sawo matang.

"handsome je. Heish awak ni dah lah. Pergi buat keja tu. Saya nak balik ni. Adik saya kat bawah buat apa lah tu."

"alaaa, cikgu. Lama sikit. Dapat jumpa paksu saya. Dia kata cijgu cantik." Farizul sudah tahan gelak tengok muka Imani macam kena bakar.

"awak nampak ni?" Haziqah Imani menunjukkan penumbuk kecilnya.

Jangan buat Haziqah Imani naik angin. Nampak je dia kecil. Tapi dia memang ada seni pertahankan diri. Bukan taekwondo tapi tinju. Babah dia yang ajar. Adik beradiknya belajar tinju sahaja. Almaklum lah babahnya juga seorang pengusaha kelab tinju.

"haha. Cikgu malu lah tu. Jaga-jaga cikgu kejap lagi dia keluar. Haha" waktu tu Haziqah punya jantunh mengepam turun naik dah. Dup dap dup dap.

" awak ni, cepat lah buat. Jangan lah. " Haziqah sudah gelabah dah. Makin gelabah makin nampak comel. Farizul asyik menyakat je.

"paksu!" tiba-tiba Farizu jerit. Seolah-olah paksu datang. Padahal dia saja menyakat.

Haziqah Imani terus berpaling. Tapi tak ada. Farizul sudah mentertawakan dia terbahak-bahak.

"cikgu ni takut je. Tak lah paksu saya dah keluar dah tadi." Farizul nak menyakat lagi.

"dah awak siapkan.saya kemas ni. Lagi 15 minit pukul 12 saya tanda kertas awak."

"okay."

***

"im done. You nay check please." Farizul menghulurkan kerjanya.

Haziqah imani menyambut dengan senyuman dan menanda.
"cikgu, toilet jap lah." Haziqah Hanya mengangguk. Dia tunduk dan menanda.

Belum 5 minit pun Farizul ke toilet tapi sudah kedengaran kerusi ditarik. Tanpa mengangkat muka Haziqah Imani bertanya.

"cepatnya awak ke toilet. Farizul, awak ni pandai je buat soalan fizik ni. Tak ada salah pun. Bahagian mana yang awak tak pandainya ni?" tanya Haziqah Imani tanpa memandang. Tangan nya hanya menanda je.

Tapi makhluk didepannya sudah ralit memerhatikan kelincahan gadis didepan mata menanda.

"Farizul awak ni, tak jawab pula. Pukul berapa sekarang?"

"pukul 12 cikgu" Zahfran memberitahu. Waktu pen merah yang dipegang Haziqah Imani tercampak. Dek terkejut dia terus mengangkat muka.

Mana tidaknya, mati matian dia ingat Farizul. Tapi rupanya makhluk yang terjumpa di depan tandas a.k.a paksu Farizul!

Malu tahap giga dah ni. Amboi cikgu Fizik ni. Semua ukuran dia sebut. Tera giga piko nano semua lah.

"erk, ma...af.. Saya ingat Farizul tadi" Haziqah Imani memohon maaf kepada empunya suara itu.

Zahfran sudah tersengih sengih dah.

'sengih pahal kau? Aku dah gelabah gila. ' monolog Haziqah Imani.

"saya bukan  Farizul. Saya paksu dia. Zahfran. Nama awak?" tanya Zahfran sambil bermain pen Farizul.

Eee. Annoying. Orang tak tanya pun. Sibuk je.

Haziqah buat-buat senyum. Sambil jam.dikerling. Dia pun dah siap tanda.

"nama saya Haziqah Imani. Panggil Iman" balas Haziqah yang sudah hendak bangun

"tapi saya nak panggil awak Haziqah lah. Boleh tak?"

Eishh dia ni. Sibuk lah. Tu nama untuk bakal suami aku lah.

"tak boleh !"

"sebab?"

"sebab tu nama special"

"saya panggil yang special lah"

"tak boleh. Okay lah saya nak balik. Nanti adik kembar saya membebel."

"silakan..." sambil tersengih dia menghantar anak mata nya sehingga kelibat Haziqah Imani hilang.

"paksu! Mana cikgunya?"
Farizul entah dari mana muncul bertanya.

"dah balik..baru turun."

"paksu lah ni kan buat dia turun?  jom paksu?"

"pergi mana?"

"tadi cikgu tu cakap. Dia nak ke mall. Jom lah."

"bapak kau ambil kau bila?"

"alaa, dia ambil adik lah tu. Suruh tok ayah cakap kat bapak lah nanti. Paksu pun boleh hantar kan?"

Mereka berpakat untuk ke mall untuk berjumpa cikgu Imani.

Jangan tak tahu, zahfran ni dah macam mula suka kan si Haziqah Imani ni. Haha

Bukan Mainan CintaWhere stories live. Discover now