bahagian 17

45 1 0
                                    

ZAHFRAN POV

Zahfran membelek gallery handphone. Dari gambar camera sampai lah gambar whatsapp. Tiba di gambar whatsapp dia terhenti di satu gambar. Gambar yang di hantar oleh hazim yang curi-curi ambil gambar kakak dia tengah makan di pizza hut.

Kakak dia kalau makan memang lahap, muka kadang cover ayu tapi kalau dah lapar, ayu kemana cover pun lupa. Haha

Zahfran hanya tergelak melihat gambar si gadis ini. Walaupun dia tidak selalu berhubung, tapi adik kembar ni lah yang selalu tolong.

Entah kenapa zahfran jadi tak betul lepas pertama kali nampak Haziqah Imani di rumah ayahnya dulu. Hatinya tak keruan. Berombak.

Tiba-tiba dia memulakan rencana nya untuk memikat hati si gadis ini.

Nombor haziqah imani didail.

***
HAZIQAH IMANI POV

"aduhh, siapa lah call. Kejap lah, aku tengah mandi" haziqah imani mencapai tuala dan keluar toilet untuk mengangkat jeritan telefonnya.

'gorilla'

"nak apa? Aduhmak!" haziqah imani mengangkat malas.

"em"

"hello cik adik sayangg. Marah je suara" zahfran ni kalau tak buat dia sakit hati tak sah. Ada je nak kenakan. Haish.

"tak payah nak cik adik sangat lah. Nak apa " haziqah imani ni pun satu. Kalau dengan zahfran ada je dinginnya.

"kalau cik adik tak boleh panggil, saya panggil sayang lah. Hehe" zahfran cuba bergurau dengan haziqah imani yang tengah angin tu.

"zahfran, awak nak apa ? Cepat lah?" tanya haziqah imani. Mana tak nya sebenarnya shampoo nya masih di rambut lagi tak dibersihkan lagi.

"saya nak awak!" zahfran masih bergurau.

"eee pervert. Saya tak nak awak. Bye"

"ehh, nanti lah.. Awak ni kan asal dengan saya je awak angin..datang bulan ke?" selora Zahfran. Masih ada gelak tawa dihujungnya. Suka sangat mengusil gadis di talian.

"awak ni kenapa ? Awak nak apa ? Straight to the point." tangan kiri sudah memegang rambutnya.

"em..."

"emm"

"zaf, cepatlah. Saya off karang"

"saya nak ajak awak keluar malam ni."

"okay, boleh. Dah lah saya nak cepat bye" haziqah imani terus sahaja masuk bilik air..mata dia sudah pedih sebenarnya terkena shampoo.

***

HANAFI POV

"hi kapten, termenung apa? Teringat kekasih hati ke? Pergi lah jumpa. Dah balik semenanjung dah ni" tegur leftenan Haqq.

Hanya sengihan sahaja diberi oleh kapten ini. "heish awak ni, entah lah. Saya pun tak tahu. Angau agaknya. Tapi dia macam tak suka saya je" luah hati kapten hanafi ni. Nampak je garang kasar. Tapi bila soal hati, masih mencari sahabat untuk minta pendapat.

" tuan dah bagitahu dia ke? Mana tahu dia pun suka tuan?" leftenan haqq mencucuk beri idea.

"heish awak ni. Kalau dia reject macam mana? Tapi dia comel lah haqq. Saya suka sangat dekat dia." wajah haziqah imani dibayangan hanafi. Dah balik semenanjung ni, saat ni lah nak gunakan sebaik mungkin.

"saya jamin, dia tak akan reject tuan. Trust me captain!" haqq ni beriya betul. Bersungguh macam dia je tuan punya badan. Haha

"nanti saya fikirkan. Dah kemas lah barang. Dua minggu cuti ni, awak tu boleh kahwin dah cuti ni" hanafi bangun untuk kemas pakaian nya. Dia mahu pulang kerumah. Segera. Rindu dekat keluarganya bertandang.

***

HAZIQAH POV

Haziqah imani berpusing satu bilik, mana tidak nya. Tadi dia sendiri yang kata okay je dengan zahfran, haziqah imani ni tu lah lain kali kalau dah tengah pedih tu matikan je nanti call. Ini antara dengar tak dengar je dia jawab okay. Cuba kalau si zahfran tu ajak kahwin tadi ? Heish.

Haziqah imani akur juga, dia memilih baju untuk keluar dengan zahfran.

"nak pergi mana ni kak long?" puan zeti bertanya kepada satu-satunya anak daranya.

"ma, em jumpa kawan je" namun hatinya gelisah. Puan zeti seakan mengerti hati kegelisahan anak daranya ini.

"kenapa ni long? Along macam ada tak kena je?" tanya puan zeti.

"ada ma, ada. Along tak nak jumpa kawan along ni. Em nama dia zahfran"

"oh, zaf yang paksu murid along tu ke ?"

"ye betul ma."

"la kenapa ?"

"kenapa ma? Ma bayangkan kalau dia suka along? Dah lah tak kenal. Tiba-tiba ajak jumpa. Mesej pun jarang. Ma along dah suka dekat hanafi tu. Kalau han tiba-tiba ternampak kami. Apa along nak bagitahu? Dan apa pula reaksi dia?" panjang lebar anak nya luahkan isi hatinya. Akhirnya dia lega.

"em, nampaknya anak mama ni dah terbuka hati sikit ya. Well, mama bagi idea jelah. You just go meet him. If he confess to you. You just telling him the truth"

"tak baik kan kita main kan perasaan orang. Anggap jelah perjumpaan malam ni sebagai satu perkenalan yang hanya berkenalan. Han pula macam mana ?" puan zeti memberi idea sedikit demi sedikit dia mencucuk jarum juga.

Haziqah imani mengangguk tanda setuju. "han...dia baru je mesej, dia dah balik semenanjung. Dia balik rumahnya di Tapah"

"oh, tak apa lah. Insha Allah malam ni hanafi tak nampak lah. Pergi lah jumpa. Nanti sampai kesudah masalah tak selesaikan?" puan zeti pamot mengundur diri. Di tepuk peha anaknya berkali-kali mohon mengerti apa yang disampaikan tadi. Haziqah imani mengangguk sahaja.

Bukan Mainan CintaWhere stories live. Discover now