Bahagian 8

37 0 0
                                    

"maaf kan saya. Saya terlepas cakap tadi." Haziqah meminta maaf atas keterlanjuran katanya itu.

"em, sebagai balasan maaf. Saya nak awak temankan saya makan. Baru saya maafkan awak."

Alang-alang dah ada mangsa. Buat perangkap terus lah. Bisik hati kecil Zahfran. Keningnya dia angkat menunggu jawapan Haziqah Imani.

"ala, makan je pun. Apa de hal." Haziqah Imani ni. Sekejap je terima. Memang lah sensitive dengan lelaki. Tapi bila perangai gila datang. Semua dia layan. Otak gila-gila dia ni bukan bertempat sangat. Haih.

Zahfran sudah seronok mendengarnya.

"okay lets."

Mereka ke restoran yang menghidangkan makanan western di situ.

Haziqah sekadar memerhati si uda depan mata yang makan dengan lahapnya. Dia bukan tak nak makan. Dia sudah kenyang. Sekadar air sudah memadai.

Sesekali dia mencuri pandang ke arah Zahfran. Em handsome!

Tatkala mata mereka bertembung cepat-cepat Haziqah pandang kearah lain. Zahfran sudah tersengih kerana tahu dirinya sedang diperhatikan.

"puas tengok saya?" serkap Zahfran.

Tatkala itu menggelabah beruk Imani. Tapi biasalah dia. Sikit nak cool.

"eee, bila masa saya tengok awak? Saya tengok belakang awak tu."
Haziqah Imani terus menyedut air nya untuk hilang rasa gelabah sambil scroll instagramnya. Padahal dah beraape kali dia scroll dia sendiri tak tahu.

"yelah tu. Saya tahu saya handsome kan. Em biasa dah perempuan cair dekat saya. Malas ambil pusing. Tapi kalau awak yang suka saya. Kenduri kahwin saya hadiakan." sakat Zahfran tapi muka masih selamba. Kening kanan di angkat.

Haziqah Imani sudah menggila. Rasa annoying sangat dengan mamat ni.

"awak ni dah kenapa? Baik-baik kening kanan tu boleh angkat  nanti tak ter angkat karang" Haziqah Imani jeling Zahfran. Geram pula rasa hati dipermainkan macam tu. Kenal pun setahun jagung. Eh sehari pun tak. Ada hati nak cakap macam tu. Penumbuk sekali baru tahu.

Handphone nya berbunyi tanda orang panggil. Hijau dislide.

"hello dik"

"akak, dah habis ni jom balik" hazim memberitahu bahawa wayang yang di tonton sudah habis.

"haa, elok lah tu. Akak tunggu dekat kereta. Tak kuasa akak duduk dengan gorilla ni" Haziqah memberikan jelingan kepada Zahfran.

Zahfran mengangkat bahu sahaja.

Talian di matikan.

"bye, encik gorilla" tas tangn di ambil dan meninggalkan Zahfran yang sedang duduk itu.

"Haziqah Imani, tunggu jelah. Gorilla ni juga yang kau sayang nanti" bisik hati Zahfran sambil menghantar mata sehingga kelibat si dara itu hilang daripada pandangan.

Bukan Mainan CintaWhere stories live. Discover now