bahagian 16

34 1 0
                                    

Sebulan berlalu, semua berubah. Sal yang baru lepas kahwin sudah mohon pertukaran sekolah pula, katanya nak dekat dengan suami. Em, nasib badan lah iman. Kahwin tak lagi. Keseorangan lah diri kat sekolah tu. Cikgu zarina pun dah nak kahwin juga dengan cikgu zaki tu.

Haziqah imani merenung tv macam nak tembus. Malam tu, dia sendirian menonton tv. Adik kembarnya ada dekat atas, tengah buat kerja. Parents pula dah beradu dalam bilik. Honeymoon katanya. Ia kan sahaja lah.

Smart phone nya di capai di atas meja setelah noti masuk tanda mendapat satu mesej.

Noti dibuka. Mesej daripada Hanafi.

Malam ni banyak bintang. Bila tengok bintang dekat langit. Saya teringat awak pula. Awak apa khabar ? Sihat? Maaf lah. Saya busy. Sebab saya terpaksa ke sabah. Saya dah lama tak mesej awak.

Haziqah imani menaip sesuatu, membalas mesej.

Saya alhamdulillah sihat. Saya faham. Awak menjalankan tugas demi negara. Awak masih di sabah? Bila nak pulang?

Mesej berbalas mesej. Sudah lama juga mereka tak berhubung. Yelah, lepas jumpa sekali hari tu. Hanya mesej sahaja yang buat mereka berhubung. Tup tup.. Dah sebulan lebih juga mereka berhubung melalui mesej.

Terima kasih lah sebab faham saya. Ya, saya masih disabah. Kenapa ? Awak rindu saya ke ? Hehe. Insha Allah. Saya balik esok kalau tak ada apa-apa. Dah malam ni. Burung hantu pun dah bunyi. Awak jangan tidur lewat. Nanti mengantuk esok mengajar. Selamat malam. Ttyl.

Pengakhiran mesej malam itu diakhiri dengan mesej han sahaja. Sebenarnya, imani tak baca pun, dia dah tertidur dekat atas sofa dengan tv terpasang.

Hariz turun kebawah untuk minum, dia terkejut melihat kakak nya sedang ternganga tidur dengan rambut macam hantu.

"penat sangat lah tu. Haha"
Hariz menekan punat off di TV.Hariz mendapat satu idea untuk kenakan kakak nya.

Handphone Haziqah Imani dimeja dicapai hariz. Satu gambar di ambil. Hariz mengaktif kan gambar yang baru diambil tadi sebagai wallpaper handphone haziqah imani.

Hariz menahan gelak, sampai di dapur habis bertaburan dia ketawa. Sambil mengambil cawan dan diisi air terus naik keatas. Sempat dia menceritakan dekat hazim sambil tergelak.

***

Haziqah imani tersedar, dia menggosok matanya. Aksi apa yang dia tidur pun tak tahu. Aksi puak lentang ke apa dia tak tahu.

Jam di dinding menunjukkan pukul 3.15, dia bangun untuk ke bilik nya. Alang-alang sudah bangun pagi, dilangsungkan sekali tahajjudnya.

Dia merebahkan dirinya diatas katil setelah usai solat tahajjud dan membaca al-Quran.

Handphone dicapai untuk melihat mesej yang dia mungkin terlepas. Punat ditekan untuk membaca whatsapp dari rakannya atau daripada sesiapa. Dia melihat pada skrin terpapar mesej daripada hanafi. Haziqah imani slide untuk membuka, baru nak buka dia terkejut. Nasib tak tercampak handphone nya.

Melopong dia melihat gambar. Sah ! Mesti si hariz yang buat ni. Bukan tak kenal. Kalau hazim dia tahu cara hazim kenakan dia macam mana.

Tapi, teruk juga dia tidur. Haha. Kuangja betul adik aku ni. Gumamnya sendiri.

Dia membaca mesej hanafi bagi, dia tersenyum sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia membaca mesej hanafi bagi, dia tersenyum sendiri. Kadang-kadang diri dia pun tak pasti. Nak bercinta tapi takut di lukai lagi. Tapi umur dah meningkat tak berkahwin lagi.

Dia tak membalas pun mesej hanafi hanya sekadar senyuman dan akhirnya dia terlelap.

***

ZAHFRAN POV

"hai adik, ayah tengok semacam je pagi ni. Kenapa ? Menang lotery ke ?" tanya Pengetua Zainal kepada Zahfran yang bersiul turun sarapan diwaktu pagi.

"heish ayah ni. Bukan menang lotery lah. Menang main mahjung je. Kalau lotery dah gelak besar." zahfran menjawab sambil duduk menarik kerusi.

"haaa, elok lah tu anak beranak ni. Ada je benda nak disakatnya. Benda yang haram2 macam tu lah dibuat lawak pepagi ni. Benda yang tak pernah main tu lah dia jadikan bahan lawak." Puan Zainab keluar dari dapur bersama nasi goreng yang baru siap ke meja makan.

Zahfran yang mendengar ibunya bebel di garu kepala yang tidak gatal.

"gurau je bu. Zaf masih ada otak dan iman nak pilih mana buruk mana baik" zahfran mengambil pinggan yang diisi nasi oleh ibunya.

"ibu, zaf ingat, lepas habis kerja ni. Zaf nak pergi rumah kak Ra lah. Kesian dia, tak ada yang jaga dia dengan anak dia. Mungkin zaf tidur sana lah."

"haaa, elok sangat lah. Rahil tu asyik kena tinggal je. Ni suaminya dekat Amsterdam." puan zainab setuju zahfran menemankan kakak nya yang no dua ni. Mana tak nya, suaminya memang bukan pilot tapi pramugara tetap juga macam pilot. Sentiasa di dalam flight.

"ha zaf, bawa sekali pisang yang ibu kamu tanam kat belakang rumah. Dia tu bukannya ingat dia tanam. Tanam jee. Bagi orangnya tidak" Pengetua Zainal ni memang baik orangnya. Tapi kalau dah perli, amboi.

Puan zainab hanya menjeling sahaja "amboi abang. Kita bukan nya kedekut. Kita ingat je. Ee nyampah lah saya tau" puan zainab menarik muka merajuk. Zahfran hanya tertawa melihat telatah orang tua nya.

"ye lah ayah.."

***

HAZIQAH IMANI POV

"ohhh, kau yang tukar wallpaper aku ehh?" haziqah imani menarik telinga hariz di meja makan. Bangun tidur dengan tak gosok gigi cuci muka sahaja terus duduk memgusik adiknya.

"aw aw... Sakit lahhh long.. Dah kau tidur ternganga.. Hahahahahha" serta merta kerawa nya terburai bila mengingat kembali peristiwa malam tadi.

"aku mana sedar.." seteguk air putih di minum. Lega rasanya bangun pagi terus minum air putih. Mencuci dalaman.

"eee, tak gosok gigi lah tu minum air masak" hazim yang sedang menikmati pisang goreng mengejek.

"diamm ah kau! Kalau gosok gigi nanti tak ada rasa makanan. Kau apa tahu" haziqah imani membalas sambil membuat muka dekat hazim.

"tidur dah lah ternganga..terkangkang..tak gosok gigi...hahahahhaha" hazim ejek lagi, nasib jarak mereka jauh, kalau tak sudah diluku kepala adiknya ni.

Haziqah imani malas nak layan adik dia. Sesekali melihat hariz disebelahnya sedang membalas mesej.

"woi, mesej siapa ?" siku disenggul.

"apa kak long ni. Aku mesej kawan lah" cepat-cepat dia tutup phone dia. Mana tak nya kawan yang dia maksud kan tu sebenarnya zahfran. Mereka rencan sesuatu. Mereka siap ada group whatsapp lagi. Farizul, hazim, hariz dan zahfran. Entah apa entaj mereka borakkan.

"eleh, kawan je, bagi lah aku tengok. Em, jom tengok wayang?" haziqah imani mengajak adiknya.

"cerita apa ?" tanya hazim.

"apa-apa lah. Along bosan lah. Jom lah jom lah."

"ajak abang long sekali nak? Eh abg zaf?" hariz mencelah.

"eee abang long? Zaf? Tak nak aku. Tak payah pergi lah. Cancel!" haziqah imani terus bangun. Ada sahaja lah mood dia ni bertukar. Asal nama si gorilla ni mesti dia angin. Eish geram betul.

"alaaa kak...nak kemana? Abang zaf je pun" hazim memanggil imani yang sudah ke ruang dapur.

"aku nak p gosok gigi lah. Ah tak payah ajak. Lepas zohor kita gerak. Lambat tinggal. Sekarang baru pukul 9. Kau pergi solat dhuha." haziqah imani terus ke toilet.

Bukan Mainan CintaWhere stories live. Discover now