Bahagian 13

35 1 0
                                    

setelah pulang dari restoran itu, zahfran tidak senang duduk. tapi dia pelik kenapa dia jadi macam ni? selama ni ramai je kenalan perempuan yang dia kenali, mungkin Haziqah menepati cita rasanya.

masakan gelak tawa tadi menunjukkan mereka tiada apa-apa. dia melihat lelaki yang bersama Haziqah itu. 'not bad' hati lelakinya memuji. boleh tahan juga cita rasa perempuan ni.

apa kurangnya aku, kenapa tak layan aku? mungkin cara aku salah kot. Zahfran bermonolog.

channel di tukar dan tukar dan tukar. entah, dia sendiri serabut.

Puan Zainab membawa air kopi yang dibancuh ke ruang tamu.

"Zaf, kenapa kamu ni? ibu tengok dari tadi asyik tukar-tukar channel." tanya ibunya yang mengambil tempat duduk disebelah nya.

"ha, bu. em tak ada pape lah bu. boring la tak ada siaran best" bohongnya. namun hati ibunya mengatakan tidak. aneh pula anak bujang yang bongsu ni. biasa kalau keluar malam, pagi baru balik. ni terus balik pula. baru pukul 1030.

"yeke ni?" tanya Ibunya lagi.

"betul bu... sedap kopi bu, tuangkan. hehe" eh dia ni, mengada tak bertempat. tukar topik lah tu.

"zaf, bila zaf sambung kerja?" tanya ibunya.

"minggu depan bu, tapi mungkin zaf kena ke Sydney balik. sebab ada kerja yang belum settle" jawab zaf sambil menghirup kopi buatan ibunya. ahhh lega.

"oh, Ibu ingat nak buat kenduri aqiqah farina hujung bulan ni. harap Zaf ada lah." Farina ialah cucu Puan Zainab dan haji zainal yang bongsu merupakan anak abang long nya merangkap adik Farizul.

"oh, In shaa Allah bu. nanti Zaf save the date."

tiba-tiba satu mesej masuk ke dalam phone nya.

'excuse me mr Zahfran? are you stalking me?'

mesej siapa lagi kalau bukan Haziqah Imani. dia sudah tersenyum mendapat mesej itu walaupun mesej itu berbaur sindiran.

"hai, sengih apa nya baca mesej tu? girlfriend?" tanya ibunya.

"tak, bakal isteri" selamba sahaja dia melemparkan ayat tu.

ibunya sudah terkejut. "Zaf dah ada calon ke? bawa lah jumpa Ibu. Zaf pun dah nak masuk 3 series dah ni." Ibunya memberi cadangan.

"uish, ibu ni. 3 series tapi masih hot. nanti ada masa, zaf kenalkan dekat ibu. ibu kenal budak nya." Zahfran terus sahaja naik kebiliknya.

***

'excuse me cik adik Haziqah, saya ternampak. im not pervert to stalk you'

"memang lah kau tak pervert. dah nampak tu tak payah lah bagitahu. geramnya aku" Haziqah menyumpah serana dekat perangai si Zahfran ni.

"alamak, lupa pulaa nak bagi tahu dekat Han aku dah sampai."

'han, im just arrived'

'okay, take care. sweet dream ;)'

Haziqah tersenyum setelah mendapat mesej daripada Han. haip, kenapa dia rasa seronok juga. bukan sepatutnya pada mula tu dia membenci ke dengan pertemuan ni.

dia segera membersihkan diri setelah pulang bersama han tadi. memang tabiat ahli keluarga nya kalau keluar waktu malam balik harus mandi.

setelah selesai mandi. dia menyikat rambut dan memakai losyen di tangan nya dan krim malam.

terdengar mesej masuk lagi.

'hai, dah tidur ke?'

"eee gorilla ni. orang tak reply dia mesej."

'zzzzzz'

'yelah, orang dah ada kekasih. saya undur diri. selamat malam :('

"merajuk lah tu. biarkan lah. look like i'm really care?"

Haziqah terus sahaja meletakkan handphonenya di meja. dan membaca doa sebelum tidur agar dijauhkan gangguan. ditarik selimut keparas dada. lampu di matikan.

Bukan Mainan CintaWhere stories live. Discover now