Bahagian 3

67 1 0
                                    

Waktu pnp dah habis. Haziqah Imani sedang kemas untuk pulang ke rumah dan mengambil adik-adiknya dari sekolah.

Walaupun ada bus. Tapi Haziqah Imani melarang adiknya menaiki bus. Sebab katanya membazir, lagipun dia haluan yang sama. Tapi, kalau Haziqah Imani lambat, adik kembarnya akan pulang berjalan kaki. Bukan jauh sangat pun. Sekejap sahaja.

Haziqah Imani turun dari bilik guru dan terus sahaja ke kereta.

Sedang dia membuka pintu kereta dia ternampak kelibat pengetuanya. Dan dia baru tersedar yang dia terlupa untuk berjumpa dengan pengetua.

"alamak! Mampus aku ! aku lupa" tepuk dahi Haziqah Imani. Dia turun kereta dan mendapatkan tuan pengetuanya. Lari-lari anak dia. Nasib pakai flat.

"assalamualaikum tuan haji." termengah-mengah dia memberi salam

Tuan pengetua berpaling kaget. "walaikumsalam, haa Imani baru dapat jumpa awak. Awak ni, nak pergi mana lari-lari ni. Tarik nafas dulu. Stable. Cakap" tuan pengetua pula yang mengajar Imani.

Imani ikut sahaja apa yang disuruh.

"okay dah. Tuan haji, maaf saya tak jumpa ada hal penting ke nak jumpa? " tanya Imani Ramah.

"oh, macam ni. Saya punya cucu, tingkatan 5 spm tahun ni. Dia masalah sikit lah pasal fizik dia. Saya nak minta awak ajarkan dia boleh? Macam tuisyen lah."

Terang pengetua kepada Imani.

Hanya angguk tanda faham diberikan.

"oh gitu, tapi kenapa tak pilih cikgu lain?" saja Imani ingin tahu.

"itu lah tu, saya suruh cikgu Sarah dan siew. Mereka tak boleh. Maklum lah dah kahwin. Memandangkan awak belum kahwin. Merangkap cikgu panitia Fizik. Saya pilih awak jelah" balas tuan pengetua.

"oh, in sha Allah tuan haji. Tapi saya kena datang rumah tuan haji atau cucu tuan haji ke rumah saya ?" balas Imani tanda setuju.

"alhamdulillah kalau Imani setuju. Imani datang rumah saya hari sabtu pukul 9-12 lah ye?" balas Tuan haji.

"in sha Allah. Nanti sabtu ni saya datang. Cucu tuan haji sekolah mana?" tanya Imani.

"sekolah menengah Taman bukit perdana"

"lah, satu sekolah dengan adik saya rupanya. Tapi adik saya tingkatan 4"

"lah yeke, bawa lah adik awak sekali. Boleh lah cucu saya tambah kawan. Dia tu, jenis pemalu sikit nak kawan. Walaupun lelaki." balas Tuan pengetua bersama gelak tawanya 

Jam di tangan di kerling. Terkejut dia. Dah 2.30 petang adik dia mesti membebel.

"tuan haji, saya kena gerak ni. Nak ambil adik saya. Saya pergi dulu. Sabtu saya datang. In sha Allah. Assalamualaikum"

"silakan.waalaikumsalam"

***

PIN ! PIN !

Haziqah Imani menekan horn kepada adik kembarnya yang sedang leka bermain bola sepak dengan budak kecik di sebelah pondok guard.

Anak siapa lah tu. Desis hati Imani. Imani turun daripada kereta memanggil adiknya.

"Hariz, Hazim jom. "

"jap kak. Ambil beg" jawab Hariz.

"okay!" Haziqah Imani masuk ke dalam kereta.

"kak, kenapa datang lambat sangat. Panas tau. " adu Hazim yang duduk di depan sebelah kakaknya.

Hazim si adik ni, memang tak pernah mengalah suka duduk depan. Nasib Hariz jenis yang tak kisah dan bertolak ansur.

"ala, akak minta maaf. Tadi jumpa pengetua. Anak siapa tadi tu?" tanya Haziqah Imani ingin tahu.

"anak pak guard tu. Bini dia datang bawa makanan. Kami main sambil berbual." jawab Hariz di belakang. Haziqah memberi isyarat mata melalui cermin.

"oh, baiknya adik akak ni." memnag baik pun, adiknya ni memang nakal. Tapi nakalnya bertempat. Time mereka suka, mereka akan suka 100% kalau benci memang tahap tak tegur tau. Tu lah kelemahan si kembar ni.

"ha, hazim hariz, sabtu ni teman akak ke rumah pengetua akak boleh? "

"alaaa, Hazim dengan Hariz nak pergi beli ps-vita lah kak." Hariz di belakang mencuit Hazim dan membesarkan mata. Tanda jangan kecilkan.hati kakak.

Haih, memang lumrah adik beradik ni suka besarkan mata bila tak puas hati. Mana tidak nya, ni semua genetik babah nya lah. Kalau tak suka anaknya berbuat sesuatu yang kurang enak di matanya, dia akan membesarkan mata tanda marah.

"tak lah kak, boleh je. Tapi dengan Syarat. Akak kena bawa kami ke mall nak beli ps vita" Hariz memberi cadangan.

"eleh, tak ada hal lah. Kak Iman belanja makan lah. "

"macam tu akak belanja BR. Dah lama tak makan. Hazim nak eh?" Hazim mencelah.

"yelah lahap. Haha" balas Haziqah Imani membelok kan keretanya ke rumah tiga tingkat nya. Terus sahaja Imani dan adiknya turun daripada kereta.

Bukan Mainan CintaWhere stories live. Discover now