BAB 7

25 0 0
                                        

MEDIA : SHILA ADRIANA

SHILA menghirup udara segar pada waktu pagi. Dia berjalan menuju ke pangkin berhampiran pokok manggis maknya. Tidak semena air matanya jatuh ke pipi.

' Rindunya dekat abah. Hampir 15 tahun abah tinggalkan Shila. Shila tak risaukan abah dah, sebab atuk , Abang Faizal dengan wan ( nenek ) ada kat sana. Moga-moga abah sihat sejahtera dan hidup aman di sana,' desis hatinya.

Masih terbayang-bayang saat kali terakhir dia melihat abahnya. Segala memori indah tak luput dek ingatan. Dia tidak akan mudah melupakan abahnya. Walaupun dia terpaksa mengharungi pelbagai dugaan sendirian.

...

15 TAHUN YANG LALU,

" Cikgu, boleh saya berjumpa dengan Shila Ardiana? Ada hal penting," pinta Kak Aishah. Sejurus itu Kak Aishah dan Cikgu Aslina berbisik sesama sendiri. Itu yang menghairankan Shila. Pelbagai persoalan bermain di fikiran Shila. Namun, dia pendamkan.

Waktu itu Shila berumur 9 tahun. Manakala abangnya, Amirul Mukminin berumur 12 tahun.

Lantas Kak Aishah membawa Shila menuju ke Pusat Sumber Sekolah. Kelihatan ramai warga sekolah yang berkumpul di situ.

' Kenapa depa berkumpul kat sana? Apa halnya Kak Aishah bawak aku ke sini. Takkan ada suprise,' omel Shila.

Setiba Shila sampai ke pusat sumber, kaku kakinya melihat seorang yang dia sangat kenali terbaring. Semua orang yang berada disitu berwajah sayu.

" Abah !!," itulah ungkapan yang mampu diluahkan. Kelihatan Amirul juga berada di situ dengan mata yang sangat merah dan sembam.

Abah Shila telah bersara dan bekerja sebagai tukang kebun di sekolah yang menempatkan Shila dan abangnya.

Shila berlari dan memeluk tubuh yang telah kaku. Air mata sentiasa menemani dirinya. Baru pagi tadi mereka meluangkan masa bersama. Seri pagi seakan-akan tahu kesedihan Shila.

Shila menggoncangkan tubuh itu. Namun tiada tindak balas. Air mata tidak pernah kering pada saat itu. Amirul hanya diam membatu meratapi tubuh itu.

" Abah bangunlah ! Bangunlah! Janganlah buat Shila camni. Jangan tinggalkan Shila. Abah," raung Shila seraya memeluk tubuh itu.

Tepat 6:30 petang jenazah abah Shila selamat dikebumikan. Shila seakan-akan hilang tempat bergantung.

Mulai saat itu, Shila berazam akan belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak akan menghampakan harapan keluarganya. Terutamanya orang yang banyak berjasa dalam hidupnya.

...

QILLA menunggu ketibaan seseorang di sebuah restoran. Orang itu melambaikan tangan kearah Qilla.

Orang itu mengambil tempat di hadapan Qilla.

" Aku nak korang 'kerja' dengan aku. Boleh? Pasal payment jangan risau aku bagi deposit dulu. Kalau dah settle 'kerja' tu, aku akan kasi bakinya. Ingat jangan melibatkan aku dalam hal ni. Faham?," kata Qilla sejurus mereka melabuhkan punggung.

Mereka hanya mengangguk. Perlahan-lahan Qilla mengaturkan plannya. Mereka hanya memasang telinga untuk mendengar plan Qilla. Usai berbincang, Qilla menghulurkan satu sampul yang berisi sejumlah wang. Mereka tersenyum puas setelah melihat isi sampul itu. Mereka terus beredar.

...

HYUN mengambil cuti untuk menenangkan fikirannya. Dia melontarkan pandangan ke luar jendela.

Fikirannya melayang. Ke New York mungkin. Dia merindui seorang insan.

" Hyeong, ganeun goya ( abang, buat apa tu )?," soal Daebak.

Soalan Daebak mematikan lamunan Hyun. Soalan Daebak hanya dibiarkan berlalu.

" Hyeong, Kim Hye Ah downstairs. She want to meet you," kata Daebak seraya mengatur langkah kearah abangnya.

Hyun hanya mengeluh apabila nama Hye Ah disebut. Daebak hanya mengusap belakang tubuh abangnya. Dia tahu abangnya tidak menyukai kehadiran Hye Ah ke rumah keluarganya.

...

HYUN dan Hye Ah telah dijodohkan oleh orang tua mereka. Hye Ah amat menyukai perjodohan tetapi Hyun sebaliknya.

Hye Ah merupakan seorang penyanyi yang amat diminati oleh khalayak ramai. Hye Ah amat digilai oleh seluruh Korea Selatan kerana dia mempunyai ciri-ciri teman wanita yang sempurna.

" So, what's you want from me? Palli juseyo ( Tolong cepat sikit )," kata Hyun dengan kasar.

Hye Ah bangun dari sofa lantas memaut lengan Hyun. Melihat situasi itu, Hyun lantas memegang pergelangan tangan Hye Ah dengan kuat.

Hye Ah mengaduh kesakitan. Selepas beberapa saat barulah Hyun melepaskannya. Tajam mata Hyun memandang kearah Hye Ah.

Hey ! Si Pencuri HatiTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang