" SHAA kena attend meeting dekat Korea. Abang kena handle meeting dekat Johor. Shaa tolong abang ya? Malam lusa abang kena pi dah," ujar Adam.
Shaa kebingungan. Baru saja dia masuk kerja lepastu kena attend meeting.
" Bila Shaa kena pi sana?," soal Shaa sambil melabuhkan punggungnya berhampiran dengan abangnya.
" Okay listen to me. You've be there as soon as possible. This is our gold chance to get the tender. Can't you?," kata Adam sambil melilau seakan-akan mencari seseorang.
Shaa hanya mengangguk.
Shaa memandang pelik ke arah abangnya. Gelisah semacam je. Apa tak kena dengan Abang Adam?
Siapakah yang dicari oleh Abang Adam?...
SHIN AH mengatur langkah ke arah dalam pejabat Hyun. Dia menatang secawan coffee untuk bosnya.
Tuk ! Tuk !
Langkah Shin Ah diatur penuh berhati-hati. Lalu dia meletakkan coffee di atas meja Hyun.
" Seongsaenim ( Encik ) today you've appointment with Jeguk Holdings at 3pm. That's all your appointment for today," kata Shin Ah lalu dia menutup buku notanya.
" Okay. Arrange it perfectly. Gomawosebnida ( terima kasih )," ujar Hyun sambil mengangkat cawan yang berisi coffee.
Shin Ah hanya tersenyum seraya mengatur langkah keluar dari bilik bosnya.
...
HARI ini Shila mengambil cuti. Penat barang kali.Amirul mengatur langkah ke arah Shila. Lalu dia mengambil tempat bersebelahan dengan Shila.
" Hai. Teringatkan sape tu? Buah hati kat Korea ke? Untunglah mak dapat bermenantukan orang Korea. Hahaha," usik Amirul.
" Kau nak dapat adik ipar orang Korea? Aku tak kisah. Sanggup ke kau nak berpisah dengan adik kesayangan kau ni?" soal Shila berbaur usikan.
Amirul menarik muka seakan tidak menyukai dengan gurauan Shila sebentar tadi.
" Weyh. Relax lah. Chill. Aku gurau je. Janganlah sensitif sangat. Nanti aku kabo mak yang kau bercinta dengan anak Haji Zahari tu. Aku nampak kau dating semalam. Jangan aku tak tahu. Rahsia kau semua dalam poket aku lah," ugut Shila.
Amirul terkejut dengan kenyataan yang dilontarkan oleh Shila sebentar tadi.
" Mana kau tahu? Kau jangan buat pasal. Aku taboh kau sat lagi. Jangan buat naya. Haji Zahari tu dahlah cerewet pasal menantu. Aku ni dahlah miskin. Manalah dia pandang orang cam aku. Kalau aku jadi macam si Zuki tu, aku yakin Haji Zahari mesti pandang aku. Aku sayang sangat dekat Julia tu. Tunggu aku kaya, aku terus minang Julia tu. Tak payah nak bertunang bagai. Habiskan duit je," luah Amirul panjang lebar.
Shila memahami situasi Amirul dan keluarganya. Mana ada orang mahu memandang orang yang tidak berharta.
" Nanti kalau aku dah dapat ijazah tu, aku janji aku akan ubah nasib keluarga kita. Kau akan kerja dengan aku. Tak payah nak kerja bawah orang," pujuk Shila.
Memang azam Shila sejak abahnya kembali ke rahmatullah. Siapa yang mampu memikul tanggungjawab sebesar ini? Walaupun dia seorang perempuan namun, dia yakin terhadap kebolehannya.
" Laa, dekat sini rupanya. Bertuah punya budak. Jom makan mak dah masak tu. Nanti sejuk dah tak sedap," sampuk Puan Zaleha.
Shila dan Amirul mengangkat punggung mereka lalu berpimpinan tangan dengan mak kesayangan mereka menuju ke rumah pusaka neneknya.
Walaupun sudah berpuluh tahun, namun rumah pusaka ini masih gah berdiri.
' Aku akan baik pulih apa yang rosak. Aku yakin aku mampu banggakan mak dengan ijazah aku nanti,' desis hati Shila.
![](https://img.wattpad.com/cover/62401493-288-k998683.jpg)
YOU ARE READING
Hey ! Si Pencuri Hati
RomansaSHAA bersahabat baik dengan Shila seorang gadis kampung yang ingin mencapai cita-cita. Shaa dan Shila telah melanjutkan pelajaran mereka di rantau orang. Shaa telah melalui detik-detik yang sukar ketika berada di sana. Shaa juga mempunyai abang kemb...