MEDIA : SHARIFAH ALIYA BATRISHA
" ABANG Adam, abang kata perlukan seorang pekerja kan ? Boleh Shaa tahu abang perlu pekerja dalam bahagian apa?" soal Shaa.
Shaa mengatur langkah ke arah sofa berhampiran meja Adam. Shaa hanya menantikan jawapan daripada Adam.
" Abang perlu seorang pekerja dalam bahagian arkitek. Fiffy akan resign tak lama lagi. Kenapa Shaa tanya ?" jawab Adam.
Adam melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Shaa. Shaa hanya melemparkan senyuman kepada Adam.
" Okay cun. Shaa ada seorang kawan yang ambik jurusan arkitek. Boleh Shaa recommend dia pada abang ? Dia mahir sangat dalam hal-hal melukis ni," kata Shaa.
Adam hanya menganggukkan kepalanya mendengar butir bicara Shaa. Adam yakin Shaa tak salah memilih.
Lantas Adam berkata " Tapi kawan Shaa tu kenalah ikut proses. Esok boleh suruh dia datang untuk interview."
Shaa memandang ke arah Adam lalu mengangguk.
...
JARI runcing milik Shila laju menaip sesuatu pada skrin telefon Samsung Y miliknya. Butang send ditekan akhirnya setelah beberapa saat menaip.
Tidak sampai seminit getaran daripada Samsungnya membantutkan niat Shila untuk tidur semula.
From BFF SHAA : Kau boleh datang interview esok. Aku dah recommend kau dekat syarikat abang aku.
To BFF SHAA : Kau serius ke beb?! Alhamdulillah. Syukur. Tapi aku nervous lah. Buatkan aku takdapat macam mana ? Risau nanti mak sedih bila aku tak dapat kerja tu.From BFF SHAA : Confirm kau akan dapat. Trust me. Abang aku akan lihat berdasarkan kemahiran kau. Kau siapkan diri sebelum datang interview esok tau.
To BFF SHAA : Oke. Nanti aku cakap dekat mak pasal ni. Mesti mak happy bila dapat tahu aku pergi interview first job aku😊
Thanks sebab recommendkan aku.From BFF SHAA : Ohh ya. Sebelum aku terlupa, esok aku kena fly ke Korea. Ada meeting kat sana. Aku tak boleh nak amik kau. Aku minta maaf. Tapi aku akan minta tolong Pak Qassim amik kau dekat Pudu Raya.
To BFF SHAA : Sokaylah. Takyah suruh Pak Qassim amik aku. Pandai-pandai lah aku nanti. Semoga selamat sampai kat sana. Jangan lupa update aku. Bye. Assalamualaikum.
Lantas Shila mengatur langkah untuk menuruni anak tangga. Kelihatan emaknya sedang menyembang bersama Amirul di dapur.
" Mak !! Aca ada berita gembira ni," jerit Shila.
Terkejut Puan Zaleha dibuatnya. Lantas Puan Zaleha bersuara," Haih, kamu ni Aca. Janganlah terjerit-jerit terkejut mak. Tadi kata ada berita gembira kan ? Apa dia ?"
Amirul hanya tersenyum lalu menggelengkan kepalanya melihat telatah adik kesayangannya.
" Dengar dulu tau. Jangan terkejut. Aca.. Aca.. Aca akan pergi interview esok mak. Happynya Aca. Tapi interview tu dekat Kuala Lumpur," kata Shila dengan nada gembira berbaur sedih.
" Pergi jelah. Mana tahu rezeki kamu dekat sana. Mak tak halang. Selagi kerja itu halal, mak tak kisah. Kamu Amirul ?" luah Puan Zaleha.
Amirul berjalan ke arah Shila dengan muka amat merah lalu dia berkata," Bangganya aku dengan kau. Akhirnya kau dapat jugak kerja. Arkitek ke ?"
Shila hanya mengangguk untuk menjawab persoalan daripada Amirul.
" Kenapa muka kau cam marah je tadi ?" soal Shila.
Bimbang jika Amirul tidak setuju dengan keputusannya.
" Tak nampak ke panas kat luar tu? Kau lupa aku kat sana !! Tu lah sebab kenapa muka aku merah tadi," jawab Amirul dengan nada rajuk.
Shila dan maknya ketawa sesama mereka sementelah mendengar jawapan daripada Amirul.
Membahang muka Amirul. Menahan malunya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hey ! Si Pencuri Hati
RomanceSHAA bersahabat baik dengan Shila seorang gadis kampung yang ingin mencapai cita-cita. Shaa dan Shila telah melanjutkan pelajaran mereka di rantau orang. Shaa telah melalui detik-detik yang sukar ketika berada di sana. Shaa juga mempunyai abang kemb...