MEDIA : SHARIFAH ALIYA BATRISHA
" ABANG, ni Shaa mesej saya. Dia kata dia tidoq rumah Mak Ngah Shila. Rindunya saya dekat anak dara saya sorang tu," ujar mummy Shaa, Tengku Faizah sambil membelek-belek telefon bimbit miliknya di atas katil.
Daddy Shaa, Syed Zakaria hanya mengangguk setelah mendengar kata-kata dari isterinya.
Memang dia dan isterinya terlalu merindui anak perempuan tunggalnya setelah hampir 3 tahun tidak pulang ke tanah air.
" Bila dia nak balik mai sini? Saya pun rindu dekat anak saya tu. Dah besaq panjang dah dia," ujar Syed Zakaria sambil meletakkan cermin mata berhampiran lampu tidur.
" Dia kata nak balik esok. Tapi mungkinlah petang. Sebab nak hantaq Shila pi KL Sentral," jawab Tengku Faizah.
...
AZAN Subur berkumandang.
Shaa melangkah ke arah pintu bilik air untuk membersihkan diri.
Usai menunaikan solat, dia mencapai tudung lalu mengatur langkah ke dapur untuk menolong Mak Ngah menyediakan sarapan di awal pagi.
Kelihatan Mak Ngah bersama anaknya, Ariana mengangkat pinggan lalu diletakkan di atas meja.
Mak Ngah Shila merupakan seorang balu anak tiga. Suaminya meninggal disebabkan serangan jantung. Tapi kehidupan mereka tidak pernah susah kerana Mak Ngah mempunyai anak lelaki yang boleh diharapkan seperti Zaqiff.
" Aik, awalnya bangun. Baru nak suruh Ariana ni panggil Shaa. Meh sini, duduk makan," ujar Mak Ngah sambil mengatur pinggan dan cawan dengan begitu tertib sekali.
" Hahaha. Mai sini Shaa tolong Mak Ngah," kata Shaa.
Kelihatan Zaqiff dan Zariff mengatur langkah menuju ke arah meja makan. Zaqiff dan Zariff ni merupakan kembar. Namun sikap mereka bagai langit dengan bumi. Langsung tiada keserasian diantara mereka berdua.
" Zaqiff, Zariff, Ariana, Shila, meh sini makan," ujar Mak Ngah.
Shaa dengan ringan tulangnya membantu menyedok nasi lemak ke dalam pinggan Zaqiff, Zariff, Mak Ngah, Ariana dan Shila.
...
" OKAYLAH, daddy. Adam dah lambat ni. Ada appointment dengan client dari JB. I have to go now. See you," kata Syed Adam Idrus, abang kembar Shaa.
Deruman kereta milik Adam semakin lenyap dari kedengaran.
" Adam tu sebijik dengan perangai abang. Hard work. Abang jangan balik lambat. Kita kenalah celebrate sempena kepulangan puteri kita. Nanti saya nak pi supermarket dengan Pak Qassim. Nak masak makanan favourite Shaa," jelas Tengku Faizah.
" Yalah. Jangan nak dok membazir. Beli yang mana nak dimasak," kata Syed Zakaria memperingati Tengku Faizah.
Tengku Faizah hanya mengangguk tanda memahami nasihat suaminya.
![](https://img.wattpad.com/cover/62401493-288-k998683.jpg)
YOU ARE READING
Hey ! Si Pencuri Hati
RomanceSHAA bersahabat baik dengan Shila seorang gadis kampung yang ingin mencapai cita-cita. Shaa dan Shila telah melanjutkan pelajaran mereka di rantau orang. Shaa telah melalui detik-detik yang sukar ketika berada di sana. Shaa juga mempunyai abang kemb...