Saiz hidangan:4-6 orang makan
Bahannya:
-6 ketul ayam (saiz ikut citarasa sendiri)
-Garam secukupnya
-3 camb Buttercup
-1 cawan susu UHT
-1 camb sos tiram
-1 camb minyak bijan
-1 camb kicap manis
-Lada hitam secukupnya
-1 camb tepung jagung
-1 camb tepung beras
-Serbuk roti secukupnyaCara membuat:
1.Gaulkan ayam bersama Buttercup,sos tiram,susu UHT,minyak bijan,kicap manis dan lada hitam.
2.Gaulkan lagi ayam bersama tepung jagung dan tepung beras, perapkan ayam sekurang kurang 30 minit.
3.Salutkan ayam dengan serbuk roti dan goreng atas api perlahan hingga warna perang keemasan,Siap!dan boleh dihidangkan.
Tips:
Proses perapan ayam;pertama sekali gaulkan ayam bersama sos tiram dan garam dahulu,seterusnya serbuk lada hitam,kicap manis dan minyak bijan.Buttercup itu dicairkan dahulu dan dicampur dengan susu UHT barulah dicurahkan dan digaul bersama ayam.Kalau rasa leceh atau nak cepat abaikan tips ini.
2 jenis tepung itu sekadar untuk menyerap lembapan atau sos perapan dan salutkan serbuk roti.Bila ayam dah masak,kuatkan api sebelum angkat untuk mengelakkan ayam menyerap minyak,enak dimakan semasa panas.boleh dicicah bersama sos keju di resepi yang lepas.Selamat mencuba!
YOU ARE READING
Resepi Bujang 3S #Wattys2016
DiversosTeringin nak memasak sendiri di rumah?tapi terlalu rumit?bahan bahan susah nak disediakan?..ya inilah jawapanya..Dayang menyediakan resepi ringkas dan mudah yang pastinya lazat memikat tertarik kau memang kedebom!Akak akak,abang abang,adik adik bole...