Saiz hidangan:2-3 orang makan
Bahannya:
Bahan I
-6 keping roti (Dayang pakai Gardenia)
-4 keping chicken slice (dicelur)
-4 keping cheedar cheese
-Mayonis secukupnyaBahan II
-Sebiji telur
-1/4 cawan susu UHT
-Lada hitam secukupnya
-3 camb mentega/marjerinCara memasak:
1.Sapu rata mayonis pada permukaan roti(sebelah sahaja).
2.letakkan sekeping cheedar cheese dan chicken slice.
3.Letakkan sekeping roti tanpa sapuan mayonis.
4.Ulang langkah 2.
5.Atas sekali letakkan roti yang disapu mayonis seperti langkah 1.
6.Pukulkan telur,susu dan lada hitam sehingga separa kembang.
7.Celupkan kedua-dua permukaan roti dan goreng bersama mentega/marjerin/minyak masak sehingga kuning keemasan.Siap!dan boleh dihidangkan.
P/S:
Jika menggunakan minyak masak,goreng roti selama 1 atau 2 minit dengan api yang besar supaya roti tidak serap minyak dan salutan telur itu tipis dan cepat masak.Selamat mencuba!
YOU ARE READING
Resepi Bujang 3S #Wattys2016
De TodoTeringin nak memasak sendiri di rumah?tapi terlalu rumit?bahan bahan susah nak disediakan?..ya inilah jawapanya..Dayang menyediakan resepi ringkas dan mudah yang pastinya lazat memikat tertarik kau memang kedebom!Akak akak,abang abang,adik adik bole...