Kali ini resepi nasi goreng Baghdad pula!ala-ala nasi Arab gitu u olls~
Saiz hidangan:1 orang makan
Bahannya:
-Sepinggan nasi putih
-1 sudu besar rempah kurma (serbuk)
-1 sudu besar rempah sup (serbuk)
-1/2 dada ayam (potong dadu)
-3 tangkai kacang panjang(dipotong kecil)
-1 biji bawah merah (dipotong dadu)
-2 ulas bawang putih (cincang)
-2 batang cili padi (dipotong halus)Cara memasak:
1.Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Setelah minyak panas masukkan dada ayam yang telah dipotong dadu tadi.Tunggu sehingga ayam berubah warna.
2.Masukkan bawang merah dan bawang putih kedalam kuali,kacau hingga sebati.
3.Masukkan 1 sudu rempah kurma Dan sup pada ayam tadi dan kacau hingga sebati.
4.Masukkan nasi lalu kacau hingga sebati dan perasakan dengan garam secukup rasa.Akhir sekali masukkan kacang panjang Dan cili yang telah dipotong halus tadi.Kacau selamat 2 hingga 3 minit.Siap! Dan boleh dihidangkan.
P/S:Kalau nak letak daging pun boleh kalau tak suka ayam...pastikan daging direbus dahulu ya.
Selamat mencuba!
YOU ARE READING
Resepi Bujang 3S #Wattys2016
AcakTeringin nak memasak sendiri di rumah?tapi terlalu rumit?bahan bahan susah nak disediakan?..ya inilah jawapanya..Dayang menyediakan resepi ringkas dan mudah yang pastinya lazat memikat tertarik kau memang kedebom!Akak akak,abang abang,adik adik bole...