NASI GORENG GP (goreng pantas)

1.9K 41 3
                                    

Dayang akan kongsi resepi-resepi nasi goreng

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dayang akan kongsi resepi-resepi nasi goreng.Banyak jenis nasi goreng ni..mesti tau kan,apa lagi jom la mula!

Saiz hidangan:1 orang makan

Bahannya:

-Sepinggan nasi putih
-2 Biji telur
-3 tangkai kacang panjang (dipotong kecil)
-1/2 lobak merah (dipotong dadu)
-Garam secukup rasa
-lada hitam secukup rasa

Cara memasak:

1.Panaskan kuali dengan sedikit minyak,tunggu sehingga minyak panas.

2.Masukkan kacang panjang,lobak merah kedalam kuali dan masukkan 2 biji telur tadi (pecahkan dulu jangan dengan kulit telur tu pun korang masukkan😜)

3.Serta merta masukkan nasi putih kedalam kuali dan gaul denga rata,Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa...pastikan permukaan nasi diselaputi telur dengan baik.Kacau hingga masak...siap!Dan boleh dihidangkan.

P/S:Namapun nasi goreng pantas memang tak letak bawang dengan cili,nak letak boleh.Kalau tak suka sayuran seperti yang disarakan boleh guna sayuran yang korang suka..kalau dah nama nasi goreng bajet isi mmg telur je kalau ada bajet lebih boleh la letak isi ayam.

Tips:Kalau guna nasi semalam bolehla masukkan kedalam peti ais dahulu.Memudahkan proses memasak dan menyedapkan lagi nasi goreng ><.

Selamat mencuba!

Resepi Bujang 3S #Wattys2016Where stories live. Discover now