semalam.

163 22 2
                                    


Jika semalam adalah kenangan
Hari ini adalah kenyataan
Kenyataan yang maha sakit
Untuk aku terima
Satu persatu.
Kisah yang pernah jatuhkan aku
Berkali kali
tersungkur menyembah bumi
Pada satu masa dulu
Dan paling sakit
Ia menambahkan luka di setiap inci tubuh aku
Ini hanya kerana
Kenangan semalam
Andai aku boleh putarkan masa dan waktu
Andai aku boleh ubah keadaan kembali kepada semalam
Semestinya aku akan ubah segalanya.
Segalanya.
Setiap kisah, setiap episod akan aku ubah.
Tetapi ini lah drama aku
Yang skripnya di tulis oleh Maha Esa.
Semalam atau hari ini.
Ia tetap takdir aku,
Walau sekuat mana aku jatuh, sebanyak mana jahitan yang perlu aku jahit untuk luka aku.
Aku janji aku tak kan tersungkur lagi pada kisah silam yang jijik dan kotor.
Tiada lagi semalam yang menyakitkan.
-E-

7 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang