b.a.t.s

34 6 2
                                    

Bukan aku tidak sayang
Aku cuma lebih berhati hati untuk kali ini
Aku takut
Takut air mata ini kembali mengalir
Takut rasa seperti dulu kembali lagi
Sungguh aku takut

Dulu
Aku lembut
Aku mengikut
Aku percaya
Setiap satu bicara kau
Setiap satu perlakuan kau
Itulah silap aku yang aku tidak akan lupakan
Tapi itu dulu
Sebelum aku betul betul masak akan setiap satu penipuan kau

Setiap satu apa yang kau bagi
Ia adalah penguat untuk aku bangkit kembali
Kembali mencari dan mencipta satu watak baru untuk diri ini
Dan jiwa ini

Semestinya
Yang baru itu lebih tabah dari yang dulu
Lebih cantik dari dulu
Dia baru seolah dia tidak pernah terluka
Tawanya seolah tidak pernah menangisi takdir yang semalam.

Aku harap jika ada pertemuan antara kita lagi
Saat itu kau akan kata
Aku seolah insan yang kau tak pernah kenal.
Aku tidak akan sesekali berlaku tidak adil pada diri ini.
Kerana diri ini terlalu berharga.
Harap kau faham.

-E-
Wifadoll
......

7 TahunTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang