Berapa lama waktu dan ruang yang perlu aku ambik untuk lenyapkan satu perasaan yang hadir selama 7 tahun?
Waktu yang cukup lama,
Cukup lama untuk aku kenal insan bernama m.a.a..
....
Dari dia kecik
Sampai besar macam tu
Dari dia pakai handset 3310
Hingga iphone 6++++
Dari kasut dia saiz 10 hingga saiz 12
Dari baju saiz s hingga xL
Dari dia bodoh sampai dia pandai.
Dari ayah dia bernafas sampai ayah dia kembali kepada Sang Pencipta.
Terlalu banyak kenangan
Terlalu banyak kata kata
Terlalu banyak perkara di sekeliling aku yang sentiasa buat aku rasai kewujudan dia,Kadang aku kalah
Kalah dengan fikiran liar aku kepada dia
Kalah dengan perasaan aku
Kalah dalam permainan iniAku nak menang.
Menang dalam lawan perasaan ini
Menang dalam permainan ini.7 tahun yang penuh dengan
Kebahagiaan
Air mata
Tawa mesra dia.Walaupun hari ini aku akan hadapi sekali dalam setahun
Hari di mana hati ini meronta inginkan dia disisi ini
Hari di mana aku akan merindui dia.
Hari di mana aku hanya inginkan dia mencintai aku seperti dulu.Walaupun ia akan wujud untuk saat ini.
Aku harap aku kuat
Dan aku harap hari ini akan beransur hilang dalam tahun demi tahun.........
7 tahun untuk aku dan dia.
25/11/09-27/2/2016Ikhlas dari
Aku.
Buat insan m.a.a.a-E-
Kamar gelap
Lazuardi 1512.
YOU ARE READING
7 Tahun
PoetryKadang kita manusia ada perkara yang hanya terluah di dalam hati walau sebenarnya . Ingin satu dunia tahu apa isi hati itu. Kerana kita ada lah manusi. Hanyalah cerita atau luahan yang tak mampu aku luahkan dengan bicara kata. Hanya kata kata yang...