Saat aku melangkah meninggalkan semalam yang terluka,
Aku rasa teramat sakit di hati kecil ini,
Sakit yang tak terlihat tu sebenarnya maha pedih,Tapi,
Kerana aku sedar siapa aku,
Aku tetap melangkah,
Kerana aku takut,Takut,
Aku hilang akan sesuatu yang dah lama pegang aku,
Tanpa aku sedar.Tapi, percaya la.
Sekali kau dah melangkah ke arah yang sepatutnya,
Kau akan rasa tenang setenangnya.
Walau sebesar mana pun
Dugaan yang akan singgah
Di setiap lorong dan lohong
Kisah kau,Jangan takut untuk sakit,
Untuk jatuh,Kerana di sebalik tu
Terselit nikmat dan manisnya .-E-

ANDA SEDANG MEMBACA
7 Tahun
PoetryKadang kita manusia ada perkara yang hanya terluah di dalam hati walau sebenarnya . Ingin satu dunia tahu apa isi hati itu. Kerana kita ada lah manusi. Hanyalah cerita atau luahan yang tak mampu aku luahkan dengan bicara kata. Hanya kata kata yang...