Sempurna yang sebenar adalah milik Maha sempurna dan kekasih Nya
Sangat sempurna
Tak bisa dipertikaikan
Dia sempurna.
Semestinya
Tapi kenapa kita masih mempersoalkan kenapa takdir kita sentiasa malang
Kenapa?
Kerana kurang yakin kah??
Atau keyakinan itu tiada?
Saat terjatuh kita celaka kan takdir
Tahu kah kita takdir itu dari siapa
Dari Maha Sempurna.
Di setiap lohong dan duri itu sebenarnya terselit kisah kita yang sempurna
Kerana Dia tak akan tentukan lorong itu untuk hamba Nya melainkan Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya
Yakinlah dengan penuh harapan walaupun luka yang pernah engkau lalui tersangat dalam tikaman nya tetap akan ada kebahagiaan di pengakhiran nya.
Jangan takut kerana harapan pada Maha Sempurna sentiasa indah dan benar.
Bersabarlah wahai insan yang kurang yakin
Sabar lah
-E-
YOU ARE READING
7 Tahun
PoetryKadang kita manusia ada perkara yang hanya terluah di dalam hati walau sebenarnya . Ingin satu dunia tahu apa isi hati itu. Kerana kita ada lah manusi. Hanyalah cerita atau luahan yang tak mampu aku luahkan dengan bicara kata. Hanya kata kata yang...