2238
9/3/16Untuk insan tersayang
.
Terima kasih atas segalanya
Menjaga dan mendidik adik selama adik bernafas ini,
Mandikan adik masa dulu,
Suapkan adik,
Hantar adik ke sekolah,
Sikatkan rambut adik,
Peluk adik bila adik balik dari asrama,
Kata kata semangat untuk adik,
Nasihat nasihat untuk adik,
Kenangan antara kita sentiasa menjadi yang terindah untuk adik.
.
Terima kasih atas pengorbanan mu selama ini.
Bersengkang mata
Menahan lena
Hanya untuk mendewasakan adik dan abang dan kakak
Adik tak akan lupa wajah mu bila pulang dari johor,melaka,sabah
Abah tinggal adik dua tiga hari untuk cari rezeki,
Satu hari tu ...
Adik nangis sebab rindu abah.
Walhal sampai sekarang adik still nangis sebab rindu abah.....
Wajah penat mu
Garis tua mu terlihat betapa mu seorang yang penyayang.
Betapa bertanggungjawabnya abah
Abah buat semua anak anak abah selesa dengan abah,
Abah la the great daddy of my world.
Lelaki yang takkan tinggalkan adik walau macam mana setan pun adik,
Dan adik takkan jadi setan untuk abah.,
Sebab adik puteri abah.
..Terima kasih kerana sentiasa memahami puterimu ini.
Sentiasa ada disaat adik gembira dan sedih,
Tangan kasar yang selalu usap kepala adik dengan ayat " tak pa mana tahu Allah nak bagi yang terbaik untuk adik"..
Kata kata abah selalu membakar hati ini untuk terus melangkah walau macam mana sakit nya dawai kawat besi tu lilit kaki ini.
...
Adik akan jadi puterimu yang paling membanggakan mu...
Maafkan adik andai adik pernah menyakiti hati kecil abah..
Terima kasih atas nama abah dihujung nama adik,
Akan adik jaga maruah abah sehingga akhir hayat adik,Untuk insan yang tercinta..
Selamat ulang tahun yang ke-59.
I love you forever mohd shukor ibrahimDari puteri mu..
-E-
Terima kasih atas jasa mu.

ANDA SEDANG MEMBACA
7 Tahun
PoetryKadang kita manusia ada perkara yang hanya terluah di dalam hati walau sebenarnya . Ingin satu dunia tahu apa isi hati itu. Kerana kita ada lah manusi. Hanyalah cerita atau luahan yang tak mampu aku luahkan dengan bicara kata. Hanya kata kata yang...