senyuman

34 5 0
                                    

Senyuman adalah topeng menutup raut yang satu lagi
Raut yang hanya diri dia dan Dia saja yang tahu
Buruk kah raut itu?
Cantik kah raut itu?
Tiada masa untuk aku menilai perkara sekecil itu.
Tapi aku tahu kau menilai
Penilaian seorang yang tak mengerti
Kau hanya melihat senyuman itu
Kau tak cuba lihat di sebalik senyuman itu
Walaupun kau tahu dia miliki seraut pandangan lain
Tapi kau masih belum mahu mengerti
Dia tak minta kau menyayangi dia hanya
Apa yang dia minta
Hanya ruang dan waktu
Masa dan peluang
Dia hanya ingin pengertian kau
Kerana sudah lama dia ingin pulihkan raut disebalik senyuman itu
Bagilah dia peluang supaya
Di masa yang lain
Dia bisa jalan dengan senyuman tanpa raut lain disebalik senyuman itu.
Hanya satu raut.
Iaitu seraut wajah dengan indahnya senyuman.

-E-

7 TahunWhere stories live. Discover now