Bukan jual ikan tau..
Pentingkan diri sendiri,
Yeah I am,
Kalau satu dunia kata aku pentingkan diri
Kata la tu hak mereka untuk mengata.
Apa yang aku lalui,
Apa yang aku hadapi.
Berapa banyak air mata aku
Mereka tak pernah nampak
Jauh sekali memahami
Setiap keputusan aku fikirkan mereka
Sampai terkadang hati aku yang terluka
Pilihan aku disisihkan
Perasaan aku diabaikan
Kerana apa?
Kerana mereka.
Bukan mengungkit tapi.
Sedarlah wahai manusia
Aku juga manusia biasa
Wanita biasa yang ada hati dan perasaan yang normal.
Aku bukan manusia yang kaku perasaan
Maafkan aku jika pilihan ini akan menyakiti kau
Tapi ini yang seolah kau minta dari aku
Iaitu untuk khianati kau
Jangan sampai aku pamerkan belang aku sendiri
Dan satu untuk kau
Kalau aku hamba yang busuk
Kau juga sama
Oleh tu
Jangan pernah sekali
Menilai siapa aku melainkan kau adalah ibu aku.
Kerana aku masih tahu batas kemampuan aku dan
Tali yang Maha Kuasa dalam hidup aku
Maafkan aku
-E-
YOU ARE READING
7 Tahun
PoetryKadang kita manusia ada perkara yang hanya terluah di dalam hati walau sebenarnya . Ingin satu dunia tahu apa isi hati itu. Kerana kita ada lah manusi. Hanyalah cerita atau luahan yang tak mampu aku luahkan dengan bicara kata. Hanya kata kata yang...