4| Salah faham

8.4K 447 13
                                    

"Baiklah. Pada minggu lepas, terdapat dua orang murid kita berdua-duaan di dalam dorm. Saya harap selepas ini tidak ada kejadian seperti ini lagi. Dijemput Aira Eireen dan Amar Eireez untuk naik ke pentas." Kata cikgu disiplin.

Aku pandang sekilas ke arah cikgu disiplin. Kau tau muka dia macam mana? Senyum tapi sinis.

Dia memang anti sangat dengan aku.

Entah apa salah aku.

Aku bangun dan memegang tangan abang lalu berjalan ke arah pentas.

Aku lihat pengetua dan Cikgu Sazzy mengangguk ke arah kami.

Akhirnya aku dapat peluang.
Padan muka kau.

Aku pandang muka abang. Dia mengangguk.

Okay now.

"Saya Aira Eireen Park Bt. Tan Sri Adam Park."

"Saya Amar Eireez  B. Adam."

Aku mengeratkan pegangan tangan untuk menyuruh abangku jujur. Aku tau manusia-manusia lain tengah bising. Kesah apa aku.

"Saya Amar Eireez Park B. Tan Sri Adam Park."

Aku tengok semua orang senyap.

Muka Asyraf tu mula keruh. Kenapa dia nak kesah sangat? Dia ni selalu sangat pandang aku lain macam tau tak. Seram.

Dia perasan kan apa aku cakap?
Ahh kesah apa aku.

"Saya dan Eireen kembar."
Terang abang ku.

Aku pandang ke arah cikgu disiplin. Mukanya mula tegang. Tahan malu mungkin?

Sofee? Dah merah macam cili dah.

Cikgu Sazzy dan pengetua senyum ke arah aku.

Setelah habis berdiri, kitaorang blah masuk kelas. Malas duduk lama-lama. Jasmin terus berlari ke arah aku.

"Kau perasan tak muka dorang macam mana? Lawak sia. Hahahahahaha. Good job cousins." Kata Jasmin.

I know. Kau pelik. Aku dengan Jasmin sepupu.

"Ni baru sikit min. We'll see tomorrow." Aku senyum puas.

Yep sangat puas. Tapi yang aku tau aku nak memonteng.

Muahaha.

Okay . Seperti yang aku agak. Bukak je pintu bilik dorm terus ramai manusia beratur depan bilik. Ada yang bawak makanan ada yang bawak presents.

Makanan tu. Okay. Nampak sedap. Tapi banyak sangat.  Nak buat jamuan dekat pintu ke apa?

Tapi aku tak kesah sebab tak baik tolak rezeki.

****************

Perut dah kenyang. Fuh. Pandai dorang cari makanan sedap.

Tengok perut. Erh. Dah buncit sikit. Mari pergi padang untuk mengisi masa lapang dan menguruskan perut yang buncit ini.

Maaf ayat skema gila..

Aku mencapai phone dan earphone. Aku terus keluar dari dorm dan menuju ke gelanggang bola keranjang.

Lebih baik melawat abang tersayang. Daripada makan 'rezeki' yang baru orang bagi tadi.

Aku memasang lagu ' Whalien 52 - BTS'. Em lagu ni best so don't judge.

Aku dah nampak gelanggang. Fuh lepas 10 minit jalan. Apa kau ingat dari bilik aku nak ke gelanggang dekat ke? Lain la kalau aku terbang.

Tiba-tiba.
Phone aku jatuh.

Dan pecah.

Bateri dah hilang mana.

Wehh Iphone tu!

What the hell?!

Aku memandang ke depan. Yep. Ada orang baling bola kena phone aku.

Kau tau siapa?

Asyraf Izran.

Abang terus berlari ke arah aku. Dia mesti boleh agak apa yang jadi. Dia terus peluk aku. Dengan ketat.

Aku terus tolak dia. Biar dia sakit ke tak ke aku tak kesah. Phone aku pecah kau rasa? Dah lah banyak lagu kpop dalam tu.

"Asyraf lari! Lari jangan berhenti!"

Ramai bagi sokongan nampak? Phone aku pecah kau nak lari? Memang nak kena sembelih ke?

Asyraf dah lari. Aku? Apa lagi terus pecut kejar dia. Oh yeah. Aku atlet olahraga. Ehem.

Dah dekat. Sikit lagi. Yes. Dapat tarik rambut dia.

"Ahh sakit! Lepas ah!" Asyraf menjerit.

Rambut sakit? Hati aku lagi sakit. Dengan lagu kpop hilang. Gambar Namjoon hilang. Memang hilang nyawa kau harini.

Aku lepaskan rambut dia. Tengok dah buat dosa. Hishh.

"Kau fikir  kau je sakit? Hati aku ni tak sakitlah? Dah lah dalam tu ada semua lagu yang aku suka ada gambar Namjoon aku tau tak?! Aku nak kau ganti jugak! " aku terus marah Asyraf. Siapa suruh bodoh sangat baling dekat aku?

Aku terus pergi dari situ. Malas nak melayan. Nasib baik ada ipod dengan laptop. Kalau tak, mereput lah aku.

Yep. Thug life seorang kpop fans.

640 words.

(C) » Perempuan Beku, Aku PunyaWhere stories live. Discover now