"Apa masalah kau sekarang ni? Ha?" Amar menunjal perlahan bahu Sofee.
"Memang betulkan dua orang adik you tu perampas. Mula-mula Aina, sekarang kakak dia pulak? Dasar perampas!" Sofee berkata dengan sinis.
"Kau jangan nak cakap buruk eh pasal adik-adik aku. Kau tak ada hak sekarang ni. Engkau yang perampas. Cermin sikit diri tu." Amar memeluk tubuh.
"So macam mana? Nak I bagitau hal sebenar ke dekat Eireen? Ke I patut bagitau dekat Asyraf? Hm?" Suara Sofee seakan-akan menggoda, tapi sinisnya tetap ada.
Amar menepis tangan Sofee yang mula memegang bahunya. Eiuwww geli mak.
"Kesiankan kau? Muka cantik, badan pun fuh. Tapi maaflah, perangai macam loji." Sinis saja Amar menjawab. Biar sedar sikit minah ni.
"Oh just shut up, Amar. You tak ada hak nak judge me. So macam mana?" Sofee menjongketkan kedua-dua keningnya.
Eh fikir cantik ke?!
"Kau nak apa sebenarnya Sofee? Fine. Nak bagitau, pergilah. Dalam sekelip mata, boom. Keluarga kau tahu rahsia kau." Amar berjalan keliling Sofee. Hanya mereka berdua berada di koridor ini. Memandangkan mereka di bangunan lama.
"Apa yang you tahu hah?" Bergetar suara Sofee menahan rasa gelisah.
"Apa yang aku tahu? Oh banyak. Kau pergi clubbing. You do 'this' and 'that'. Everything, Sofee. Jangan ingat aku tak tahu." Amar membisik ketelinga Sofee.
"Fine. I tak bagitahu Eireen and Asyraf." Sofee mendengus geram. Amar sudah tahu rahsianya.
"Good girl. So goodbye Sofee." Amar berlalu pergi dengan senang hati.
Sofee memastikan Amar sudah berjalan jauh. "Fikir itu sahaja ke yang aku nak buat? Diam dan tak buat apa-apa? You're wrong Amar. Very wrong." Sofee tersenyum jahat. Pelbagai cara kejam muncul di benak fikirannya.
Kalau aku tak dapat Asyraf, kau pun takkan dapat dia, Eireen. Macam adik kau, Aina Eirees. Tiada lagi belas kasihan di dalam hati Sofee. Yang tinggal hanyalah dendam dan cara untuk menghapuskan Aira Eireen.
+++++
"Amar! Pergi bilik kesihatan, now!" Asyraf mengejar Amar yang baru keluar dari bangunan lama.
"Kenapa? Woi jawab ah!" Pertanyaan Amar tidak dijawab, sebaliknya Asyraf menarik tangan Amar dan berlari ke bilik kesihatan.
"Huh, huh. Kau kenapa tarik aku je? Penat ah, dol!" Amar menarik nafas. Penat kerana dari bangunan lama hendak ke bilik kesihatan bukan dekat.
"Kau lagi kesah pasal penat kau tu ke pasal adik kau yang tengah pengsan kat dalam tu?" Mata Amar terbuntang besar apabila Asyraf menyebut 'adik'.
Masalah satu-satu timbul.Amar pantas menanggalkan kasutnya dan menerjah masuk. "Eireen! Apa jadi dengan dia doktor?" Riak muka Amar jelas menunjukkan dirinya risau tentang Eireen.
"Dia okay. Cuma stress sikit dan saya cadangkan dia untuk balik rehat dirumah. Dan saya kena cakap dengan awak sekejap lagi." Doktor Aisyah menayangkan senyuman manisnya yang menenangkan.
"Baiklah, doktor. Saya suruh kawan saya hantar dia balik." Amar hanya mengangguk sambil berkata. Memahami apa yang dimaksudkan 'cakap' oleh doktor.
"Asyraf. Tolong hantar Eireen balik. Kau pun balik sekali. Tak payah datang balik. Aku coverkan kau." Asyraf mengangguk tansa mengerti.
"Kau angkat dia masuk dalam kereta ah. Nanti kalau aku, dia marah pulak." Asyraf menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kau angkat je. Aku percaya kan kau. Aku tau kau bukan orang macam itu." Amar menepuk perlahan bahu Asyraf dan pergi mengikut Doktor Aisyah ke tempatnya.
"This gonna be tough. You can do it." Asyraf mula mengangkat Eireen dengan 'bridal style'. Eireen tidaklah seberat yang disangka.
"Haih. Apalah yang kau buat sampai pengsan ni?" Asyraf meletakkan Eireen di tempat duduk sebelah penumpang sebelah pemandu. Kereta jenama Honda mula meluncur keluar dari perkarangan sekolah tersebut.
Hahaha. Fast update! Fresh. Baru type. So bersedia untuk tindakan Sofee dalam chapter akan datang! Enjoy!
(√) Vote
(√) Comment

YOU ARE READING
(C) » Perempuan Beku, Aku Punya
Teen Fiction"Dorang gelar aku 'Perempuan Beku'. Aku tak kisah." Datangnya seorang lelaki yang akan mengubah sikapnya. Mampukah Asyraf Izran 'mencairkan' Aira Eireen Park? Atau Aira akan menjadi 'Perempuan Beku' selamanya? Wehee bacalah ehh. Start: 14...