Nah update. Muahh.
"Cepatlah. Jom pergi rumah jiran sebelah tu." Amar menarik-narik hujung baju Eireen.
"Malaslah." Tangan Amar ditampar perlahan supaya dilepaskan hujung bajunya.
"Alah. Kau ni semua malas. Makan pun malas agaknya." Dijeling tajam Eireen disebelahnya.
"Ye lah. Aku pergi. Ambilkan tudung aku. Kalau tak, aku tak nak pergi." Eireen mengikat satu rambut ikalnya.
Amar hanya berlalu ke tingkat atas dengan senyap. Terpaksalah dia mengalah. Semua sebab rancangan yang telah lama di rancang oleh Amar dan 'dia'. Siapa 'dia'? Nanti tahulah.
"Nah. Cepatlah." Dicampak tudung Eireen ke atas sofa. Amar terus berlalu keluar dan menunggu Eireen di luar rumah.
"Entah apa yang suka sangat nak pergi rumah jiran baru tu." Eireen hanya membebel sendiri. Ditutup suis kipas sebelum keluar dari rumah. Kunci rumah sempat dicapai sebelum dia tergesa-gesa keluar dari rumah memandangkan Amar tidak habis-habis merungut.
>>>>>
"Kau ni kan! Punya lah jauh pusing. Padahal rumah jiran tu belakang rumah." Eireen sudah mula tidak puas hati. Bayangkan, dia dan Amar terpaksa berjalan melintasi 20 buah rumah semata-mata nak pergi rumah jiran belakang je.
"Pernah ke nak masuk rumah orang ikut pintu belakang? Tak pernah dibuat orang tahu!" Mereka kini berada di hadapan rumah jiran baru mereka.
Sama mewah dengan rumah mereka sendiri. Tak ada kereta pun? Dorang tak ada kat rumah kot. Getus hati Eireen.
"Oi. Tak ada orang lah." Ditepuk perlahan bahu abangnya.
"Adalah. Cuba kau tekan loceng tu." Eireen terus pusing menghadap pagar dan menekan loceng rumah tersebut. Tidak sampai beberapa minit, pagar tersebut terbuka secara automatik.
"Cepat lah. Jom masuk. Pagar dah bu--" Apabila di pusing badannya, dia mendapati Amar sudah hilang.
"Eh budak ni. Dia yang beria sangat nak pergi rumah jiran ni." Dia mengendahkan 'ketidakwujudan' abangnya yang tiba-tiba sahaja hilang. Dia terus berjalan masuk ke halaman rumah tersebut. Kelihatan satu kereta hitam yang agak dikenalinya.
'Kebetulan je kot.' Diulang ayat tersebut beberapa kali setiap kali persoalan itu kembali menerjah mindanya.
"Jemput masuk." Kelihatan seorang wanita berbaju merah seluar jeans hitam.
"Nak jumpa siapa ya, cik?" Eireen terpegun melihat kawasan ruang tamu yang dihias cantik bertemakan ala-ala British gitu.
"Err. Saya sebe--"
Percakapan Eireen di potong oleh suara garau yang amat dirinduinya selama seminggu. "Dia tetamu saya, kak zah." Terus Eireen kaku. Tangannya digenggam perlahan. Gemuruh. Takut. Rindu. Gembira. Semua bercampur menjadi satu.
"Kalau macam tu, kak zah masuk dapur dulu ya. Cik.."
"Eireen." Lelaki tersebut kembali bersuara. Kak zah itu tadi terus berjalan ke dapur bertemankan mata Eireen. 'Kak zah! Jangan tinggalkan saya!' Namun ayat itu hanya dapat diungkap dalam hati.
Di dalam hati Eireen kini menyumpah seranah Amar, abangnya. 'Ini ke tujuan sebenar dia? Patutlah beria- ria ajak aku datang sini.' Rasa seperti hendak menghamburkan kata-kata kesat yang sememangnya sedang mengawal dirinya sekarang.
Keadaan di ruang tamu mula kekok. Tidak pernah sekekok ini semenjak mereka berkawan. Selalunya mesti ada sahaja benda yang menjadi buah mulut mereka berdua.
"Aku--" Mereka berdua bercakap serentak.
"Kau cakap dulu." Eireen gementar. Hanya Tuhan sahaja tahu betapa lajunya debar di dadanya.
"Ladies first." Asyraf tidak mahu mulakan perbualan. Tadi bukan main, dua-dua orang nak cakap dulu. Sekarang?
Heh.
"Gentlman leads." Asyraf tidak boleh membantah. Dia akan kalah jika dia membantah. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.
Huh.
"Sorry."
Saya akan cuba update setiap sabtu. Okay? Kalau untung, dapat lah dua update satu minggu.
Oh ya dan.... Saya nak publish cerita baru. So, patutkah saya publish sebelum cerita ni habis, ataupun selepas cerita ni tamat?
Make your choices!Teruskan support cerita ni.
Do vote and comment ya?Love,
Me.(0050 hours)
(√) Vote
(√) Comment
![](https://img.wattpad.com/cover/62972994-288-k885680.jpg)
YOU ARE READING
(C) » Perempuan Beku, Aku Punya
Novela Juvenil"Dorang gelar aku 'Perempuan Beku'. Aku tak kisah." Datangnya seorang lelaki yang akan mengubah sikapnya. Mampukah Asyraf Izran 'mencairkan' Aira Eireen Park? Atau Aira akan menjadi 'Perempuan Beku' selamanya? Wehee bacalah ehh. Start: 14...