"Saya akan balik pada awak bila saya jumpa siapa yang langgar awak. Selamat sembuh, Eireen."
Beberapa bulan kemudian,
"Elok-elok turun tangga. Baru elok dari patah, ada hati nak lari-lari?" Amar dengan selamba badaknya memerli Eireen yang baru sahaja hendak berlari turun dari tangga.
"Eleh, yang patah hari tu aku okay, bukan kau. Kenapa nak kesah?" Eireen mencebik.
"Cepat lah siap. Nanti ada orang nak datang. Katanya nak meminang kau." Eireen tersedak air liurnya sendiri.
"Aku harapkan dia." Amar menggeleng.
"Dia tak pernah sekalipun jenguk kau bila kau koma. Masih lagi cinta Asyraf?" Sinis Amar berkata.
"Dia... aku percayakan dia. Dia tahu apa yang dia buat." Eireen mengeluh perlahan.
"Semua dah ada? Tetamu kita dah sampai." Mendengarkan ayat tersebut keluar dari mulut Tan Sri Adam sendiri membuatkan Eireen seperti hendak pecut masuk kedalam biliknya.
"Kau jangan nak lari. Aku ada sebelah kau jadi, tenang." Amar sudah lama dapat membau niat Eireen yang hendak masuk ke dalam bilik. Sebab,
Adik beradik bukan?
"Dia orang baik. Kau pun kenal dia." Amar senyum, untuk mengurangkan kegelisahan Eireen.
Tetamu yang sudah lama dinanti oleh keluarga Eireen berada di muka pintu.
Eireen hanya mampu memejam mata rapat. Gementar kalah nak menang cabutan bertuah.
"Hai, Eireen." Suara yang dikenali. Mata dibuka perlahan.
"Tunggu kejap okay?" Eireen kaku. Kepala diangguk perlahan. Pandangannya dibuang ke arah Amar, yang duduk disebelahnya.
Direnung tajam mata abangnya. Dengan pandangan kau-saja-en-cari-maut-dengan-aku.
Amar hanya buat selamba dan memandang Sofee yang duduk di sebelah Asyraf.
"Kenapa muka macam tu? Tak suka tengok orang yang kau nak bunuh hidup?" Sofee tersentak.
"A-apa maksud kau?" Muka Sofee berubah pucat.
"Jangan buat tak tahu lah!" Amar menengking Sofee yang duduk bertentangan dengannya.
"Amar. Duduk." Tan Sri Adam mula bicara.
"Pak cik tak tahu nak buat apa dah. Apa yang pak cik buat selepas ni harapnya dapat beri pengajaran untuk Sofee sendiri." Esakan Sofee mula memenuhi ruang tamu. Eireen hanya memandang kosong Sofee yang sedang melutut.
"Eireen maafkan dia. Tak payah lah lapor dekat polis." Setelah lama menyepi, Eireen berdiri.
Asyraf senyum begitu juga ibu bapanya. Mereka tahu Eireen tak sampai hati, Eireen masih ada belas kasihan terhadap Sofee.
"Lepas apa dia buat, kau nak maafkan dia je?" Bentak Amar. Eireen hanya mengangguk.
"Dah Allah takdirkan aku kena langgar dengan dia. Nak aku buat apa lagi? Aku tak nak hancurkan masa depan dia." Amar mendengus geram dan berlalu kebiliknya.
"Dah lah Sofee. Kau baliklah. Aku maafkan kau. Ikhlas dari hati aku." Eireen membangunkan Sofee yang melutut di atas lantai. Pipi Sofee yang basah dilap memakai lengan baju.
"T-terima kasih, Eireen." Sofee mula tersenyum. Senyuman yang manis. Bukan sinis.
"Kita boleh jadi kawan. Kau sudi kawan dengan aku?" Dipimpin Sofee keluar rumah. Sebuah kereta merah sedang menunggu Sofee.
"Boleh." Eireen dipeluk. Ditepuk belakangnya perlahan.
"Baik-baik balik." Sofee mengangguk, faham. Bayangan Sofee mula lenyap setelah memasuki kereta merah tersebut.
• • • • • • • • • • • • • • • • • •
"Hei, haritu yang patah kaki tangan aku kan. Yang kau nak melebih marah dia kenapa?" Amar hanya membuat selamba.
"Saja. Dah lama aku tak marah orang." Eireen mengangkat tangannya hendak menampar Amar selepas mendengar balasannya.
"Lepas ni kau pergi minta maaf dekat dia." Pening kepalanya memikirkan perangai abangnya yang tak serupa orang.
"Kenapa? Malas lah." Amar mencebik.
"Saja. Dah lama aku tak tengok kau minta maaf dengan orang." Kali ini dibalas dengan bersahaja.
"Kau keluar dari bilik aku sebelum aku wrestling kau." Mata tajam menjeling.
"Fight me!" Eireen hanya ketawa apabila Amar mengajaknya untuk ber'wrestling'.
"Keluar!" Badan Eireen ditolak kuat keluar dari biliknya. Pintu bilik terus ditutup dan dikunci.
Eireen ketawa kecil. Tak sangka Amar berperangai lebih teruk darinya.
Kini, segalanya akan kembali seperti dulu. Tiada lagi Sofee yang menyakitkan hati. Semuanya akan menjadi baik-baik saja.
YOU ARE READING
(C) » Perempuan Beku, Aku Punya
Fiksi Remaja"Dorang gelar aku 'Perempuan Beku'. Aku tak kisah." Datangnya seorang lelaki yang akan mengubah sikapnya. Mampukah Asyraf Izran 'mencairkan' Aira Eireen Park? Atau Aira akan menjadi 'Perempuan Beku' selamanya? Wehee bacalah ehh. Start: 14...