22 | Pergi

4.8K 256 2
                                    

Honestly, saya rasa macam cerita ni makin mengarut. XD



"Duduklah Amar." Amar menurut sahaja.

"Baiklah. Saya pun tak boleh nak cakap banyak sangat. Tapi ada baiknya awak bawa dia ke hospital. Dia--"

"Sebenarnya dia ada long term amnesia doktor. Dia tak tahu. Saya tak nak dia ingat satu benda pun. Saya tak nak dia sakit lagi. Tadi pun nyaris dia dapat tahu." Doktor Aishah hanya mengangguk faham.

"Kemalangan teruk ke?" Doktor Aishah bertanya.

"Lori." Amar memejamkan matanya. Dia pun agak trauma dengan kejadian itu.

"Ada kematian?" Amar menghela nafas dengan berat.

"Ada. Adik saya." Air matanya hampir gugur.

"Maaflah saya tanya banyak sangat." Amar hanya tersenyum tawar.

"Tak apa."

"Saya syorkan pada awak, bawa dia jauh dari sini. Saya takut dia trauma dan ada masalah untuk menerima hakikat. Itu hanya pendapat saya. Now, it depends on you Amar. Make the right choice." Doktor Aishah memandang Amar dengan yakin.

"Terima kasih. Saya pergi dulu." Amar mempamitkan dirinya.

Amar mengeluarkan telefon bimbitnya. Didail nombor tersebut.

"Me and Eireen will be there. UK." Talian tersebut terus dimatikan. Nafas dihela. Ya! Mungkin ini keputusan yang bagus. Buat masa sekarang.

           **********

"Eireen." Badan adiknya digerakkan sedikit.

"U-uh. Apa dia?" Eireen masih mamai.

"Pack your things. We're going to UK." Mata Eireen terbeliak. Serius lah?

"Now? But how about--"

"Dorang tahu. I just talked to them. Asyraf pun tahu." Eireen mengeluh.

"Kalau tak nak pergi. Boleh?" Amar menggeleng. Tahu sangat dia akan membantah.

"Tak. Untuk kebaikan Eireen juga." Amar terus keluar dari bilik yang diduduki Eireen.

Eireen merengus kasar. Masa inilah nak pergi UK. Macam mana dengan Asyraf? How about our relationship?

Eireen menjadi semakin runsing. Keluarga atau kekasihnya? Air mata setitik demi setitik jatuh ke pipinya.

Mengapa sekarang? Mengapa ketika dia betul-betul jatuh cinta dengan seseorang?

Tokk tokk.

Eireen mencapai tudung di tepi katil. "Masuklah." Kelihatan Asyraf dengan wajah sugulnya.

Eireen tersenyum tawar. Semestinya Asyraf rasa benda yang sama. "Bukan lama pun. Paling kurang satu atau dua tahun sahaja."

"Or it might takes you forever to be here. Right by my side." Asyraf menekup mukanya.

Bahu Asyraf ditepuk dengan perlahan dengan tujuan menenangkannya.

"I promise you it won't take long. Aku takkan lupakan kau. Aku janji." Eireen menabur janji. Harapnya Asyraf termakan dengan janjinya suaoay dapat melepaskannya pergi.

"Dah lah. Cepat kemas baju. Aku tolong kemas barang lain." Asyraf mengelap mukanya. Tak macho kalau lelaki menangis.

"Hm ye lah." Eireen lantas bangun dan mula mengemas barangnya.

    +++++++++++

"Nanti kau boleh datang sana. Boleh jumpa aku." Eireen membuat muka manisnya. Gila nak buat muka sedih? Nanti orang ingat majlis pengebumian.

"Kau belanja tambang kapal terbang." Asyraf membalas dengan selamba.

Amar melihat kerenah mereka berdua dari jauh. Rasa bersalah makin memuncak. Salah aku dorang terpisah.

"Hubungan jarak jauh pun best apa? Nanti kau Skype dengan aku setiap hujung minggu okay?" Eireen memujuk Asyraf. Merajuk lah tu awek pergi jauh.

"Hm." Tiada lagi senyuman di muka Eireen apabila dilayan sebegitu.

"Amar, jom pergi. Dorang dah panggil tu." Eireen menegur Amar yang rancak berbual dengan ayah Asyraf. Makin lama dia disini, lagilah dia rasa tak boleh pergi.

"Ah. Jom. Kami pergi dulu Aunty, Uncle. Asyraf, jumpa lagi." Asyraf hanya memandang Eireen dan Amar kosong.

Eireen mendahului Amar. Amar tahu Eireen tengah menangis. "Sorry adik abang." Amar memeluk bahu Eireen dan berjalan ke balai berlepas.




Okay. This is the very last update.

Next week dah exam. Lepas tu MERDEKA!!

Lepas habis exam, sis akan beri tumpuan kepada story ni. Kalau boleh, sis berazam nak habiskan sebelum tahun baru.

Maaf untuk chapter yang pendek. Sebab rushing, tak sampai hati tengok orang menunggu.

Jadi, bye-bye.

(√) Vote
(√) Comment

(C) » Perempuan Beku, Aku PunyaWhere stories live. Discover now