Fathia menghulurkan Frappucino di tangan kepada Zati kemudian note RM50 dikeluarkan dari dompetnya dan dihulurkan kepada cashier di hadapannya itu. Sebaik sahaja menerima baki bayarannya tadi, dia terus mengajak Zati mencari tempat duduk di luar premis tersebut. Zati hanya mengekor sahaja.
"Kak Tia balik bila?" soal Zati sambil membetulkan duduknya. Beg sandangnya diletakkan di atas riba.
Fathia meletakkan cawan espresso ke atas meja dan terus duduk menghadap Zati yang sedang leka memandangnya. "Hari Jumaat ni Kak Tia baliklah,"
"Kak Tia datang KL seorang ke?" soal Zati lagi.
Fathia menggeleng. "Dengan officemate. Dia orang jalan-jalan dekat dalam sana sementara Kak Tia jumpa Zati,"
"Oh okey. Kak Tia tinggal kat mana ni?"
"Vistana. Dekat sikit nak pergi syarikat yang Kak Tia buat audit tu. Zati datang dengan siapa ni?" soal Fathia pula.
"Dengan kawan tapi dia orang pergi Watson cari barang sikit,"
Fathia mengangguk. Beg tangannya terus dibuka. Sampul surat kecil dikeluarkan.
"Ini duit dan barang yang Kak Ngah kirimkan," sambung Fathia lagi sambil menghulurkan sampul surat kecil tadi dan bungkusan yang sederhana besar di tangannya kepada Zati di hadapan.
Zati mencapai barang-barang yang dihulurkan. Sampul surat kecil tersebut terus dimasukkan ke dalam beg sandangnya manakala bungkusan yang sederhana besar itu di buka. Tiba-tiba dia tergelak.
"Kenapa?" soal Fathia hairan. Espresso yang baru dihirup itu diletakkan semula.
"Kak Ngah ni memang sengal," balas Zati sambil tersengih.
Fathia semakin hairan. "Kak Ngah buat apa pulak?"
Melihat kerutan di dahi sahabat kak ngahnya itu, semakin lebar senyum Zati.
"Kak Tia tengoklah apa yang Kak Ngah kirimkan," sambung Zati lagi sambil mengeluarkan Tupperware sederhana kecil dari dalam bungkusan tadi. Kepalanya digelengkan perlahan. Dia tahu Kak Ngahnya itu jenis prihatin tapi ini sudah prihatin melampau.
Melihat Tupperware yang ditunjukkan oleh Zati, Fathia turut tergelak. Elly.Elly, takut sangat agaknya adik kau tak makan sampai kau kirimkan sambal bilis kering pada dia. Mesti gigih kau menyiapkan sambal bilis kering ni pagi tadi. Bisik Fathia dalam hati.
"Kelakar betullah Kak Ngah ni," bebel Zati lagi dengan tawa yang masih bersisa.
"Itu tandanya dia sayangkan Zati. Mesti bersusah payah Kak Ngah buat tu,"
"Ialah, Zati tahu," perlahan Zati membalas dan dengan senyum yang masih terukir dibibir.
"Okeylah, habiskan air tu. Kak Tia dah nak gerak ni. Member dah tunggu dekat depan sana," perlahan Fathia bersuara sebaik menerima SMS dari Molly.
Tidak menjawab, Zati hanya mengangguk sahaja. Frappucino di hadapannya diteguk sehingga habis.
"Dah sudah?" soal Fathia perlahan. Wajah Zati dipandang dengan senyum yang masih terukir dibibir. Melihat anggukan Zati, Fathia terus bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari premis tersebut.
Zati hanya mengekor sahaja.
"Okay, belajar rajin-rajin. Take care tau," tutur Fathia lembut.
"Zati tahu kak. Terima kasih," balas Zati sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Lepas ni terus balik asrama jangan merayau tak tentu pasal," sambung Fathia lagi mengingatkan.
Sekali lagi Zati menganggukkan kepalanya tanda mengerti.
YOU ARE READING
MISI CURI HATI DIA
RomanceBila cinta itu ku temui tak akan ku biar ia mati.... Mampukah cinta yang ujud di alam maya bersatu dan bahagia? #Azri #fathia