"BILA awak turun KL lagi?" soal Azri perlahan.
Fathia menggeleng. "Tak tahulah Azri, kalau saya ada kerja barulah saya akan ke sana,"
"Datang KL call saya. Kalau saya tahu awak datang KL tapi tak call saya siaplah awak," ugut Azri serius.
Fathia tergelak. Mengugut!. Bisiknya dalam hati.
"Awak nak buat apa?" soal Fathia menduga.
"Adalah, takkan nak beritahu awak apa yang akan saya buat," balas Azri sambil tersengih.
"Azri awak ni memang nakal tahu tak. Kesian awek awak dapat boyfriend macam awak," kutuk Fathia selamba.
Azri tergelak kecil. "Saya mana ada aweklah Tia," jujur Azri menafikan.
"Bukan awak kata ramai perempuan tergila-gilakan awak ke?" kutuk Fathia lagi.
"Kalau dah gila takkan saya nak ambil jadi awek pulak," balas Azri sambil tersengih.
Semakin besar gelak Fathia dibuatnya. Azri memanglah sengal. Bengong pun ya jugak. "Awak memang sengallah Azri,"
"Awak jangan kutuk saya macam tu Tia, silap hari bulan saya yang jadi suami awak nanti. Awak nak ke dapat suami sengal?" soal Azri sengaja mengusik.
Mendengar kata-kata Azri, Fathia terus terdiam. Berubah air mukanya serta-merta. Entah kenapa dia tak suka mendengar gurauan seperti itu.
"Saya bergurau sajalah Tia," sambung Azri lagi apabila perasan perubahan air muka perempuan di hadapannya itu.
"It's okay Azri, saya anggapkan awak tak cakap apa-apa tadi," perlahan Fathia membalas.
Azri pula terdiam. Tiba-tiba suasana bertukar sepi.
"Okeylah Azri, saya minta diri dulu. Elly ada hal malam ni so kami kena balik awal. Insya-Allah, lain kali kita jumpa lagi,"
Azri mengangguk sambil membuang pandang ke arah Shidi dan Suhaili yang sedang berbual tidak jauh dari situ.
"Saya pun nak balik ni. Terima kasih luangkan masa jumpa saya hari ni,"
Fathia tersenyum dan mengangguk. "Hati-hati Azri,"
Azri mengangguk dan turut tersenyum.
AZRI tekun memandang lebuh raya di hadapan tetapi fikirannya asyik teringatkan pertemuan dengan Fathia petang tadi. Tak sangka pemilik nama Tia_the freak itu cantik dan kecil molek saja orangnya. Walaupun bukan kategori jelita tetapi manis dan tak jemu mata memandang. Tutur katanya juga lembut sahaja tidak sepedas komen-komen yang selalu dilontarkan. Sebelum ini dia selalu membayangkan Tia_the freak itu mesti jenis yang kasar, tidak bertudung tapi tak sangka perempuan itu jauh benar dari apa yang difikirkan.
"Ri! Ri!" panggil Shidi lagi sedikit kuat dari tadi.
Azri tersentak. Shidi di sebelahnya dikerling sekilas.
"Kau panggil aku ke?" soal Azri agak kalut.
"Ialah, dah berkali-kali aku panggil. Kau berangan ke apa ni?" tempelak Shidi sedikit keras. Tengah drive sempat lagi berangan tu. Bebelnya dalam hati.
"Sorry.sorry, aku terfikirkan sesuatulah,"
"Tia? Kau fikirkan dia kan?" soal Shidi menduga. Dibibirnya sudah diukirkan senyum mengusik memandang sahabatnya itu.
"Mana adalah," balas Azri menafikan.
"Usahlah nak tipu aku Ri. Kau ingat aku buta ke?" sambung Shidi lagi sambil mencemik.
YOU ARE READING
MISI CURI HATI DIA
RomanceBila cinta itu ku temui tak akan ku biar ia mati.... Mampukah cinta yang ujud di alam maya bersatu dan bahagia? #Azri #fathia