"ELLY, temankan aku pergi KL Jumaat ni,"
Suhaili mendongak dan memandang Fathia dengan dahi berkerut seribu.
"Buat apa? Nak jumpa Azri?" soal Suhaili selamba.
Fathia menjeling Suhaili tajam. Sudah tak ada benda lain ke nak fikir. Semenjak pertemuan mereka tempoh hari mulut sahabatnya itu tidak berhenti bertanya tentang Azri.
"Elly, hari Sabtu tu birthday Emil lah. So, aku nak pergi KL nak celebrate birthday dia. Ada faham?" walaupun perlahan tapi keras Fathia bersuara.
"Oh ya ke? Sorry lah, aku ingatkan tadi kau nak jumpa mamat sengal tu," balas Suhaili sambil tersengih.
"Itulah lain kali jangan main serkap jarang aje. Tanya dulu betul-betul. Ini main terjah aje sesuka hati," bebel Fathia lagi. Geram dengan sikap Suhaili yang kadang-kadang suka cakap lepas dan bertindak melulu.
Suhaili tersengih lagi. Ha.kan. Tak pasal-pasal kena sembur. Marahnya pada diri sendiri.
"Boleh jugaklah. Aku pun dah lama tak jumpa Emil. Rindu juga dengan si handsome kecil tu. Dah terlanjur ke sana boleh jumpa Zati sekali," tutur Suhaili lagi sambil mengacau air milo di hadapannya.
"Kita bertolak hari Jumaat eh. Balik kerja terus gerak," cadang Fathia lagi.
"Okey, no hal. tapi kita nak stay kat mana?" soal Suhaili pula.
"Aku dah booked bilik di Quality Hotel. Kau stay lah dengan aku,"
"Kenapa tak stay rumah abang kau aje?"
"Abang aku sekeluarga ke Sabah,"
"Oh, okay," belas Suhaili pendek. Pisang goreng di hadapan diambil kemudian dicicahkan sambal kicap sebelum disuapkan ke mulut. Seketika kemudian, Suhaili mendongak dan memandang sahabatnya itu semula.
"Tia, kau nak celebrate birthday Emil dengan Khairul ke? Kalau dia ada aku tak nak interframe,"
Fathia menggeleng.
"Aku dah beritahu Khairul, aku nak celebrate berdua dengan Emil aje. Kalau dia ikut nanti sakit kepala aku. Mesti dia tak habis-habis nak tanya pasal hal tu," bebel Fathia panjang lebar. Nama saja dia minta Khairul beri masa untuknya berfikir tapi sebenarnya dia langsung tak pernah fikir pun tentang hal tersebut.
"Kau dah fikirkan belum permintaan dia tu?" soal Suhaili perlahan. Sebenarnya malas hendak masuk campur urusan sahabatnya itu tapi kadang-kadang kesian dengan nasib yang menimpa Fathia sebelum ini. Si Khairul itu pula, dulu sesedap hati membuang sekarang dia pula yang terhegeh-hegeh. Memang muka tak tahu malu betul. Jenis muka tembok! Kutuk Suhaili dalam hati.
"Malas aku nak fikir. Bagi aku cadangan dia tu cadangan gila," balas Fathia acuh tak acuh.
"Tapi Tia, kalau itu saja caranya yang ada untuk kau bersama Emil kenapa tak pertimbangkan?" soal Suhaili seakan-akan memujuk.
Fathia berpaling memandang Suhaili tajam. "Elly, aku tak nak gadaikan maruah aku demi kepentingan dia. Dia ingat aku ni apa? Bola ke yang boleh dia tendang ke sana ke mari? Buang bila tak suka dan kutip bila dia nak guna. Macam tu?"
Suhaili mengeluh perlahan. Betul juga kata-kata Fathia itu. Kalau Fathia mengikut cadangan Khairul maknanya Fathia terpaksa memikul satu tanggungjawab baru. Kalau dia pun dia tak rela.
"Susah-susah kau kahwin aje dengan orang lain Tia. Mesti Khairul akan berhenti memburu kau," cadang Suhaili tiba-tiba.
Fathia memandang Suhaili sekilas.
"Kau ni tak habis-habis suruh aku kahwin. Kau dah benci sangat eh selalu kena temankan aku? Atau kau dah muak nak dengar cerita-cerita aku?" soal Fathia seolah-olah berjauh hati.
YOU ARE READING
MISI CURI HATI DIA
RomanceBila cinta itu ku temui tak akan ku biar ia mati.... Mampukah cinta yang ujud di alam maya bersatu dan bahagia? #Azri #fathia