FATHIA meletakkan beg bajunya ke dalam almari yang disediakan. Kemudian dia berjalan menuju ke meja solek dan beg tangannya diletakkan di situ. Tudungnya dibuka dan ikatan rambutnya dilepaskan. Perlahan-lahan rambutnya diraup dan dikemaskan dengan jari. Fathia membuka beg tangannya dan telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor telefon Khairul terus di dail. Salam dihulurkan sebaik panggilannya berjawab. Terdengar juga lembut Khairul membalas salamnya.
"Tia dah berada di KL sekarang. Malam nanti Tia ambil Emil ya," ucap Fathia perlahan dan terus duduk di kaki katil.
"Biar abang ambil Tia. Kita celebrate birthday Emil sama-sama," lembut Khairul bersuara.
Fathia terdiam seketika. Sudah berkerut dahinya sebaik mendengar kata-kata Khairul tadi.
"Abang, bukankah abang dah janji dengan Tia untuk izinkan Tia celebrate birthday Emil berdua aje?" soal Fathia sedikit geram.
"Tia bukankah lebih baik kalau kita celebrate sama-sama. Emil mesti suka kalau kita berdua ada bersama-sama celebrate birthday dia," pujuk Khairul lembut.
"Tia tahu abang tapi untuk kali ini saja Tia minta abang izinkan Tia celebrate berdua saja dengan Emil. Please." rayu Fathia lagi. Dia tak mahu Khairul turut serta kerana dia tak mahu kegembiraannya dan Emil akan tergugat nanti. Dia amat pasti Khairul akan mengambil peluang itu untuk mengungkit kembali tentang cadangannya sebelum ini.
"Tia janganlah macam ni. Apa salahnya kalau abang ikut sekali? Tia tak nak ke Emil gembira. Tia, Emil mesti mengharapkan kita, mama dan papa dia untuk menyambut hari lahir dia bersama-sama. Lagipun Tia kena ingat, tahun lepas kita celebrate birthday dia sama-sama kan. Jadi kenapa tahun ni kita kena celebrate asing-asing? Tak kan Tia nak Emil sedih?"
Fathia mengeluh perlahan. Sungguh kali ini dia mati kata-kata. Permintaan Khairul tak mampu untuk disanggah lagi. Mama buat semua ni demi Emil..semuanya kerana Emil, bisik Fathia dalam hati. "Baiklah kalau macam tu. Kali ini Tia ikut cakap abang tapi Tia buat semua ini kerana Emil. Abang kena ingat tu,"
"Abang faham Tia. Abang ambil Tia pukul 8 malam nanti ya,"
"Hurm. baiklah," lambat-lambat Fathia membalas. Sebaik talian dimatikan, satu keluhan berat dilepaskan. Kepalanya ditundukkan memandang lantai. Percaturan apakah yang sedang diaturkan untuknya kali ini? Bisiknya perlahan.
"Tia, kau kenapa?" tegur Suhaili lembut. Melihat keadaan sahabatnya itu dia tahu pasti ada sesuatu telah berlaku.
Fathia mendongak. Wajah Suhaili dipandang tak beriak.
"Aku akan celebrate birthday Emil dengan Khairul. Kau nak ikut sekali ke?" perlahan Fathia menyoal.
"Eh Tia, bukan kau kata Khairul dah izinkan kau celebrate berdua dengan Emil ke?" tidak menjawab Suhaili menyoal Fathia semula.
Perlahan-lahan Fathia melepaskan keluhan.
"Itulah yang aku sakit hati ni. Tiba-tiba dia beritahu aku tadi nak celebrate birthday Emil bersama. Aku serabut betullah dengan dia Elly," tutur Fathia geram.
Suhaili berjalan menghampiri sahabatnya itu. Bahu Fathia dipeluk kemas.
"Tia jangan macam ni. Aku rasa bagus juga kau berdua celebrate birthday Emil bersama. Aku rasa Emil mesti mengharapkan kau orang berdua ada bersama. Fikirkan Emil Tia, Khairul tu kau anggap aje dia tak ada kat situ nanti,"
Mendengar kata-kata Suhaili tiba-tiba Fathia tergelak kecil. Nasib baik kau ada Elly.
"Disebabkan Khairul ada sekali, aku tak jadi nak ikut. Aku malaslah nak kacau majlis kau orang," sambung Suhaili lagi.
YOU ARE READING
MISI CURI HATI DIA
RomanceBila cinta itu ku temui tak akan ku biar ia mati.... Mampukah cinta yang ujud di alam maya bersatu dan bahagia? #Azri #fathia