Fathia menjeling Suhaili tajam. Memang sengallah kau ni Elly. Dengusnya dalam hati. Betullah seperti apa yang dikatakan oleh Zati pada kak ngahnya itu.
"Tia, Zati tu satu-satunya adik aku. Sejak dia sambung belajar ni aku memang risaukan dia sangat-sangat. Adik aku tu bab makan memang dia memilih sikit sebab itulah aku kirimkan sambal bilis kering favourite dia tu," panjang lebar Suhaili memberi penjelasan.
"Elly, Zati tu dah 20 tahun tahu tak? Cubalah kau biarkan dia berdikari sikit. Kena yakin dan percaya dengan apa yang buat. Fikir logiklah sikit, takkanlah sebab memilih dia tak makan langsung kat sana," bebel Fathia lagi.
"Aku tahulah tapi Tia, aku bukan tak percayakan dia. Aku cuma risaukan dia. Makan pakai dia, sakit pening dia kat sana," keluh Suhaili perlahan.
Apabila memikirkan tentang adiknya yang seorang itu, memang dia selalu risau. Duduk seorang diri di bandar besar macam Kuala Lumpur tu macam-macam boleh jadi. Membaca berita di akhbar tentang ragut dan rogol yang semakin berleluasa sekarang ini lagilah tidak tentu arah dia dibuatnya. Setiap kali berbicara dengan adiknya itu ditelefon, tidak putus-putus dia memberi nasihat.
"Elly..Elly, memang susah nak cakap dengan kau ni. Kalau kau risau sangat kenapa kau tak suruh aje adik kau study dekat sini? Senang kau boleh tengok dia setiap masa," bebel Fathia geram.
Mendengar bebelan Fathia, Suhaili terus mencemik.
"Ha, buat muka macam tu. Ingat cantik sangat ke?" kutuk Fathia selamba.
"Memanglah aku cantik!" balas Suhaili selamba.
Fathia tergelak.
"Perasanlah kau! Dah.dah, pergi buat kerja. Aku nak selesaikan akaun Pumpco ni," ucap Fathia terus menghalau Suhaili untuk pergi dari situ. Makin dilayan, satu kerja pun tak menjadi nanti. Bukan tak kenal perangai Suhaili, bab merapu memang nombor satu.
"Iyalah..iyalah," balas Suhaili pendek dan terus bangun dari duduknya. Dia terus melangkah keluar dari bilik sahabatnya itu tetapi sebaik sampai di muka pintu, Suhaili berpaling semula. "Tia, kau sempat tak jumpa Emil masa di KL hari tu?"
Fathia mendongak kemudian mengangguk.
"Aku dapat jumpa dia sekejap aje," perlahan Fathia menjawab sambil melepaskan satu keluhan berat.
"Tak apalah Tia, sekejap pun okey asalkan dapat jumpa," pujuk Suhaili lembut.
Fathia mengangguk lagi. Betul apa yang diperkatakan oleh Elly tadi. Sekejap pun jadilah, sekurang-kurangnya dapat juga menghilangkan rasa rindu yang bersarang dalam hati.
"Khairul kau jumpa jugaklah eh?" soal Suhaili lagi sambil tersengih. Sengaja mengusik sebenarnya.
Sudah mencerlung mata Fathia memandang sahabatnya itu.
"Sudah, sudah, pergi buat kerja kau," arah Fathia sedikit keras. Geram sebenarnya.
Suhaili yang sedang tersengih itu terus saja pergi dari situ. Sebelum mood Fathia bertukar ke 180 darjah baik dia angkat kaki dulu. Bukannya dia tidak tahu, Tia memang tak suka hal Khairul dibicarakan.
Sebaik sahaja Suhaili pergi, Fathia terus membuka komputer di atas mejanya. Icon Internet explorer diklik. Kemudian emailnya dibuka. Peti email diperiksa satu per satu. Itu memang sudah menjadi rutin hariannya setiap pagi. Memeriksa dan membalas e-mel sebelum memulakan kerja. Selesai semua e-mel tersebut dibalas, dia membuka laman muka bukunya. Saja memeriksa sekiranya ada mesej-mesej penting dari kawan-kawan satu sekolah atau satu universiti dulu.
"Amboi banyaknya pm dan notification," bisiknya perlahan. Hampir 60 puluh notification yang perlu dibaca. Sudah menjadi satu kerja pula hendak membaca notification itu semua.
YOU ARE READING
MISI CURI HATI DIA
RomanceBila cinta itu ku temui tak akan ku biar ia mati.... Mampukah cinta yang ujud di alam maya bersatu dan bahagia? #Azri #fathia