Bab 1

18.7K 295 16
                                    

" Weyh, kau tau tak tadi kan aku terserempak dengan budak baru. Uish handsome gila beb. Kan best kalau dia masuk kelas kita. Arhh tunggu je la dia masuk kelas mana " kata Syafiqa dengan terujanya. Asha hanya mendengar perbualan rakan-rakanya. Dia tidak berminat untuk mendengar kekecohan tentang ' budak baru '. Huh handsome sangat ke budak baru tu sampai semua budak perempuan heboh pasal dia? Keluh Asha di dalam hati.

Bunyi loceng berbunyi menandakan perhimpuan sudah bermula. Asha memasang telinga mendengar maklumat yang disampaikan sambil membaca novel. Sehari tidak membaca novel mesti dia akan merasa bosan dan tidak lengkap. Beberapa minit kemudian guru yang bertugas menguruskan murid² naik ke kelas masing². Asha berjalan pantas menuju ke tempat duduknya. Di dalam kelas hanya dia seorang yang duduk berseorangan apabila ditanya selesa ke berseorangan begitu mesti Asha akan menjawab ' aku datang nak belajar bukan nak memekak dan bergosip sana sini '. Miskipun sikap Asha dingin dia tetap mempunyai ramai kawan. Mungin kerana Asha cantik. Cikgu Nadiah masuk ke kelas tanda masa pertama sudah bermula.

" Ehem, cikgu nak bagitau dekat semua murid dalam kelas ni yang hari ini kita ada murid baru. Baiklah sila masuk dan memperkenalkan diri " setelah Cikgu Nadiah mengarahkan budak baru itu masuk ke kelas dia pun masuk dan memperkenalkan dirinya. Masuk sahaja budak baru itu hampir kesemua budak perempuan memujinya kecuali Asha.

" Nama saya Muhd Haziq Akasha. Saya berasal dari melaka. Saya berpindah di sini kerana mengikut ayah saya menetap di sini. Panggil saya Haziq dan selamat berkenalan " Haziq merasa bangga apabila hampir ke semua budak perempuan di dalam kelas memuji dirinya kecuali Asha. Cikgu Nadiah menyuruh Haziq duduk di sebelah Asha. Asha terkejut.

" Eh cikgu dekat sebelah saya ada orang! " kata Asha kerana dia sudah terbiasa duduk berseorangan dan kalau boleh dia tak mahu ada orang di sebelahnya.

" Asha! " Cikgu Nadiah sudah tahu perangai Asha yang sentiasa bersendirian. Asha akhirnya mengaku kalah.

Setelah dua setengah jam akhirnya loceng rehat berbunyi. Asha mengeluarkan novelnya tetapi dia rasa tidak selesa apabila Haziq masih di sebelahnya.

" Hello Haziq, kau tak pergi rehat ke? Tak nak jumpa fans kau? Huh? " soal Asha selamba. Haziq seperti tidak percaya bahawa Asha tidak menyukainya. Hampir semua budak perempuan dekat sekolah ni nak dekat dengan aku tapi dia? Hish budak ni ! Tak ada taste langsung ke apa? Getus hati Haziq.

" Oh aku tak biasa rehat dekat kantin. Aku suka duduk dalam kelas je " jawab Haziq dengan bersabar.

" Oh maaf aku lupa kau kan anak orang kaya mestilah tak selesa makan dekat kantin kan? Ramai orang la katakan " Haziq mula naik berang tapi dia masih bersabar.

" Aku dari tadi duduk dengan kau tapi aku langsung tak tau nama kau. Well what your name? "

" Asha " jawab Asha ringkas.

" Asha? Hmm Asha and Akasha. Wow nama dah nak dekat sama "

" Hei boleh tak mulut tu diam? Aku nak baca novel pun tak senang tau tak? Membebel dari tadi! Aku suruh pergi rehat cari kawan berbual tak nak! Dah buat kerja kau sendiri " marah Asha apabila fokusnya terhadap novel hilang akibat Haziq. Haziq terdiam. What? Peliknya minah ni. Kata Haziq di dalam hati.

Sepanjang kelas bermula Asha langsung tidak menegur Haziq. Tiba² Haziq terasa dirinya tercabar apabila melihat reaksi Asha yang lansung tidak memperdulikan dirinya.

' Minah ni memang tak ada taste atau dia pendam yang dia sukakan aku? Haih minah ni betul² buat aku rasa tercabar! Semua perempuan termasuklah cikgu dan makcik dekat sekolah ni, semuanya nak berkenalan dan cuba nak rapat dengan aku! Tapi dia?! Erhhhh! Ehh jap aku ni dah kenapa beria sangat nak dia suka dekat aku? Gila ke apa? Arh tak guna tak akan pasal minah ni sorang aku dah serabut? Padahal baru hari pertama kenal dia! Arhhhh!! ' jerit Haziq di dalam hatinya. Tanpa Haziq sedar, dia telah menepuk meja Asha dengan kuat sehingga semua orang di dalam kelas itu memandang mereka berdua. Semua terkejut dengan tindakan Haziq termasuklah Asha.

" Awak dah kenapa Haziq? Ada masalah yang awak tak puas hati dengan Asha ke? " soal Cikgu Zainal yang sedang mengajar math ketika itu. Muka Cikgu Zainal berubah menjadi keruh sedikit. Mungkit terganggu kut. Agak Haziq di dalam hatinya.

" Eh tak ada apa²lah cikgu.. tadi saya ternampak nyamuk tu yang saya tepuk meja Asha tu. Hehe " Haziq tersengih-sengih kerana malu dengan sikapnya yang tiba² itu.

" Hei kau pahal tiba² nak tepuk meja aku bagai? Kalau perlahan tak apa la jugak! Bodoh eii benci kau ! " marah Asha kerana dia terasa malu apabila semua memandang mereka berdua tadi.

" Aaa tak ada apa² err sorry " ehh wait Haziq! Sejak bila kau pandai mintak maaf dengan perempuan? Dah kenapa kau Haziq!! Getus hati Haziq. Asha hanya melihat reaksi Haziq dengan pelik.

" Apa yang kau tak puas hati dengan aku Haziq? " soal Asha selamba. Haziq terkejut dengan soalan Asha. Adakah Asha dapat meneka air mukanya?

" Tak ada apa. Suatu hari nanti kau akan tau kenapa " suatu hari nanti? Bila? Soal Haziq kepada dirinya sendiri.

" Heh nak main teka teki pulak. Apa² je lah " jawab Asha ringkas kerana tidak mahu melayan karenah Haziq.

---------------

Haziq berjalan menuju ke taman sekolah yang berdekatan dengan pintu pagar sekolah. Tiba² fikirannya melayang ke wajah Asha.

' Kau cantik Asha tapi tak akan kau tak minat or suka aku langsung? Haih yang aku ni dah kenapa asik fikirkan Asha? ' getus hati Haziq. Keliru dengan perasaannya sendiri. Sedang Haziq asik termenung tiba² seseorang menegurnya.

" Hai, kau Haziq budak baru yang duduk sebelah Asha kan? " soal lelaki tersebut. Haziq terdiam. Minah tu ada peminat ke? Apabila melihat Haziq terdiam maka lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.

" Eh sorry lupa nak kenalkan diri. Aku Syamim kawan rapat Asha. "

" Oh. Ha ah aku Haziq yang duduk sebelah Asha. Er kenapa ya? "

" Em tak ada apa cuma aku nak bagitau dekat kau, kau jangan macam² dekat Asha sebab dia paling popular dekat sekolah ni so sebab tu Cikgu Zainal mcam tak puas hati dengan kau. Kalau kau nak tau ramai yang suka dia tapi dia je buat tak tau katanya malas nak layan " pesan Syamim. Haziq sedikit terkejut. Popular rupanya minah tu.

" Er okey la. Aku nak tanya satu benda. Kau pun sukakan Asha kan? " teka Haziq.

" Aaa hehe suka tu memang la suka tapi dia jenis yang jual mahal. Kira untung la siapa yang dapat dia. Aku cuma dapat jadi kawan dia yang paling rapat je. "

" Ohh "

" Ha okey la aku nak balik dulu. Takut Asha mengamuk pulak "

" Eh kau balik dengan Asha ke? "

" Ha ah. Kitorang tinggal dekat Taman Indah tu. Kenapa? "

" Ohh aku nak ikut sekali boleh? Aku pun duduk dekat situ jugak " tanya Haziq.

" Oh jom la sekali "

Haziq bergegas mengemas barang dan memasukkan ke dalam bag. Tiba² dia terasa ingin mengenali minah itu. Sesampai di jalan belakang Asha sudah bingung. Ah dah kenapa mamat poyo ni ada sekali? Getus hati Asha.

" Kau ikut dia kenapa? " tnaya Asha. Syamim yang melihat Asha seperti hilang mood segera di pujuknya. Syamim menjelaskan segalanya. Akhirnya Asha bersetuju apabila Syamim memujuk dirinya. Mereka berjalan kaki. Haziq hanya diam mengekori mereka manakala Asha dan Syamim berbual rancak. Tiba² perasaan cemburu menyerbu dirinya. Eh cemburu? Dah kenapa kau Haziq? Kau suka minah tu ke? Aduhh baru first kenal dah suka ke? Parahh kau Haziq!! Getus hati Haxiq sambil melihat kemesraan diantara mereka berdua dengan perasaan cemburu walaupun Haziq tahu bahawa mereka adalah kawan rapat.

Dear Asha, aku sudah mula sukakan kau dari hari pertama kita kenal. Sesungguhnya aku tak menipu perasaan aku. Tapi aku takut nak bagitau kau sebab kita baru je berkenalan. Rasa syang boleh datang dalam masa satu saat tapi kalau nak dibuang rasa sayang tu mengambil masa yang lama atau tak akan dapat di buang. Ily Nur Asha Najwatul.

'' hei guys.. sorry kalau saya update lambat sebab saya hanya buat bila saya free and rajin je. Please sokong saya yaa. Sorry kalau tak best and pendek je.

I Love You Mr. Ego !Where stories live. Discover now