Bab 11

4.9K 165 2
                                    

" Abang " panggil Asha perlahan. Haziq tidak mengendahkan Asha. Hatinya terasa begitu sakit.

" Tadi Asha jumpa Megat " mata Haziq membulat.

" What? Kenapa jumpa dia?! Nak getback huh?! Asha kena ingat yang Asha milik abang! " tengking Haziq. Asha membuat muka selamba apabila ditengking sebegitu. Dia sudah biasa walaupun dalam hatinya dia begitu takut.

" No! Abang dengar dulu apa yang Asha nak cakap! Jangan ikut kepala batu abang tu je! Abang jangan ego sangat boleh tak?! Ke abang memang nak Asha pergi? " Asha membalas kata-kata Haziq. Kesabarannya telah dicabar. Cukup. Dia tidak tahan apabila diherdik, ditengking, dikongkong.

" Fine! Bagitau aku semua sekali " Asha merasa sedikit terkilan apabila Haziq tidak menggunakan perkataan " Abang ". Asha menarik nafas. Dia menceritakan segalanya kepada Haziq.

" Abang takkan pergi dari rumah ni. Asha kan boleh jaga diri sendiri. Kan? " kata Haziq. Asha terasa disindir oleh suaminya. Dia berjalan masuk ke bilik tetamu. Dia melepaskan kesemua air matanya di situ.

Kenapa? Kenapa Haziq berubah secara mendadak?! Aku nak Haziq aku ! Asha meraung sekuat hati.

Haziq tergamam. Adakah dia terlalu kasar? Tapi entah kenapa dia merasa benci teramat apabila Asha dekat dengannya. Apabila berjauhan dia mula berasa rindu. Haziq keliru dengan dirinya sendiri.

------- 💓 -------

Haziq melangkah longlai masuk ke kelas. Asha masih lagi berada di perpustakaan. Tiba-tiba seseorang menegurnya. Miera. Haziq memandang muka Miera dengan minat sekali. Dia memandang Miera seperti memandang Asha. Seolah-olah dihadapannya adalah Asha bukan Miera. Haziq cepat-cepat sedar.

" Are you okey Haziq? I tengok you macam tak berapa sihat "

" Yes im okey "

" Mana Asha?" Soal Miera. Haziq hanya mengangkat bahu. Tidak lama kemudian Asha masuk ke kelas dengan muka yang muram.

" Hey kenapa muram je ni? " tanya Miera berpura-pura baik. Miera tersenyum sinis apabila Asha memandangnya dengan pandangan yang penuh amarah.

" Kau! Apa yang kau buat dekat suami aku hah?! " kata Asha lalu mencengkam leher Miera. Miera menahan sakit apabila diperlakukan sebegitu.

" Asha stop it! " Haziq mula bersuara. Miera sudah tersenyum sinis. Asha terasa seperti hendak menangis tetapi cepat dia menahan.

" Dia Milik Aku And Dia Hanya Untuk Aku! Dia Tak Cintakan Kau! Tinggalkan Dia! " bisik Miera lalu meninggalkannya.

Pada waktu rehat, Asha berjalan sendirian. Biasanya Haziq akan menemaninya. Syamim sudah berpindah ke sekolah lain. Hatinya sunyi. Perlahan-lahan air matanya mengalir.

" Sha? " Asha mendongak apabila namanya dipanggil. Megat. Asha menahan air matanya. Dia terasa malu apabila menangis di hadapan Megat. Megat terkaku apabila melihat Asha orang yang tabah kini menangis kerana lelaki yang dia cintai. Megat mengeluh apabila melihat Asha diam. Mulut Asha bagaikan sudah terkunci.

" Asha, kau jangan mudah mengalah. Bawa suami kau pergi jumpa ustaz. Miera jumpa bomoh untuk dapatkan Haziq " keadaan Asha tetap sama tetapi dia masih lagi mendengar.

" Asha, aku tahu kau sedih apabila dia melayan kau kasar macam ni tapi tolong percaya cakap aku. Dia bukan Haziq yang dulu. Dia Haziq yang telah menyukai Miera. Apabila dia lihat Miera, bayangan orang yang dia cintai akan muncul tetapi apabila wajah yang dia cintai betul-betul di hadapannya dia akan merasa benci dan rimas. Cepat bertindak Asha. Miera tak waras " Asha masih lagi membatukan dirinya.

" Anggap aku sebagai kawan kau okey? Kau nak luah apa, kau luahkan je. Aku akan simpan rahsia kau " Megat tersenyum manis. Biarlah dia menjadi sahabat walaupun dia tidak dapat menjadi lelaki yang bertuah. Dia mahu Asha tersenyum riang seperti dahulu. Asha mula menangis teresak-esak. Megat hanya memeharti air mata Asha mengalir. Hatinya sayu melihat keadaan Asha yang sekarang. Kasihan dia.

" Aku mula sayangkan dia ! Tapi kenapa dia berubah? Dia ego tapi dia tak pernah putus asa untuk pujuk aku, dia sentiasa memastikan aku senyum. Aku nak mr.ego aku yang dulu. I miss him. Very much " luah Asha tanpa segan silu. Hatinya begitu sakit. Megat tersenyum tawar.

" Macam yang aku katakan, itu bukan Haziq yang dulu. Bawa dia jumpa ustaz untuk berubat. Jangan tunggu lama sangat sebab takut Miera bertindak dengan lebih jauh. Miera boleh ubah plan sesuka hati dia. Saya nak Sha happy macam dulu okey? " Asha termenung. Air matanya dibiarkan mengalir. Ya aku mesti bawa dia jumpa ustaz. Haziq is mine !

I Love You Mr. Ego !Where stories live. Discover now