Bab 10

5.2K 183 2
                                    

" Asha! "Suara Haziq kedengaran di dalam rumah. Asha berlari mendapatkan Haziq. Takut singa mengaum!

" Hah kenapa abang? " kata Asha termengah-mengah.

" Sejak akhir-akhir ni abang rasa risau sangat dengan keselamatan Asha. Abang takut kalau terjadi sesuatu dekat Asha " tutur Haziq perlahan. Asha membulatkan matanya.

" Abang! Jangan cakap macam ni! Abang tahu tak apa yang abang cakap tu satu doa untuk Asha? Abang nak Asha mati ?! " Haziq tersentak. Bukan itu maksudnya. Haziq melepaskan keluhan kecil.

" Bukan macam tu Asha. Abang risau keselamatan Asha "

" Abang... Asha akan selamat " kata Asha lembut sambil memeluk erat lengan suaminya. Lama. Akhirnya Haziq menganggukkan kepala.

" Abang nak tanya sesuatu boleh? "

" Apa dia abang? "

" Asha sukakan Megat lagi? " soal Haziq dengan perlahan tetapi cukup mrmbuatkan Asha sesak nafas. Asha menarik nafas perlahan-lahan.

" Dulu ya sekarang tidak "

" Betul? " Asha mengangguk yakin.

" Kalau betul abang nak Asha kiss dekat pipi abang. Boleh? " Asha menjeling Haziq. Hish mengambil kesempatan!

" Im wating "

" Okey okey Asha kiss dekat pipi! Tapi dengan satu syarat! Abang kena tutup mata! "

" Okey asalkan Asha kiss abang " Haziq menutup matanya. Asha menarik nafas yang dalam buat kali kedua. Perlahan-lahan dia menguncup pipi Haziq. Setelah mulutnya bersentuhan dengan pipi Haziq, cepat-cepat Asha menarik mukanya. Bukan geli tapi malu!

" Hahaha muka sayang merah! Badut oh badut mengapa engkau hodoh " Asha mencubit lengan Haziq yang galak menggelakkannya.

" Are you happy with me ? "

" No! " kata Asha selamba. Riak muka Haziq serta merta bertukar muram. Hampir Asha tergelak melihat muka suaminya yang masam itu. Lelaki ego yang sentiasa control macho kini sedang memasamkan muka oii!

" I'm not happy with you, but I'm very happy with you " kata Asha sambil tersenyum bahagia.

" Sayang! Time abang serious tu la sayang main-main tapi time abang main-main tu la sayang serious! Tak best langsung " Asha sedikit terasa dengan luahan suaminya. Dia hanya bertepuk sebelah tangan ke? Adakah dia bergembira seorang diri?

" Oh kalau aku tak best untuk kau, kau cari lah orang yang boleh buat kau rasa best " kata Asha perlahan menahan sebak. Asha berjalan meninggalkan Haziq yang terdiam kaku.

Setelah satu jam Asha berkurung di dalam bilik tiba-tiba Iphone 5 milik Asha berdering. Asha melihat nama pemanggil. Megat. Asha menjawab panggilan itu.

" Assalamualaikum Asha "

" Waalaikummussalam. Ada apa? " soal Asha. Dingin.

" Saya nak jumpa dengan awak. Please ini pekara yang penting. Ini demi keselamatan awak dan suami awak "

" Hm Okey. Saya tunggu awak dekat Eoan " Asha mematikan panggilan. Dia bersiap segera. Baru sahaja Asha ingin masuk ke kereta kedengaran Haziq memanggilnya.

" Asha nak ke mana? Jom abang hantarkan " Asha tidak menjawab. Dia masuk ke dalam kereta dan terus memecut ke Eoan. Hatinya telah pun dikosongkan supaya tidak bertepuk sebelah tangan. Sesampai di Eoan, Asha menghantar mesej kepada Megat.

To
Megat
Saya dah sampai di Eoan. Saya tunggu di kedai biskut kegemaran saya.

From
Megat
Okey tunggu saya dekat situ. Saya pergi sekarang.

Tidak lama kemudian nama Asha dipanggil. Asha menoleh. Megat datang menghampirinya.

" Sihat Asha? "

" Kalau saya tak sihat dah lama saya tak datang sini "

" Saya nak bagitau sesuatu dekat awak "

" Just cakap je boleh tak megat? Saya malas nak menunggu " Megat terdiam. Asha yang dia kenal dulu sudah berbeza. Jika dulu pertuturannya amat sopan, tidak pernah meninggikan suara. Sekarang dia sudah berubah. Mungkin sebab dirinya.

" Hari itu Miera jumpa saya. Dia rancang sesuatu untuk pisahkan awak dengan Haziq "

" Apa yang dia rancang? Bagitau saya semuanya. Semua sekali "

" Macam ni dia rancang untuk kembalikan awak kepada saya dan dia akan ambil Haziq daripada awak. Saya setuju dengan rancangan dia tapi dalam masa yang sama saya tak sanggup melihat awak menderita. Dia akan culik Haziq. Saya nak awak dan Haziq pergi berpindah ke tempat yang lain sebelum hari Jumaat. Saya nak awak selamat. Walaupun saya memang nak awak kembali kepada saya tetapi saya nak awak kembali kepada saya dengan ikhlas bukan dengan cara paksaan " Asha tergamam seketika. Jika Megat mementingkan diri sendiri sudah tentu dia dan Haziq akan terpisah. Asha bersyukur kerana Megat bukan seperti yang di sangkakan.

" Baiklah, saya akan ajak dia berpindah tetapi macam mana dengan awak? Dia tak syak apa-apa ke nanti? "

" Jangan risau pasal saya. Saya tahu macam mana nak uruskan. Saya nak awak selamat dan bahagia walaupun bukan dengan saya. Saya akan sentiasa letak nama awak dalam doa saya. Pergi secepat mungkin Asha " Kata megat menahan sebak di dadanya. Dia tidak sanggup melepaskan Asha tetapi sanggupkah dia melihat Asha merana kerana dirinya sendiri yang mementingkan diri? Bahagia kah dia nanti? Setelah di fikirkan banyak kali akhirnya Megat mengambil keputusan untuk melepaskan Asha dan sekaligus menolong Asha keluar dari perangkap yang dibina oleh Miera. Dulu dia sanggakkan Miera adalah sahabat Asha yang paling baik tetapi rupa-rupanya lain dari apa yang difikirkan. Manusia boleh berlakon. Berpura-pura baik.

Megat bangun dan meninggalkan Asha yang sedang sibuk memikirkan sesuatu. Dia tidak mahu menganggu hidup Asha lagi. Kasihan Asha, Asha merana kerana dia. Sudah terlalu lama Asha menderita. Kali ini biarlah Asha merasa bahagia pula.

I Love You Mr. Ego !Where stories live. Discover now