Bab 14

5.4K 182 0
                                    

Mata Miera merah merenung Megat. Megat sedaya upaya untuk lari dari situ tetapi dikepung oleh beberapa orang yang berbadan sasa. Peluh mula membasahi dahi Megat.

"Kau bodoh! Kau bagitahu dekat mereka tentang rancangan aku kan? Kau tak nak Asha ke hah?!" Tengking Miera. Dia bagaikan sudah tidak waras lagi. Ada pisau lipat tangan Miera. Dengan keberanian yang ada, Megat bersuara.

"Memang aku nak Asha tapi mampu ke dia bahagia jika berpisah dengan suami dia? Mereka tu dah berumah tangga lah! Diorang bukan pasangan kekasih! Aku lebih rela tengok Asha gembira di samping orang lain daripada tengok dia merana 24 jam"

"Bangsat!" Miera menjunamkan pisau lipat di dada Megat. Megat menahan sakit. Walaupun tidak sedalam mana pisau itu terbenam di dada tetapi dia merasa sungguh sakit. Megat mengambil keputusan untuk berpura-pura pengsan supaya Miera dan konco-konconya pergi dari situ. Setelah melihat tubuh Megat terkulai di dinding, Miera dan konco-konconya beredar dari situ. Setelah pasti mereka telah beredar Megat sedaya upaya untuk bangun dari tempat itu. Megat keluar dari rumah terbiar itu untuk meminta pertolongan. Pisau lipat masih lagi tercacak di dadanya. Sesampai di luar rumah usang tersebut, Megat rebah menyembah bumi. Saat itu seorang pemandu teksi yang kebetulan lalu di situ, menolong Megat yang sudah pengsan.

"Sial!" Maki Miera. Dia memukul stereng keretanya untuk melepaskan geram. Selepas menikam Megat dia terus menuju ke rumah Haziq tapi malangnya Haziq sudah pergi untuk bercuti. Ke mana dia tidak tahu kerana ibu bapa Haziq enggan memberitahu.

"Sial! Aku akan pastikan Haziq milik aku! Kesedihan Asha adalah kebahagian buatku!" Kata Miera lalu mengilai seperti orang yang sudah tidak waras.

Megat merasakan dadanya sakit. Dia berusaha untuk bangun. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Hospital.

"Eh kamu sudah sedar" kata pakcik yang duduk di sebelah Megat. Megat memerah otak untuk mengingati pakcik tersebut. Pak cik tersebut seperti faham dengan keadaan Megat.

"Nak tadi pak cik jumpa kamu dekat tepi rumah usang tu. Pak cik tengok kamu pengsan dekat situ. Bila ada pisau dekat dada nak, pak cik terus bawa ke hospital. Syukur tikaman itu tidak terkena jantung. Nama pakcik, Hadi. Panggil Pak Cik Hadi. Apa nama anak?" Kata Pak Cik Hadi dengan lemah lembut.

"Nama saya Megat. Terima kasih ya pak cik kerana bawa saya ke hospital" kata Megat. Megat menatap muka tua itu. Wajah tua itu kelihatan tenang.

Selama seminggu Megat terlantar di hospital, Pak Cik Hadi lah yang sering menjeguk keadaan Megat di hospital. Katanya risau. Makin lama hubungan Megat dan Pak Cik Hadi semakin rapat. Megat mula membuka cerita satu persatu kepada Pak Cik Hadi. Pak Cik Hadi hanya memberikan nasihat untuk Megat. Kini dengan ikhlasnya Megat melepaskan Asha. Dia ingin mencari wanita yang lain.

"Abang baju ni okey tak? Mummy suka tak?" Tanya Asha yang sedang mencari baju untuk Puan Zaqiah.

"Pada abang semua yang sayang pilih tu cantik. Abang rasa mama suka" selesai membuat bayaran mereka berdua menuju ke McD untuk mengisi perut yang kosong. Sementara menunggu Haziq memesan makanan, Asha mencari meja. Tiba-tiba ada suara yang membuatkan Asha rasa jealous.

"Handsomenya mamat yang tengah tunggu pesanan tu"

"Badan dia nampak sado uh. Tergoda aii"

"Kalau dia jadi boyfriend i, mesti meletop!"

Asha memandang ke tempat menunggu pesanan. Siapa je yang tengah tunggu selain Haziq? Asha memandang ke arah sekumpulan gadis. Pakaiannya fuh! Cair iman oi! Setelah makanan sampai, Haziq melangkah ke meja. Sebelum nak pergi je meja dia mesti kena melintasi kumpulan tersebut. Ada yang panggil, ada yang bersiul dan macam-macam lagi supaya Haziq datang ke mereka. Tapi malangnya Haziq memekakkan telinga. Asha tersenyum sinis apabila Haziq duduk di depannya.

"Eh lelaki handsome tu duduk dengan perempuan low class? Yuks!"

"Maybe perempuan tu adik dia kut. Jom kita usha abang tu. Aum"

Asha bagaikan cacing kepanasan apabila melihat sekumpulan gadis tersebut melangkah ke meja mereka berdua. Haziq yang melihat wajah isterinya seperti ada sesuatu yang tidak kena. Baru sahaja dia mahu membuka mulut tiba-tiba ada suara yang menegur.

"Hai abang macho! Dengan adik ke? Boleh kami semua join makan? Btw nama i Lisya" kata Lisya dengan nada yang manja. Haziq mula merasa rimas apabila di sekelilingi dengan perempuan yang tidak cukup kain itu.

"Hai nama i Pyka. Are you single?"

"Maaf ya semua sekali. Saya dah berkhawin dan lagi satu saya tak suka dengan orang yang berpakaian seperti ini. Tidak cukup kain tahu tak? And that my wife" kata Haziq dengan tenang sambil memandang Asha. Asha tersenyum dengan kata-kata suaminya dan dia bersyukur kerana Haziq bukan jenis yang suka melayan perempuan. Oh that my husband!

"Sayang nak sembur? Sembur je abang tak kisah" gembira Asha bukan main lagi. Haziq tahu yang Asha suka menasihati orang dengan kata-kata yang berbisa. Kadang-kadang dia sendiri terasa walaupun Asha tidak cakap tentangnya. Asha mula memuntahkan segala peluru dengan akalnya yang bergeliga.

"Assalammualaikum gadis-gadis sekalian" Asha tesenyum sinis. Hanya beberapa orang sahaja yang menjawab salam Asha. Yang lain? Tak akan kafir kut?

"Awak semua tak reti malu ke datang ke meja orang begitu sahaja? Hm tak ada adab. Tak sangka awak semua ni muka tembok ya? Hm pakaian seperti tidak cukup kain atau seperti ' pelacur '. Semua telah di dedahkan. Semuanya telah ditatap oleh lelaki lain. Tatapan suami? Tidak ada. Awak semua tahu tak? Cara anda semua menunjukkan anda tiada maruah? Berubah je lah" kata Asha selamba. Kumpulan tersebut terasa berang. Lalu mereka pergi dengan makian. Haziq sudah tahu dengan sikap isterinya. Kalau nak sembur dia main sembur je. Tak berlapik langsung! Ha ambek kau!

"Sayang jealous eh?" Asha menggeleng. Ego tetap ego. Dua-dua ego.

"Cara sayang macam sayang tengah jealous"

"Orang kata tak jealous tu tak jealous lah! Makan cepat lepas tu terus balik. Tak ada mood!" Haziq tersenyum gembira. Perangai Asha memang baran tapi nak mengaku sayang? Susah gila.

Sesampai di rumah Asha terus melangkah laju ke bilik. Tok Nah tercengang-cengang melihat tingkah laku cucunya itu.

"Maaf Tok Nah, mood ribut taufan dia dah sampai" kata Haziq sambil tersengeh-sengeh.

"Haziq mari sini sekejap" Haziq melangkah lemah longlai ke arah Tok Nah. Hish harap-haraplah tak kena bebel!

"Ada apa Tok Nah?"

"Asha tu dia budak yang manja. Kalau dah sayang dia akan sayang betul-betul. Tapi kalau dia tak sayang dia akan buat tak tahu walaupun orang tu tengah sakit. Tok Nah tahu dia tengah merajuk. Kamu pergilah pujuk dia. Caranya kamu ajak dia pergi mana-mana tempat yang dia suka" Haziq tersenyum nipis.

"Terima kasih Tok Nah. Saya pergi pujuk budak kecik dulu ya?" Tok Nah mengangguk kecil. Geli hatinya apabila Haziq menggelarkan Asha sebagai budak kecik.

I Love You Mr. Ego !Where stories live. Discover now